𝓑𝓪𝓫 1

22K 660 13
                                    

"ASAL kau lambat gila? Panas kau tahu tak? Ni dah berpeluh ketiak aku ni." Umaira membebel sebaik sahaja ternampak kelibat kawan baiknya, Amira Syasya.

"Ishh kau ni, sorrylah. Tadi bos aku buat hal pulak suruh aku betulkan minit mesyuarat padahal P.A dia tercongok macam tiang kat sebelah tu." Mira membela dirinya. Umaira kalau dibiarkan membebel mahu bernanah telinga.

"Yelah tu. Seatbelt. Aku taknak habiskan duit bayar saman untuk kau pulak." Umaira menjeling sekilas sebelum memulakan pemanduan.

"Eiy, macam nenek-nenek!" Gumam Mira sambil memakai seatbelt.

"Hey, kau ingat lelaki yang aku cerita haritu? Kau tahu dia post gambar baru. Ya allah..handsome dengan dia memang tak boleh berpisah." Mata Umaira sudah bersinar bercerita mengenai crush barunya. Semuanya bermula apabila si crush membantunya. Sejak dari itu Umaira selalu teringatkan lelaki itu. Namun, tiada kesempatan untuk mendekati dengan lebih rapat lagi. Sibuk sangat dengan kedai bunga yang sudah 3 tahun diusahakan.

"Ingat..macam mana aku nak lupa everytime, every second kau akan ulang lagi. Nama dia pun aku dah boleh hafal tau Syed Faris bin Syed Fakhrul. Haaa.." ujar Mira. Bosan sudah asyik dengar nama sama ja. Nasiblah sayang si Umaira ni jadi layankan je lah kan.

Umaira tersenyum manis mendengar nama yang disebut Mira. Sebut nama pun dah tersenyum panjang haish. Macam mana kalau berjumpa? Ya Allah. Cannot brain.

"Kau betul sukakan dia? Bukan macam crush sebelum ni? Suka dua hari then orang lain pulak."

"Insyaallah tak. Yang aku tahu he is the one. Aku rasa lain. Kau tengoklah ni dah almost setahun kut aku simpan crush kat dia. Haish bilalah nak ada peluang jadi someone dalam hidup dia.."

"Beranganlah dulu Umairaku, nak doakan jadi reality macam susah sikit so berangan dulu okay?" Ujar Mira dengan suara kebosanan. Malas nak cakap lebih-lebih risau si Umaira ni simpan harapan tinggi pulak.

Umaira ketawa melihat Mira yang malas melayan. Yalah, setahun dia kena hadap Umaira yang asyik Syed Faris, Syed Faris. Bosan dah kawan baiknya itu.

"Aku half day harini..kau nak makan kat mana?" Tanya Umaira.

"OMG! Kita memang bff sejati sebab aku pun dah ambil half day!!" Jerit Mira sambil menepuk tangan.

"Yess! Bagus! Jom nak makan mana? Aku belanja kau pilih tempat."

"Ni yang buat aku sayang kau lebih ni alhamdulillah. Jom kita makan tomyam. Aku dah lapar nak lepak dengan kau lama-lama." Mira tersengih sambil membetulkan bajunya.

"Jom, everything for you your highness." Ujar Umaira selamba. Seronok sangat bila dapat buang masa dengan bff ni. Benar bukan?



"ASSALAMUALAIKUM cik berdua, order?" Ujar pelayan tersebut sebaik sahaja Umaira dan Mira melabuhkan duduk.

"Waalaikumussalam bagi bihun tomyam dua, teh ais satu dan air kosong satu." Kata Mira. Itu memang hidangan wajib kalau makan dengan Umaira. Simple and sedap.

"Alright miss. Air kosong kena layan diri cik. Boleh ambil kat sana tepi kaunter." Ujar pelayan itu lembut sambil menunjukkan arah terletaknya air kosong. Umaira mengohkan sahaja sambil tersengih.

"Okay, thank you." Pelayan itu menunduk sedikit dan meninggalkan mereka.

"Aku pergi ambil air jap. Kau tunggu sini jaga beg." Arah Umaira kepada Mira sebaik sahaja pelayan itu beredar.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now