Air

507 5 0
                                    

Alia bekerja di sebuah butik. Pada suatu malam, dia pulang lewat ke rumah kerana terpaksa bekerja lebih masa. Dia berasa sungguh penat.

Ketika Alia berjalan ke arah tempat letak kereta, tiba-tiba dia terasa ada sesuatu mengekorinya. Cepat-cepat dia melangkah menuju ke kereta.

Bahhh!!!

Ani, rakan kerjanya, menyergah dari arah belakang.

"Oi, agak-agak la nak sakat pun! Aku ngah penat ni. Kena ngan aku kang," kata Alia. Nadanya sedikit keras.

"Sorry, sorry..."

Ani rancak berbual, namun Alia hanya buat tidak endah. Dia hanya mahu pulang ke rumah dan tidur awal.

Sepuluh minit kemudian, Ani minta diri untuk pulang.

"Bye, Alia, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Alia masuk ke dalam kereta setelah bayang Ani hilang dari pandangan mata.

'Ish, apa la Ani bebel-bebel tu? Aku dengar, hati-hati je... Apa yang hati-hati?' Alia bermonolog sambil memandu.

Setiba di rumah, hujan lebat turun membasahi bumi.

'Alhamdulillah, selamat sampai rumah.'

Alia lekas masuk ke dalam rumah. Namun, dia tersentak apabila terdengar lolongan anjing di hadapan rumahnya. Anjing itu seperti ternampak sesuatu. Alia cuba berfikiran positif.

Setelah masuk ke dalam rumah, Alia segera masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.

Selesai menyisir rambut, Alia cepat-cepat mematikan suis lampu. Lalu, merebahkan tubuh di atas katil.

Beberapa minit kemudian, Alia masih tidak dapat melelapkan mata. Tiba-tiba kata-kata Ani bermain di fikiran.

'Hati-hati?' Alia cuba mengingat semula perbualan mereka, namun gagal. Penyesalan menyelubungi diri.

'Ish, tak ingat apa-apa la!'

Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya Alia berjaya melelapkan mata. Namun, tidak lama kemudian, dia terjaga apabila terhidu sesuatu yang amat busuk seperti bau bangkai. Dia cuba mengabaikan bau itu. Mata dipejam semula. Tetapi bau itu semakin kuat. Alia mula rasa tidak sedap hati.

Selang beberapa minit, bau itu hilang. Alia melelapkan mata semula.

Pada jam dua pagi, Alia terasa ada air menitis di wajahnya.

'Masakan bumbung bilik ni bocor. Macam-macam la benda berlaku. Tadi bau busuk, ni air menitis pulak!' Alia berasa geram. Disebabkan badan terlalu penat, Alia hanya mengalihkan tubuhnya ke arah kanan untuk mengelak wajahnya terkena air itu. Namun, air itu tetap menitis di wajahnya.

Alia berasa geram dan marah. Dia bangkit lalu mengambil telefon bimbit dan menyuluh ke arah siling. Alangkah terkejut apabila dia terlihat kelibat seorang wanita yang terjelir lidah melekat di atas siling kamarnya. Air yang menitis di mukanya ialah air liur 'wanita' itu.

Alia cuba menjerit, namun suaranya seperti tersekat di kerongkong. Alia hanya mampu berdoa dalam hati agar dirinya dilindungi Allah. Tubuhnya terkulai layu. Alia pengsan kerana terlalu takut.

Keesokan hari, Alia cuti sakit kerana demam panas. Badannya menggeletar.

Lantaran dari kejadian itu, Alia mengambil keputusan untuk berpindah. Dia takut hendak tinggal seorang diri. Dia mahu tinggal bersama rakan-rakannya.

TAMAT

Sumber : Ridhuan

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 31, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

12 Kisah SeramWhere stories live. Discover now