BAB 15

3.8K 152 5
                                    

"Mana diorang ni? Lambat betul lah" rengek Najwa.

Sudah 20 minit mereka semua menunggu ketibaan tiga orang lelaki itu tiba tapi tidak nampak juga batang hidung mereka.

"Kau boleh diam tak mak limah. Dari tadi pot pet pot pet. Aku jahit mulut kau kang baru tahu!" Ujar Aryan. Najwa menjengilkan matanya ke arah Aryan.

"Suka hati aku lah nak membebel ke, nak menjerit ke tak kacau mulut kau pun kan. Ni mulut aku bukan mulut kau !" Balas Najwa.

"Can you both just shut up" kata Josh tiba tiba. Najwa dan Aryan memandang Josh serentak sambil menjawab..

"TAK BOLEH !"

Josh tercengang melihat dua ekor hantu di depannya ini. Yang lain berusaha menahan tawa kecuali dua kutub utara tu. Siapa lagi kalau bukan Aaron dan Rayyan.

"Abaikan diorang Josh kalau kau tak nak kena sekali" ujar Qila. Josh hanya mengangguk pasrah manakala Najwa dan Aryan masih lagi menatap tajam satu sama lain.

"King" Suara garau milik seseorang menyapa pendengaran mereka semua. Kelihatan tiga orang jejaka sedang menarik tiga orang lelaki yang sedang memberontak i guess.

"Anche tu. Tipo lento di lumaca" (sampai pun korang. Lambat macam siput) ujar Josh. Ketiga jejaka itu hanya tersengih.

"Peccato che la strada fosse congestionata. Questo è quello che mi hai detto di rapire." (Maaf tadi jalan sesak. Ni yang korang suruh culik tu) kata salah seorang dari ketiga jejaka itu.

"Rania, Sarah, Najwa what the hell is going on?" Ketiga gadis itu laju sahaja menatap orang yang memanggil mereka tadi.

"Ouhh hai abang Aiman. Errr sebenarnya Raisya yang suruh diorang culik korang. But its okay korang akan selamat" Aiman hanya mengerutkan dahinya mendengar ucapan Sarah.

"Kenapa kau nak culik kitorang?" Soal Amsyar dingin. Matanya tajam menatap Raisya.

Raisya mengangkat bahunya, mukanya kelihatan selamba sahaja menentang pandangan tajam daripada bekas abang kembarnya itu.

"Kau.."

"Okay enough with this chit chat. Boleh tak kita naik pesawat sekarang" Laju sahaja Rania memotong percakapan Amsyar.

"Leo, Carl, Mark accolgono le persone" (Leo, Carl, Mark bawak diorang naik) arah Rayyan dingin.

Leo, Carl dan Mark hanya mengangguk lalu membawa Tengku Adam Hanafi dan kembar itu masuk ke dalam pesawat.

"Mama dengan papa naik dulu" ujar Tengku Aidan Mikael. Yang lain hanya mengangguk sahaja.

"Korang dah bagitahu parents korang yang diorang kena pergi korea secepat mungkin?" Soal Rania datar.

Qaira, Qila, Aryan dan Rian menganggukan kepala. Raisya memandang tangannya yang digenggam oleh Rayyan.

"Tapi kenapa parents kitorang kena ikut pergi Korea jugak?" Soal Qila pelik.

"Tu Raisya yang akan explain semuanya. But now kita kena naik sebab kita dah lambat" ujar Sarah.

"Bro aku naik dulu. Jom sayang" Ujar Rian lalu dia menarik lembut tangan Arina.

"Babi kalau ye pun tak payah lah nak sweet sweet dekat sini" ucap Josh geram.

"Entah beruk dua ekor ni" sambung Aryan pula. Najwa membuat muka menyampah.

"Kalau jealous cakap" Ujar Najwa sinis lalu masuk ke dalam pesawat. Tercengang Aryan dibuatnya.

"EHH MAK LIMAH SINI KAU" Aryan mengejar Najwa yang sudah jauh itu. Yang berada di luar pesawat hanya mampu menggeleng melihat dua ekor beruk yang terlepas itu lalu mereka semua masuk ke dalam pesawat.

MR.MAFIA AND MISS MAFIA (end)Where stories live. Discover now