Bab 3 - Last hug

107 2 0
                                    

....... Airport....

Tiba masanya Alex dan Mashi pulang ke Malaysia, aku dan Lily menghantar mereka ke Airport ketika itu. Sampai kami di pintu pelepasan, aku melihat dua pasangan yang bergelak ketawa bahagia dan berpegangan tangan mula menghampiri kami untuk sama-sama melihat kepergian Alex dan Mashi pulang ke Malaysia di airport. Ya, itu Lay dan Syasya, Lay seperti biasa masih tampan dan bergaya begitu juga Syasya cantik dan seksi dilihat. Aku pula sekarang tidak ubah seperti orang gila dengan rambut serabai dan penampilan tak terurus.

"wow, hodohnya kau Bunga macam orang keluar hospital gila aku tengok sekarang, sesuailah nama kau, bunga taik ayam hahhahah" kutuk Syasya setelah melihat aku di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"wow, hodohnya kau Bunga macam orang keluar hospital gila aku tengok sekarang, sesuailah nama kau, bunga taik ayam hahhahah" kutuk Syasya setelah melihat aku di hadapannya. Manakala, Lay langsung tidak memandangku dan tidak menghiraukan langsung kata-kata yang keluar dari mulut Syasya kepadaku.

"Kau Syasya, jaga sikit mulut tu, jangan sampai tangan aku lekat kat muka kau" marah mashi kepada Syasya sambil tangan kanannya menunjukkan gaya ingin menampar muka dan tangan sebelah kiri memeluk bahuku. Manakala Alex cuba menahan Mashi mendekati Syasya.

"Betul tu, dahlah rampas suami orang pastu ada hati nak kutuk, bodoh sungguh  perempuan ini" sambung Lily dengan geram melihat Syasya.

"eh awak kenapa pula nak tahan saya ini, ke awak nak bela mereka?" tanya Mashi kepada Alex setelah Alex menahannya daripada mendekati Syasya.

"Awak jangan macam-macam ya, kalau saya tahu awak ikut perangai bingai lembik kawan awak ini, siap!" amaran Mashi kepada Alex dengan matanya menjeling kepada Lay. Langsung tidak kisah Lay mendengar kata-katanya itu.

"Ya sayang, jangan risau okay... sekarang ini kita nak tenang-tenang pulang ke Malaysia, so awak tak payah masuk campur ya" jawab Alex sambil bisik dan peluk Mashi supaya Mashi bertenang.

Tersenyum aku melihat tingkah laku Alex dan Mashi, Mashi memang seorang yang ganas walaupun dia doktor manakala Alex pula lembut orangnya. Aku hanya mampu berdoa dalam hati  agar pasangan itu bahagia hingga ke syurga dan dijauhkan segala benda buruk yang merosakkan hubungan mereka.

"woi Mashi, kalau kau pandai layan suami kau jangan risau tak ada siapa nak rampas, aku bukan rampas okay... Lay yang cakap dia sayang aku dan BEKAS isteri dia tak layan dengan baik, kan sayang?" sambung Syasya lagi sambil memeluk Lay dengan manja dan matanya memandang sinis kepadaku.

"Haish perempuan ini memang nak kena dengan aku lah"

"Sudah-sudah... tu penguguman untuk kau orang dah nak kena masuk tu" bagitahu Lay setelah melihat Mashi sedang mula melangkah kearah Syasya.

"Kau selamat kali ini Syasya, Bunga kalau dia ni buat hal dekat kau nanti, bagitahu aku tau, aku tahu nak buat apa nanti" kata Mashi sambil memeluk aku dan mengucapkan selamat tinggal kepada kami semua sebelum dia dan Alex bergegas untuk masuk ke pintu pelepasan.

Sebelum aku pulang dari Airport Lay berjumpa aku semasa Syasya pergi ke tandas. "Bunga, I harap you jaga diri you dan cari orang baru, lupakan I"

"You tak payah risau pasal I, you masa curang dulu ada fikir perasaan I, tak ada kan? dan lagi satu ya memang I masih tak move on sebab I sangat cintakan you dan you adalah orang pertama yang I percaya tapi tengok apa jadi? you betray me Lay..."
Jawabku dengan menahan sebak di dada. Lily menyapu lembut belakangku supaya aku kuat.

"Lay... for the last time, can you give me last hug?" sambung aku untuk memintanya memelukku buat kali terakhir kerana semasa hari penceraian kami, aku tidak ada kekuatan memintanya memelukku dan aku harap pelukan terakhir ini membuatkan aku terus kuat memulakan hidup baru tanpa Lay.

Terus Lay memelukku dan mencium dahiku buat kali terakhir. "Im so sorry, thank you so much for your love to me and everything you do for me" kata Lay sebelum aku masuk ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan airport dengan berat hati.

I Need True LoveWhere stories live. Discover now