Bab 16 - Move On

127 2 7
                                    

Dah seminggu tak berhubung. Rindunya ya Allah. Aku rendahkan ego untuk mesej dia dulu.

'Rindu' -yan

'Lupakan semua pasal kita. Saya dah ada orang lain' -Fitri.

Hati aku bagaikan kena petir. Ya Allah, sampainya hati awak. Aku kuatkan hati untuk moveon delete nombor dia tapi aku masih tak delete satu pun gambar dia em. Tak apa la, simpan buat kenangan.

Dah 3 bulan berlalu, yan berubah jadi buaya. HAHAHAHAHA BUAYA GAIS! Tersakiti terok. Mata bengkak. Sampailah yana berubah jadi seorang yang tawar hati dan tak ada rasa cinta dalam diri. Semua kenangan buatkan aku rasa perit, kecewa sangat dan sampai sekarang aku masih trauma.

Aku sedaya upaya untuk elak dari orang kerja uniform tapi itu je yang hadir. Aku rasa kosong tanpa ada perasaan sayang atau suka. Sakit yang Fitri bagi buatkan aku terkesan sangat.

Aku berazam nak moveon tapi tak mampu. Everyday dan everynight aku menangis, tahan perasaan ni. Aku baca balik diari yang dia tulis untuk bertunang, kahwin, nikah apa semua tu. Janji hanya sekadar janji. Tak perlu mengharap.

Raya tahun 2020, aku pergi beraya rumah mak dia. Actually hubungan aku dan parents dia tersangatlah baik hingga sekarang mak dia akan whatsapp untuk jemput ke rumah dia dan tanya khabar.

'Sian yan ya. Tak dapat impian makcik nak menantukan kamu sebab perangai anak makcik. makcik minta maaf tau. segan makcik dengan kamu. Makcik dan pakcik dah sayang sangat dengan kamu tapi tu la anak pula buat hal. Kami suka sangat dengan kamu sebab senang jaga kamu, tak banyak halnya. Makcik sayang kamu walaupun kamu tak jadi menantu makcik' -Mak Fitri

'Hehe tak apa makcik. Tak ada jodohkan' -Yan

'Yan nak makan burger? Makcik order. Yan kan suka makan burger' -Mak Fitri

'Eh takpe makcik. Takyah susah susah. Makan rendang dan lemang ni pun kenyang' -Yan

'Yela kalau yan cakap gitu' -Mak Fitri

Time tu ringan je air mata ni nak keluar. Sebak. Sedih sangat.

Aku nampak pada riak wajah mak Fitri, dia sedih. Tak apa la makcik, yana tetap sayang makcik walaupun Fitri dah blah.

Seterusnya...

Setahun sudah berpisah tapi perasaan aku masih tetap sama. Gambar kita bersama, aku masih simpan. Setia tu mahal, hanya orang tertentu je mampu right?

Sampailah satu hari, aku dm insta dia...

'Rindu awak' -Yan

'Saya dah ada kebahagiaan sendiri. Kamu pergilah cari kebahagiaan sendiri' -Fitri

'Kenapa awak buat saya macam ni?' -Yan

'Nak kawan dengan orang beruniform ni susah. Takpayah kawan kalau rasa tak mampu' -Fitri

'Orang rindu awak, sayang. Kenapa cepat sangat awak lupakan kenangan kita? Kita awak wujudkan orang ketiga dalam hubungan ni? Orang sanggup tak ada media sosial lain selain whatsApp demi setia dengan awak, taknak curang dengan awak tapi kenapa awak balas dekat saya macam ni? Salah apa orang dekat awak? Tak ada rasa sayang sikit pun untuk orang?' -Yan

'Tak. Aku dah ada orang lain dalam hati aku' -Fitri

'Sampainya hati awak. Tak akan tak ada sikit pun rasa sayang atau rindu?' -Yan

'Tak, aku dah bahagia. Kau boleh cari kebahagiaan kau. Usaha cari kejayaan sendiri. Jangan mengharapkan orang' -Fitri

Aku hanya mampu balas emoji senyum dan hati aku betul betul hancur. Turn off untuk orang kerja uniform dan Fitri. Tak apa la, kalau ini awak buat dekat saya. Allah ada untuk saya, semoga awak dapat balasan dari Allah.

Berapa bulan kemudian..

Aku dapat tahu bahawa dia sudah bernikah. Pada hari tu, aku delete semua kenangan gambar dengan Fitri. Inilah hari terakhir saya sayang awak. Jodoh kita tak panjang. Terima kasih ya Allah kerana dah pinjamkan dia sekejap untuk aku. Semoga dia bahagia bersama isteri dia dan berkekalan hingga jannah. Terima kasih juga pernah ajar saya erti setia, sayang, gembira, duka dan luka.

TAMAT...





"THANKYOU SUPPORT YANA DARI FIRST SAMPAI AKHIR. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KALIAN"

'Doakan yana dapat jodoh yang baik-baik, jujur dan amanah dalam sesuatu perkara. semoga yana terus berjaya dan dimewahkan rezeki, aminn'.

jangan lupa follow ig yana; lyiananana_

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 11, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I Love You, Abam Polis❤️Where stories live. Discover now