Bab 8 -Malu tapi mahu

140 4 0
                                    

Aku hanya keluar dengan Fitri seminggu sekali kadang dua minggu sekali je. Aku kena faham dia!

Setiap kali kami keluar bersama mesti ada kawan Fitri menelefon Fitri untuk ajak Fitri teman dia pergi mana-mana. Tak ada kawan lain ke doo? Ke sebab Fitri ni baik naw. Ke sebab Fitri ada kereta so boleh je ajak ke mana pun.

Sebab kawan, awek pun dia sanggup ketepikan tau. Kalau kawan dia tak hargai, tak tahu nak cakap apa la.

Aku sebagai awek Fitri, aku kena faham keadaan Fitri. Aku mengalah dengan kawan Fitri walaupun jauh di sudut hati, aku terasa dengan sikap Fitri. Aku hanya diam. Aku tidak mahu kerana aku terasa, aku bergaduh dengan Fitri. So aku ambil keputusan untuk mengalah tanpa bertanding.

Selalu orang dating lama kan, aku dating 2 atau 3 jam je hehe. Dia busy, aku faham. Aku tak mampu untuk luah dekat Fitri. Aku hanya diam.

'Sorry abang, sayang tak ada niat. Kalau abang baca cerita ni, sayang nak abang tahu, inilah yang sayang rasa selama ni. Bahagia, suka, duka kita, biarlah itu menjadi sesuatu yang baharu buat kita. Fight for our love, dear' -Yan

Setiap kali keluar, mesti balik awal. Aku hanya diam dan akur. Kalau ini buat Fitri bahagia, aku redha menerimanya.


✨✨✨✨✨


Lepas dari hari tu sekarang ni kalau dating cuma bertiga sahaja. Siapa lagi sorang? Of course la dia punya kakak. Kemana-mana bertiga je. Kan dalam agama kalau lelaki nak keluar bawa perempuan kena ada orang yang halal supaya elak zina.

Kadang terasa privacy tu tak ada sebab kalau kakak dia ada, confirm aku jadi orang bisu. Malu gila. Biasalah gais, aku ni memang seorang yang pemalu hihi.

Aku ajak Fitri pergi tengok wayang tapi kakak dia nak pergi mall. Nak shopping, so ikutkan je la kebetulan Padini, H&M, BO dan semua tu ada promotion. Maaflah, aku bukan kaki shopping walaupun aku perempuan. Pelik but its true.

"Ayong, dalam kereta ni ada orang bisu la" Fitri saja nak mengusik Yan. Yan dah pemalu, lagi galaklah aku nak kacau dia. Bukan apa, aku nak ceriakan suasana sebab semua krik krok je em..

"Ha'ah kan hahaha. Yan pun malu-malu je" Kakak Fitri pun tumpang sekaki nak usik Yan.

Aku cuma gelak dan senyum je sebab malu yang teramat. Tak tahulah kenapa. Tangan dah berpeluh, pipi merasa sebab malu dan muka pandang depan je.

'Weh, janganlah nak usik aku. Malu ni. Rasa nak menangis je hm. Mak! Nak balik!' Yan menjerit di dalam hati.

Sepanjang perjalanan, aku hanya senyap je. Bukan tak selesa tapi malu.

Kakak Fitri tanpa berlengah terus masuk BO, cari baju. Aku tak teman sebab aku serabut ramai-ramai orang. Aku sanggup tak masuk sebab ramai naw orang. Karang ada bau yang tak menyenangkan buatkan aku nak muntah je nanti. Baik duduk dengan Fitri.

"Sayang, kenapa tak masuk teman ayong?" Fitri menanyakan kepada Yan yang baru sahaja keluar dari BO.

"Em malaslah. Tak minat shopping lagipun ramai sangat orang. Rimas! Nanti bau badan, bau ketiak entah mana-mana tu melekat. Habis busuk" Aku mengadu nasib kepada Fitri sambil mencebik dan tunjuk riak sedih. Meraih simpati maybe haha. Chill la dengan boyfriend sendiri je kot.

"Haih yela. Duduk jela sini. Tunggu ayong dekat sini. Lagipun biarlah situ, dapat abang manja-manja dengan sayang abang dekat sini" Ujar Fitri sambil merenung Yan yang sejak dari tadi muka merah. Malu naw lah pun kau ni Yan. Lagi buat aku rasa seronok nak mengusik.

Tiba-tiba aku rasakan aircond dekat mall ni tak berfungsi. Muka aku panas dan sah-sah la aku blushing. Malu sebab Fitri asyik memandang aku.

"Ish abang ni. Nak apa pandang-pandang? Ada hutang?" Marah Yan sambil menjegilkan matanya kepada Fitri. Padan muka! Gatal naw nak tenung anak dara orang. Tumbuk kejap lagi baru tahu.

I Love You, Abam Polis❤️Where stories live. Discover now