Bab 7 -Luahan perasaan

180 3 0
                                    

Selesai sudah peperiksaan awal tahun. Fuhh lega. Boleh cuti seminggu dengan tenang tapi tak tenang pun. Homework banyak tau. Tahun ni bukan tahun honeymoon.

Seusai habis solat Maghrib, aku merebahkan diri ke atas katil sambil leka bermain telefon sementara tunggu azan Isyak.

Tiba ada chat masuk. Dari siapa? Guess who gais?!

Aku cover macho padahal hati dah berbunga eceh hahaha. Debaran di jantung ni ibarat baru lepas marathon. Ya ampun. Adakah ini cinta? Ingatkan jumpa polis je berdebar macam ni rupanya Fitri chat pun berdebar lain macam.

"Yan. Kenapa awak dah lama tak chat saya?" Fitri menanyakan kepada Yan padahal dia sudah diberitahu oleh Yan yang Yan tak akan kacau dia lagi kerana Yan yakin Ira mampu menggantikan tempatnya untuk gembirakan hati Fitri.

Yan menerangkan satu per satu kepada Fitri. "Hm kan saya dah bagi tahu awak hari tu yang saya tak nak kacau awak lagi. Awak kan dah ada Ira. Saya dah tak nak kacau awak dah"

"Kenapa? Ira tak layan saya pun. Saya baru sedar tak ada perempuan macam awak yang sanggup tunggu dan tak mudah putus asa untuk pikat saya. You're the one" ujar Fitri seperti menggambarkan hati yang tengah merindukan seseorang.

Fitri rindu aku ke? Wah jangan nak perasan sangat okay. Jangan nak over.

"Kenapa saat saya hendak pergi baru awak nak hargai saya? Kenapa? Saya tak cukup baik ke bagi awak dulu. I treat you like a king but you treat me like a trash. How dare you. Memang saya sayang awak tapi tak bermakna awak boleh buang dan ambil saya sesuka hati awak. Saya ada perasaan. Awak buat apa masa saya kejar awak dulu? Awak buat apa masa saya luahkan semua isi hati saya terhadap awak? Awak buat apa masa saya teman, nasihatkan awak masa awak broken dulu? Setahun saya tunggu awak tapi baru sekarang awak sedar. Saya tahu saya bukanlah perempuan yang cantik, bergaya, pakai makeup, hot, kurus tapi saya ada hati. Hati saya untuk dijaga dan bukan untuk dipijak." Yan meluahkan semua yang terpendam dalam hati dia sejak sekian lama menanti supaya Fitri menerima dia seadanya.

Fitri menitiskan air mata kesedihan. Dia berasa kejam sangat melakukan Yan sebegitu.

"Yan, saya minta maaf. Benarlah, cinta itu buta kerana saya buta bahawa awak adalah perempuan yang baik dan setia dengan saya. Saya tak nampak awak kerana saya jahil. Jahil dengan kenikmatan duniawi yang mementingkan paras rupa seseorang dan bukan hati dia. Saya minta maaf sangat-sangat Yan. Terimalah saya. Bagilah saya peluang kedua untuk perbetulkan semua ni. Saya janji saya akan jaga awak sepenuh hati. Saya tak akan sia-siakan awak lagi. Cukuplah saya menahan rindu ketika awak pergi hari tu. Cukuplah saya terseksa kerana mengabaikan kasih sayang yang awak berikan pada saya. Saya sayang awak Yan. Izinkan saya untuk menjaga, menyayangi dan mencintai awak Yan. Saya merayu. Saya tak nak hilang awak dah" Fitri merayu dan terus merayu kepada Yan.

'Ya Allah, bukakanlah pintu hati Yan untuk terima aku semula. Engkau satukanlah kami ya Allah. Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau peliharakanlah hati kami agar kami dapat menghalalkan hubungan ni pada masa akan datang. Aku ingin hidup bersamanya. Sesungguhnya, dialah perempuan yang Engkau turunkan untuk mengubah liku-liku kehidupan aku. Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha Berkuasa justeru itu aku meminta dan mengadu kepadaMu" -Fitri

"Hm awak, sebenarnya saya tak pernah lupakan awak walau sehari pun. Awak ada dalam ingatan saya. Setiap hari saya doa supaya awak buka hati untuk saya. Alhamdulillah. Saya terima tapi bagi saya sedikit masa untuk selesa dengan keadaan sekarang ni ye. Saya harap awak faham" ujar Yan kepada Fitri. Sebenarnya, aku ada mengenali seorang lelaki. Aku berbelah bahagi sekarang ni.

"Takpe, saya faham awak" Fitri menjerit keriangan dalam bilik. Akhirnya dia terima aku ya Allah. Terima kasih kerana sudah makbulkan doaku. Alhamdulillah.

I Love You, Abam Polis❤️Where stories live. Discover now