Bab1 - Cerai

183 2 0
                                    

Sudah 2 bulan penceraiannya dengan Lay, tapi hatinya masih tak boleh lupa situasi mereka di mahkamah yang dia anggap hanya mimpi semata-mata. Hatinya sangat sakit dengan apa yang terjadi pada dirinya. Mak ayahnya di ibu kota masih tidak mengetahui penceraiannya dengan Lay, mereka menganggap aku bahagia di luar kota ini.

Ya, kami tinggal di luar kota setelah berkahwin 5 tahun lepas kerana Lay mendapat tawaran bekerja di sini dan aku menjadi suri rumah sementara itu aku menjual lukisan-lukisan yang aku lukis untuk menghilangkan bosan. Tapi, setelah kami bercerai menjual lukisan bukan lagi aktiviti hilangkan kebosanan malah keperluan aku untuk sara diri di sini.

Nasib aku mempunyai duit simpanan untuk menanggung kehidupan harian aku. Sejak 2 bulan aku keluar dari rumah aku dan Lay dulu, aku tidak  langsung bersua muka dengan Lay. Sebenarnya Lay memberi rumah itu sebagai pampasan kepada aku setelah bercerai namun aku menolaknya kerana semakin aku duduk dalam rumah itu semakin aku sakit mengingatkan memori kami.

Masih aku teringat peristiwa dimana aku datang ke pejabat Lay untuk membuat kejutan hari lahirnya tapi aku yang terkejut dengan adegan bercumbu Lay bersama rakan baikku Syasya di dalam biliknya, patutlah staf-staf Lay seperti cuba menghalang aku masuk dalam pejabatnya ketika itu.

"What are you guys doing!?" tengkingku sehingga boleh didengar satu pejabat itu dan beberapa staff menghampiri aku. nafas aku mula turun naik dan air mata aku mula mencurah.

"what you see?" jawab Syasya dengan selamba sinisnya sambil membetulkan penampilannya. Manakala, Lay dengan terkejut menjawab sambil membetulkan tingkah tidak senonohnya tadi "what you doing in my office?"

"You ask me why im doing here, today it your birthday, of course i plan to suprise my husband but you guys surprise me more" jawabku dengan nada yang tinggi sambil diriku ditenangkan oleh beberapa staff Lay.

"You boleh tak jangan nak buat kecoh dekat pejabat I, buat malu I je... you pergi balik rumah dulu, nanti kita bincang" Kata Lay dengan bengis.

Itu adalah pertama kali aku melihat wajahnya yang bengis diberikan kepadaku kerana Lay tidak pernah memarahi aku seperti itu sepanjang perhubungan kami. Itu mebuatkan aku terasa orang itu bukan Lay yang aku kenal tapi orang lain.

"Alex, kau tolong pergi hantar bunga pulang ke rumah" arah Lay kepada sahabatnya setelah melihat aku tidak berganjak dari pintu pejabatnya.

"Jom bunga, aku hantarkan kau pulang, Lily jom teman aku hantar Bunga pulang" ajak Alex sambil meminta Lily iaitu PA Lay menemaninya menghantar aku ke rumah.

"okay, jom kak Bunga, kami hantar pulang" ujar Lily kepadaku dengan wajah dan suaranya yang simpati melihat keadaan aku ketika itu.

Aku tidak ada kekuatan lagi untuk bersuara malah aku hanya turut pergerakan Lily menarikku keluar dari pejabat Lay.

I Need True LoveWhere stories live. Discover now