BAB 12

4K 150 0
                                    

"HAHAHAHAHA" Masuk sahaja dalam kereta Raisya terus melepaskan tawanya yang dia tahan sejak tadi.

"Kelakar doh muka diorang" Najwa, Rania dan Sarah tergelak.

"Mantap doh lakonan kau" kata Najwa kepada Sarah. Gadis itu hanya tersengih sahaja.

"So apa plan kita lepasni?" Soal Rania.

"we go back first, then we act like we're scared. Sarah you still pretend to faint." Ucap Raisya. Yang lain hanya mengangguk faham.

"Tapi betul ke apa yang kita buat ni?" Soal Sarah. Mereka semua terdiam sebentar.

"Yelah habistu takkan nak tunjuk yang kita dah biasa dengan benda benda ni" kata Najwa.

"Dah nanti kita fikirkan pasal ni nanti. Sekarang kita just stick to the plan okay" kata Raisya.

"Okay" kata mereka bertiga serentak. Mereka semua mulai bergerak pulang.

                               ♡︎♡︎♡︎♡︎♡︎

"Damn ! Cepat gila diorang balik !" Kata Najwa. Ya sekarang mereka semua dah berada dekat mansion utama Tengku Aidan Mikael. Kelihatan kereta Rayyan dan yang lain sudah terparking dekat luar rumah.

"Okay now Sarah pura pura pingsan and Najwa, Rania you guys angkat Sarah biar aku yang bawak barang" Arah aku manakala mereka bertiga hanya mengangguk.

"Beratnya kau" kata Rania. Sarah hanya menahan dirinya supaya tidak memukul Rania. Sebaik sahaja mereka masuk di dalam.

"Ya Allah ! Kamu semua pergi mana ? Kitorang risau tau !" Terhinjut bahu aku saat dijerkah oleh Tengku Raihana.

"So..sorry" kata aku takut. Tengku Raihana terdiam melihat muka takut ketiga gadis itu.

"Bawak Sarah masuk bilik dulu" Arah aku. Rania dan Najwa yang sedari tadi menahan tawa tersentak lalu mengangguk perlahan lalu mereka berdua memapah Sarah sehingga ke dalam bilik.

"Raisya" Terkaku aku mendengar suara garau itu. Perlahan lahan aku menoleh ke arah Rayyan yang sedang menatapnya itu.

"Raisya jom duduk dulu" ajak Tengku Raihana lembut sambil menarik tanganku. Aku hanya pasrah sahaja.

Kelihatan semua yang berada di ruang tamu menatap ke arah aku. Aku hanya menundukkan kepalaku. Rasa gerun pulak tengok keluarga mafia ni.

"Raisya are you okay?" Soal papa lembut. Aku hanya mendiamkan diri. Angguk tak geleng pun tak.

"Akak janganlah macam ni" pujuk Arina. Aku sedaya upaya menahan tawaku dari terletus.

"Raisya" aku segera mengangkat muka tatkala Rania memanggil nama aku. Berkerut dahi aku memandang muka Rania yang kelihatan tegang itu.

'Aik apa kes pulak ni? Tadi okay je' soal aku dalam hati.

"Kau kenapa ni?" Soal aku. Rania duduk di sebelah aku sebelum dia menyandar di sofa empuk itu sambil memejamkan matanya.

"Ehh nenek kau dah kenapa?" Soal Aaron. Rania hanya mengabaikan soalan itu.

"Woi nenek aku tanya ni kan !" Kata Aaron lagi. Rania segera membuka matanya.

"Kau boleh diam tak !" Jerkah Rania kasar. Terkedu semua yang berada di situ.

"Eh eh nenek ni ! Aku tanya elok elok kan ! Yang kau nak jerkah aku pahal !" Jerkah Aaron balik. Aku hanya memandang Rania.

MR.MAFIA AND MISS MAFIA (end)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα