Bab 4 - Cocky charming

118 2 0
                                    

Setelah perpisahan aku dengan Lay di Airport, aku terus membawa diri ke "street art" selepas menghantar Lily ke rumah untuk mencari ketenangan. Seperti biasa peralatan melukis sentiasa di sisi.

Sambil berjalan fikiran aku mula berputar mengingatkan semula kisah-kisah lama yang mencetus persoalan di kotak fikiranku "why?"

kenapa Lay curang?
kenapa Shasha jadi perampas?
kenapa mereka sanggup Melakukan perkara seperti itu kepada aku?
kenapa aku???

Tak pernah tefikir mereka akan melakukan perkara macam itu kepada aku, aku percaya dan sayang mereka tapi akhirnya aku disakiti.

Tiba-tiba aku terdengar seseorang menjerkah diriku, "Hoi, kau nak mati ke? lain kali jalan tengok depan, muka lawa dah tapi macam orang kurang siuman!"

Dengan tindakan reflek, berterabur alatan lukisanku daripada tangan dan aku jatuh terduduk.

Pandang aku ke hadapan melihat siapa yang menjerkah kepadaku tadi dengan asap motor superbikenya yang berkepuk-kepuk. penunggangnya turun daripada motor dengan pakaian lengkap untuk mereka yang menunggang motor superbike. Sepertinya penunggang motor superbike itu seorang lelaki yang tegap dan tinggi.

Setelah lelaki itu turun daripada motornya, dia mengutip semua barang-barang aku yang bertaburan sambil kedengaran suaranya yang sedang marah kepadaku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah lelaki itu turun daripada motornya, dia mengutip semua barang-barang aku yang bertaburan sambil kedengaran suaranya yang sedang marah kepadaku. Aku tidak dengar dengan jelas apa yang dia cakap mungkin kerana aku tidak dapat melihat pergerakan mulutnya yang ditutupi helmet di kepalanya.

"kau ini okay tak? sampai bila nak duduk kat sini, kau nak berumah di sini ke? tanyanya sinis setelah selesai mengutip semua barangku.

"terima kasih" pendek ucapkan setelah alatan lukisan aku bertukar tangan kepadaku. Lelaki itu tidak membalas ucapku namun dia terus membonceng motornya laju dengan hanya meninggalkan asap motor ke mukaku.

"im not lucky again" kataku dalam hati.

.......................
tut tut tut

"macam mana, dapat kejar? soal Bob

"Sorry, aku fail this mission... nanti kita tukar plan" balas Canon

"Okay, apa-apa kau roger aku semula"

"bagitahu semua kita akan bincang plan lain" arah Canon pada Bob

"alright bos"

haish bila lah aku dapat melaun tu bisik Canon dalam hati.

I Need True LoveWhere stories live. Discover now