𝓑𝓪𝓫 4

9.4K 485 15
                                    

"Mama.." panggil lelaki itu sebaik sahaja menapak masuk ke ruang makan.

"Dah balik dah anak mama.."

Syed Faris memeluk Sharifah Safia dan mencium kedua-dua pipi. Bunga yang dibeli dihulurkan.

"Wow! Thank you..cantik. Mama suka." Dihidu bunga ros itu. Dipeluk erat.

"Sama-sama." Punggungnya dilabuhkan di kerusi hadapan Sharifah Safia.

"Dah lama Faris tak balik. Sibuk?"

"Haah ma..sibuk sikit. Banyak sangat projek masuk. Alhamdulillah." Kata Syed Faris. Letih tu letihla tapi nak buat macam mana. Cari rezeki kan..

"Samalah dengan papa awak tu, sibuk mengalahkan orang kerja. Bukannya nak melekat di rumah."

Syed Faris tergelak apabila Sharifah Safia membebelkan Syed Fakhrul. Papa dia tu memang suka keluar. Main golf . Tua-tua pun main lagi.

"Lamalah pulak Umaira ni? Jap mama panggil dia.."

Umaira? Syed Faris mengerutkan dahinya.

"Siapa ma?" Tanya Syed Faris.

"Kawan mama. Sekejap."

Sharifah cuba bangun dari kerusi ingin memanggil Umaira. Namun dia terduduk kembali.

"Mama!"

Laju Syed Faris bangun mendekati Syarifah Safia. Terkejut dia melihat kaki yang berbalut itu.

"Kenapa ni mama?"

"Mama kena ragut tadi..nasib baik ada Umaira tolong mama. Sikit ja ni." Ujar Sharifah Safia apabila melihat wajah risau anaknya.

"Habis? Barang mama apa semua and yang penting sekali mama okay tak?"

Sharifah Safia tersenyum mendengar soalan bertubi-tubi anaknya. Ditepuk perlahan bahu tegap itu.

"Mama okay sayang..semua okay. Umaira yang tolong mama."

Bahunya yang tadi tegang kembali kendur. Risau kalau Sharifah Safia kenapa-napa. Pantang dirinya bila ada yang berani menyakiti orang yang dia sayang.

"Faris pergi tolong panggil Umaira kat luar eh? Mama rasa dia ada dekat kolam ikan."

"Okay mama. Mama duduk ja." Pesan Syed Faris sebelum pergi.

Semakin dia mendekati sliding door, sayup-sayup kedengaran suara seoarang gadis. Eh? Gadis? Kawan mama kan? Mesti tua.

Syed Faris menjengulkan kepalanya. Seorang gadis sedang berdiri membelakanginya. Dia berjalan dan berdiri betul-betul di belakang gadis itu. Jelas sekali dia dapat menghidu bau wangi dari rambut ikal itu.

"Alah..kau ni berkira sangatlah..bukan selalu pun kan..tengokkan lah kejap.." kata gadis itu mendatar.

Geram dia apabila Amir degil tidak mahu membiarkan dia bersenang-lenang harini.

"Yelah..yelah..aku pergi sekejap lagi and kurang-kurangkanlah membebel tu dah macam bapak orang dah. Bye." Kutuk Umaira.

Dia tergelak kecil apabila terdengar Amir memakinya di hujung panggilan. Umaira tersenyum.

"Gila.."

Syed Faris sembunyi senyum. Lawak pulak dengar gadis itu mengutuk kawannya.

"Ehem..ehem."

Umaira menoleh ke belakang apabila mendengar suara garau berdehem di belakangnya.

"Arghhh!!"

Laju Syed Faris menekup mulut Umaira apabila gadis itu menjerit kuat. Tanpa sedar dia sudah memeluk tubuh kecil itu.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now