Apartment

621 7 0
                                    

Amni, seorang gadis yang menyewa di sebuah pangsapuri. Dia memilih pangsapuri itu adalah kerana lokasinya berdekatan dengan tempat kerja serta kos sewa yang agak murah.

Pada awalnya, Amni selesa tinggal di situ. Namun, pada suatu hari, ketika dia sedang melakukan kerja di ruang tamu, tiba-tiba terdengar dentuman kuat pada pintu utama rumah.

Amni melihat jam di dinding. Jarum jam menunjukkan pukul 3 pagi. Dia cuba berpura-pura tidak mendengar apa-apa dan mula menyambung kerjanya. Selang beberapa minit kemudian, kipas siling di ruang tamu yang ligat berputar, tiba-tiba berhenti berpusing. Amni rasa tidak sedap hati. Badannya seram sejuk dan meremang. Dia mengemas barangannya lalu bergegas ke kamar tidur. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Suasana kembali tenang. Amni cuba melelapkan mata. Namun, dia terasa bahagian dadanya sakit seperti ada beban berat yang menghempap. Kemudian, kakinya disentap kuat. Amni kaget.

Tiba-tiba Amni terdengar esakan seseorang di telinganya dan suara merayu-rayu meminta tolong. Perlahan-lahan dia menapak ke ruang tamu.

Alangkah terkejut Amni melihat ruang tamu yang berselerak. Sekujur tubuh sedang berbaring di atas lantai dengan berlumuran darah.

Amni semakin tidak keruan. Kemudian suara tangisan itu bertukar dengan hilaian tawa yang menyeramkan. Amni rebah.

Keesokan pagi, Amni terus menghubungi sahabatnya, Siti dan mahu segera bersemuka di sebuah restoran. Setelah hampir setengah jam berlalu, kelibat Siti mula kelihatan.

"Beraninya kau stay situ," kata Siti setelah mendengar cerita sahabatnya.

"Kau tak dengar citer ke, Ni? Sebelum ni, ada sorang gadis dibunuh oleh teman lelakinya dalam rumah tu. Tak silap aku namanya, Maizura, tak silap aku la. Disebabkan takut kantoi ngan polis, teman lelaki Maizura gantung dia kat ruang tamu, kononnya bunuh diri."

"Astaghfirullahaladzim. Pastu? Lepas camtu je?" soal Amni.

"Kena tangkap jugak. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga."

Akhirnya, Amni berpindah dari rumah itu.

TAMAT

Sumber : SERAM

12 Kisah SeramOnde as histórias ganham vida. Descobre agora