7

387 18 1
                                    

JAM 1 PAGI Syed Huzair balik rumah.

"Kenapa balik lambat?" tegur satu suara dari ruang tamu. Syed Huzair merengus. Dia membuka lampu. Maryam sedang duduk di sofa sambil memandang ke arahnya.

"Saja balik lewat. Kenapa?" Syed Huzair pandang Maryam dengan muka bersahajanya. Maryam bangun mendekati Syed Huzair.

"You sedar tak sekarang ni dah pukul berapa? You tak pernah balik lewat macam ni kecuali you ada buat sesuatu yang menyebabkan you balik lewat."

"Sekali-sekala I balik lewat, tak boleh ke? Atau you tengah kesepian dan menunggu lelaki membelai you dengan manja?" soal Syed Huzair sinis. Masih segar dalam ingatannya akan kecurangan Maryam pada empat tahun yang lalu. Kecurangan yang menyebabkan kepercayaan Syed Huzair terhadap Maryam hilang dalam sekelip mata.

"Huzair!" bergema suara Maryam. Maryam tidak suka Syed Huzair mengungkit masa lalu. Benar masa lalu itu tidak boleh dimaafkan tetapi dia sudah bertaubat dan dia masih mengharapkan Syed Huzair memaafkannya walaupun dia tahu ia amat sukar.

"You dengar sini baik-baik, Maryam. You tak perlu sibuk nak tahu apa yang I buat. I nak balik lewat atau tidak, you tak perlu susahkan diri tunggu I. You buatlah sesuatu yang berfaedah untuk diri you sendiri. Tak perlu sibuk nak menguruskan hidup I. Hubungan kita berdua sekarang ni sekadar di atas kertas sahaja. Ingat tu!" jerkah Syed Huzair.

"Until when do you want to hate me, Huzair?" tanya Maryam.

"Sampai you mati!" tajam mata Syed Huzair merenung mata bundar Maryam.

Mata Maryam mula berair. Syed Huzair tidak suka dengan mata itu. Mata yang mudah mengalirkan air mata demi membela diri yang sudah terang bersalah.

"I merayu dekat you. Jangan tinggalkan I." Rintih Maryam.

Syed Huzair geleng kepala. "Bila tiba masanya, I akan tinggalkan you tapi sebelum tu, I nak tengok macam mana seorang isteri yang buat suaminya menderita hidup dalam kehidupan yang menjijikkan ni. You bernasib baik I tak ceraikan you sebab I masih fikirkan hati dan perasaan mama dan papa you yang merayu dekat I supaya kekalkan perkahwinan kita ni. Mereka fikir I akan memaafkan kecurangan anak mereka tapi mereka silap. I tak pernah memaafkan anak mereka sebab kecurangan itu penyebab hidup I kucar-kacir dan you dah buat I jadi serabut! Kenapa you tak mati dalam kemalangan tu, Maryam? Kenapa?! Kan lebih baik you mati. Senang hidup I bila you dah mati!"

Maryam terdiam. Hatinya mula merintih. Entah sampai bila dia perlu berhadapan dengan sikap panas baran Syed Huzair gara-gara kesilapannya ini? Dia berharap sangat Syed Huzair dapat menerimanya semula.

Syed Huzair naik tangga dan berhenti di anak tangga ketiga. Dia toleh ke arah Maryam yang masih berdiri itu. "Tadi I ada jumpa kenalan lama I. I jatuh hati pula dekat dia sebab dia semakin cantik dan berbudi bahasa. Sikap dan perangainya pula menepati ciri-ciri calon isteri yang I cari selama ini." Syed Huzair berjeda.

Syed Huzair memejam matanya. Dadanya berombak-ombak bila teringatkan kejadian itu. Sungguh ia menyakiti hatinya. Syed Huzair buka mata dan melepaskan keluhan.

"Dia baik dan dia seorang yang setia. I akan berkahwin dengan dia tak lama lagi, Maryam."

Kata-kata Syed Huzair menampar jiwa Maryam. Maryam ingin berteriak menghalang niat Syed Huzair. Dia tidak mahu lelaki itu memiliki perempuan lain selain dia yang sudah dibuang ini. Cintanya pada Syed Huzair masih bersisa. Jiwanya masih ingin memiliki jiwa Syed Huzair.

Syed Huzair naik ke atas. Maryam terduduk di atas lantai dan menangis teresak-esak. Inilah balasan baginya. Dia kehilangan suami yang dia cintai angkara kecurangannya. Dia bernasib baik Syed Huzair tidak menceraikannya. Tetapi empat tahun menjalani kehidupan dengan berbekalkan kebencian dari Syed Huzair membuatkan dirinya diserang rasa bersalah berganda-ganda. Syed Huzair adalah lelaki yang baik untuk dia tetapi dia yang tidak menghargai kesetiaan Syed Huzair.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now