BAB 3

5K 174 3
                                    

Hospital..

"DOKTORR TOLONG KAWAN SAYA" Jerit Raisya tatkala kakinya menjejak tempat yang paling dia benci tuu.

Beberapa doktor dan nurse segera ke arah mereka apabila mendengar Raisya menjerit. Mereka segera membawa perempuan itu ke operation room.

"Cik sila tunggu di luar ya" Kata salah sorang nurse itu. Raisya mengangguk dan menyerahkan beg milik perempuan itu ke nurse itu bagi memudahkan nurse itu untuk call family perempuan itu.

"Ini beg perempuan tu tolong call family dia" nurse itu hanya mengangguk dan mengambil beg itu setelah itu dia terus pergi.

Raisya hanya duduk di kerusi sambil menunggu. Dia nak pergi tapi kesian pulak dekat perempuan tu.

'Tengku Arina heh' kata Raisya dalam hati.

Setelah sejam menunggu doktor itu keluar dengan muka panik. Raisya yang melihat itu segera mendekati doktor itu.

"Kawan saya macam mana dok?" Tanya Raisya dekat doktor itu.

"Pasien sudah kehilangan banyak darah dan malangnya hospital ini  kehabisan darah O " Kata doktor itu dengan muka panik. Raisya yang mendengar itu turut terkejut.

"Saya darah O dok, ambik saja darah saya" kata Raisya apabila dia mengingati darahnya sama dengan Arina.

"Baik. Sila ikut nurse itu" kata doktor itu sambil menunjuk ke arah seorang nurse.

Tanpa buang masa Raisya segera mengikuti nurse itu untuk mendermakan darahnya.

                                     ♡♡♡♡

Seorang lelaki dan wanita dalam lingkungan 40-an memasuki hospital dengan muka cemas,risau dan sedih.

"Pasien Tengku Arina dekat mana" tanya lelaki itu dengan dingin. Nurse yang sedang mecatat sesuatu segera memandang ke arah lelaki itu.

"Tengku!! Err Tengku Arina masih berada di operation room" nurse itu terkejut kerana melihat pasangan yang berada di hadapannya itu. Pasangan itu segera ke operation room tanpa mengucapkan terima kasih.

Setibanya di operation room seorang doktor keluar dengan muka lega.

"Doktor macam mana dengan anak saya" Doktor itu terkejut apabila disergah oleh wanita itu manakala lelaki itu sedang menahan tawanya apabila melihat isterinya sergah doktor itu.

"Err Tengku Arina dalam keadaan stabil. Kami dah berjaya keluarkan pelurunya walaupun tadi dia kehilangan banyak darah tapi untungnya ada seseorang yang baik hati ingin mendermakan darahnya" Jelas doktor itu. Pasangan itu kelihatan lega.

"Err siapa yang mendermakan darah dekat anak saya?" Tanya wanita itu dia ingin berterima kasih kepada orang itu.

"Err dia adalah.." kata kata doktor itu terpotong apabila melihat Raisya sedang dipapah dengan seorang nurse keadaan Raisya tidak teruk mana. Dia hanya cedera di bahagian tangan dan mukanya lebam.

Pasangan itu hanya memandang ke arah Raisya.

"Cik ni lah yang mendermakan darah dekat anak tengku" Kata doktor itu sambil menunjuk ke arah Raisya yang sedang duduk di kerusi.

Wanita itu mengucapkan terima kasih dekat doktor itu dan mendekati Raisya.

"Wad VVIP" kata lelaki itu dengan dingin. Doktor itu mengangguk faham dan pergi.

                                      ♡♡♡♡

"Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya" kata wanita itu. Aku yang tengah menutup mata tu terus bukak mata.

MR.MAFIA AND MISS MAFIA (end)Where stories live. Discover now