' 03

2K 166 33
                                    

all the better days are the ones spent with you

﹙all the better days are the ones spent with you﹚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zafriel mengurut perlahan pinggang Sarah . Dipicit-picit lembut . Sarah tersengih suka . Tangannya menepuk-nepuk dada Akif . Mendodoi anaknya tidur . Tapi Akif tak menunjuk tanda-tanda mahu tidur . Susah nak tidurkan budak kecil ni . Tangan Akif mencabut puting bayi dari mulutnya . Dilempar dan terkena pada wajah Sarah . Akif ketawa sambil mata terarah kepada Sarah .

" abang , tengok anak abang ni " adu Sarah . Akif memusingkan badannya dan meniarap . Bergerak perlahan ke Sarah . Zafriel senyum . Pipi Sarah digosok . Sarah menjeling Akif . Tak nak kawan . Sarah meraba-raba mencari tangan Zafriel di belakang . Selepas menjumpai , ditarik dan diletakkan di atas perutnya .

" sayang " Zafriel menggeleng .

" abang tengoklah dia . mengadanya " bebel Sarah . Bahu Akif dicucuk-cucuk . Sekejap dia pandang Zafriel , sekejap dia pandang Akif . Zafriel layankan saja perangai kebudak-budakan Sarah . Biarlah , dia nak bahagiakan isteri dia . Kau cemburu ke ? Rambut Sarah diusap .

Pintu bilik diketuk bertalu-talu diselangi dengan bunyi pertengkaran mulut di luar . Kening Zafriel terangkat . Bergaduh apa pula budak-budak tu dekat luar ? Jeritan Aisy dari luar menyentakkan Zafriel . Lelaki itu bangun dan bergegas ke pintu bilik . Zafriel terpinga-pinga melihat Aisy yang dipukul dengan bantal oleh Ayesha dan Hania .

" hey , kenapa pukul abang tu ? " tangan Ayesha dan Hania ditarik . Ni mesti Aisy kacau Ayesha dan Hania . Ganas betul anak-anak perempuan dia . Ni kalau kau sakitkan hati diorang , memang tempah maut lah jawabnya . Aisy menyembunyikan wajahnya ke lengan . Zafriel menepuk perlahan bahu anaknya dan menarik tangan Aisy .

" papa " badan sengaja dibuat lembik . Zafriel membuat muka . Mengadanya , perempuan ke lelaki ni ?

" bangun cepat " Aisy didirikan . Ditepuk-tepuk kecil punggungnya , menghilangkan debu . Aisy menjuih bibir lalu berlari laju masuk ke dalam bilik mama papanya . Ayesha dan Hania mengejar Aisy dari belakang . Zafriel memandang sahaja . Dah terbiasa dengan perangai budak-budak ni . Ikut perangai uncle Hayden .

" mama ! ada dua orang gila nak pukul Aisy ! " jerit Aisy . Lelaki itu bersembunyi di belakang Sarah . Pinggang mamanya dipeluk kemas dan wajah disembamkan pada belakang Sarah . Perempuan itu mengerutkan kening . Apa benda budak-budak ni ?

" ish , jangan main macam tu . Ayesha , Hania , Aisy " tangan Aisy ditepuk . Ayesha dan Hania menjeling wajah tersengih Aisy . Kau tunggu , aku rosakkan ps5 kau .

" tidur sini ke malam ni ? " ketiga-tiga anaknya mengangguk .

" haih , tak dapatlah nak manja-manja dengan mama malam ni " ucap Zafriel selamba . Badan dibaringkan ke katil . Sarah menampar perlahan lengan Zafriel . Kalau boleh nak lempang terus . Mulut tu tak pernah nak sopan depan anak-anak .

S2 | Mafia Academy 2Where stories live. Discover now