𝓑𝓪𝓫 66

8K 357 29
                                    

"Sweetheart, sudah-sudah lah tu tenung gambar scan baby tu." Umaira menoleh memandang suaminya yang memandu di sebelah dan tersengih tak bersalah. Tergeleng kepala Syed Faris melihat kerenah Umaira.

Hari ini, mereka melakukan pemeriksaan ke atas bayi yang dikandung Umaira. Senyum bukan main Umaira melihat gambar ultrasound itu. Dia teruja dapat melihat si kecil. Sebelum ini hanya terlihat kecil sahaja tapi sekarang sudah membesar.

"Tak bolehla abang. Sayang rasa macam nak suruh dia besar cepat-cepat dan keluar cepat jumpa mama dengan papa dia ni. Excitednya!" Umaira menjerit kecil. Teruja.

Syed Faris tersenyum. Kepala Umaira diusap perlahan. Apa-apalah sayang..janji happy sudah.

"Kalau macam tu, sayang kena jaga baik-baik. Kalau abang kata jangan buat kerja berat. Jangan buat. Ini tak, lagi dilarang lagi nak buat. Nak kena ikat ke apa?" Pipi Umaira yang semakin tembam dicubit geram.

Kalau yang nama pun Umaira, mana pernah nak dengar cakap orang. Melanggar cakap orang dia tahulah.

"Aloo yang tu tak boleh tolonglah abang. Bosan tau tak buat apa-apa." Umaira merungut. Kepalanya dilentokkan pada bahu Syed Faris manja. Matanya masih tidak lari dari memandang gambar ultrasound itu.

Walaupun kandungannya baru mencecah 3 bulan tapi sudah terlalu banyak rancangan yang dia ingin lakukan untuk anaknya. Nak beli baju cantik-cantik dan tak sabar nak bau baby. Wangi!

"Kira okay lah tu abang still benarkan sayang pergi kedai. Kalau boleh mana-mana pun tak boleh pergi. Duduk je rehat 9 bulan 10 hari." Selamba Syed Faris menjawab.

Melopong Umaira. Melampau sangat ni sampai kena duduk rumah 9 bulan 10 hari. Memang mereputlah dia. Bosan tahap kayangan.

"Ya lah, ya lah. Apa-apa lah suami asalkan anda bagi sayang keluar jugak. Itu dah cukup." Kata Umaira pasrah.

Kalau dah nama isteri tu, isteri je lah. Kena dengar cakap suami.

"Baiknya isteri abang ni.." kepala Umaira yang terlentok di bahunya dia cium. Umaira mencebik. Suka ambil kesempatan tapi dia suka.

"Sweetheart, betul nak balik kedai? Tak nak ikut abang?" Soal Syed Faris lagi.

Dia nak Umaira ikut tapi dia taknak paksa Umaira. Bukannya dia tak tahu dalam kuatnya dia mengugut, kuasa ugutan ibu mengandung ni lagi berkesan. Sayang bini punya hal, dia ikut saja janji tak membahayakan Umaira dan bayi.

"Tak kut. Lagipun sayang ada hal nak kena settlekan. Nanti kalau dah nak bersalin tak payah fikir dah kerja tertangguh semua tu."

"Amir kan ada."

"Ya tahu tapi kesian la dia. Lagi ada masa ni better siapkan part sayang dulu. Nanti pandai-pandai abang Amir uruskan. Sayang nak cuti. Hehhehe."

"Ada ja alasan kan?" Perli Syed Faris dengan pakej jeling lagi. Uuu menggoda. Rawr!

Umaira tergelak kecil. Jeling pun handsome. Dia memeluk lengan Syed Faris. Sementara nak sampai kedai, dia mahu melelapkan mata. Hatinya rasa tak enak tapi dia diamkan saja. Harapnya semua baik-baik sahaja. Mungkin perasaannya sahaja.

Tangan sasanya dicantumkan dengan Umaira. Hatinya rasa berat mahu membiarkan Umaira ke kedai. Tak pernah dia rasa macam ni. Kenapa hatinya berdebar resah?

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now