43

256 14 0
                                    

JACK mengekori kereta yang dipandu oleh Syed Huzair. Lebuh raya tidak sesak. Kereta yang lalu-lalang tidak banyak. Mudah bagi Jack dan kawannya yang memandu lori pasir buat kerja. Jack menghubungi kawannya yang dalam perjalanan untuk buat kerja. Dalam beberapa minit, datang lori pasir dari arah bertentangan kereta Syed Huzair. Jack berhenti di tepi jalan. Dia keluar melihat kereta Syed Huzair terbalik gara-gara dilanggar oleh lori pasir. Keadaan kereta Syed Huzair sangat teruk. Jack menjangkakan Syed Huzair tidak akan selamat. Jack ketawa terbahak-bahak bila melihat kereta itu tiba-tiba terbakar.

Telefon Jack berdering. Segera dia keluarkan telefonnya dari kocek seluar. Nama Haziq tertera di skrin telefon lalu dia angkat panggilan itu.

"Abang kesayangan kau dah mati!" ujar Jack. Haziq terus mematikan panggilan. Jack cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan bergegas pergi. Dia melalui kawasan yang sudah sesak kerana kemalangan ngeri itu. Lebar senyumannya melihat orang ramai berkerumun membantu mengeluarkan mangsa.

#

BERITA kemalangan Syed Huzair telah sampai ke pengetahuan Syed Abdullah. Syed Abdullah bergegas meninggalkan mesyuaratnya pergi ke hospital. Sebelum itu, dia menghubungi Ruhaila dan Haziq untuk pergi sekali ke hospital.

Sampai di hospital, Syed Abdullah dimaklumkan oleh doktor yang merawat mengenai keadaan Syed Abdullah. Keadaan Syed Huzair sangat teruk sekali. Syed Huzair berada 50-50. Doktor tidak dapat memberikan jaminan Syed Huzair boleh diselamatkan atau tidak. Jika Syed Huzair selamat, Syed Huzair akan lumpuh seumur hidupnya.

Resah dan gelisah hati tua Syed Abdullah pada anak lelakinya itu. Walaupun Syed Huzair membencinya, Syed Abdullah tidak membalas kebenciannya itu kepada anaknya. Syed Abdullah menghubungi kawannya yang merupakan doktor terbaik di luar negara. Dia mahu kawannya merawat anaknya walaupun apa pun caranya.

Ruhaila dan Haziq mendapatkan Syed Abdullah.

"Macam mana keadaan abang?" Haziq berpura-pura tanya.

"50-50. Jika Huzair hidup, Huzair akan lumpuh seumur hidupnya." Ujar Syed Abdullah.

Haziq menahan diri dari tersenyum. Dia berharap abangnya itu mati. Kalau hidup, Syed Huzair akan lumpuh dan Haziq akan buat Syed Huzair lumpuh seluruh anggota badannya pula. Inilah balasan kepada Syed Huzair kerana menghinanya. Syed Huzair dan Raihana sudah dapat balasan mereka. Siapa lagi nak menghinanya? Silakan. Dia akan balas dengan teruk!

Datang pula bekas isteri Syed Abdullah, Puan Nina. Puan Nina sangat terkejut apabila dimaklumkan tentang anak tirinya. Walaupun hubungan Puan Nina dengan Syed Huzair tidak baik, Syed Huzair masih menghormatinya sebagai ibunya. Puan Nina pula sayang dan anggap Syed Huzair macam anak kandungnya sendiri. Kedatangan Puan Nina mencetuskan rasa tidak suka Ruhaila terhadap bekas isteri Syed Abdullah itu.

"I tak setuju you bawa Huzair berubat di luar negara. Tunggu keadaannya betul-betul stabil, baru bawa dia pergi." Ujar Puan Nina.

"Keadaan Huzair sangat teruk. Kita tak tahu bila dia akan stabil." Ujar Syed Abdullah.

"I dah tanya doktor. Kalau you bawa Huzair sekarang, Huzair boleh mati."

Syed Abdullah melepaskan keluhan. "Habis tu, apa patut I buat?"

"Bawa kawan you ke sinilah. Itu pun you tak boleh fikir?" marah Puan Nina namun dia faham akan kekusutan Syed Abdullah sekarang. Syed Huzair belum melepasi paras bahaya. Anak lelakinya itu sedang bertarung nyawa.

"Siapa jaga Lea dengan Aidil?" Syed Abdullah ubah topik perbualan.

"Mak I yang jaga mereka. Semenjak you berkahwin dengan perempuan tu, you langsung tak jenguk mereka." Puan Nina menjeling ke arah Ruhaila.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now