20

290 18 0
                                    

Sorry lama tak update, sibuk dengan kerjaa...

SEORANG lelaki berusia dalam 30-an memberhentikan keretanya di depan rumah Nek Mah pada jam 2 pagi. Dikala semua orang sedang lena tidur, dia rela datang sini demi satu tujuan. Tujuan yang perlu dia melaksanakan. Lelaki itu keluar dari kereta. Matanya melilau kawasan sekeliling. Dia berjalan-jalan sekitar rumah Nek Mah bagi memastikan tiada sesiapa yang melihatnya. Dia tidak pakai topeng muka untuk melindungi mukanya kerana waktu ini tiada sesiapa yang keluar. Tiba-tiba rumah Nek Mah bercahaya tanda Nek Mah bangun. Lelaki itu mengukir senyuman. Tak perlu dia pecah masuk.

Lelaki itu menaiki anak tangga. Dia mengetuk pintu rumah Nek Mah. Nek Mah yang bangun kerana mahu ke tandas, terkejut. Siapa yang datang ke rumahnya pada waktu macam ini? Nek Mah tidak berani mahu membuka pintu. Risau yang datang itu perompak.

"Assalamualaikum." Lelaki itu lembut memberi salam.

Nek Mah tidak menjawab. Nek Mah bersembunyi di dalam biliknya dan mematikan lampu biliknya. Lelaki itu pula turun dari tangga dan melihat ada lampu sudah ditutup. Itu bermakna Nek Mah sudah tahu ada orang yang datang.

Lelaki itu masuk ke dalam keretanya. Dia mengambil peralatannya kemudian dia naik tangga rumah Nek Mah. Pintu rumah Nek Mah dipecah menggunakan peralatannya. Lelaki itu tidak menanggalkan kasut lalu masuk ke dalam. Nek Mah dalam bilik segera mengunci pintu biliknya. Fikiran Nek Mah mengatakan lelaki itu adalah orang suruhan Ruhaila.

"Nek Mah? Dah tidur ke?" lelaki itu bersuara.

Di dalam bilik, Nek Mah memeluk erat bantalnya. Dia dalam ketakutan sekarang ini. Adakah lelaki itu orang suruhan Ruhaila mahu membunuhnya? Dia sudah agak Ruhaila pasti menyuruh orang membunuhnya kerana Nek Mah memungkiri janjinya pada Ruhaila.

Lelaki itu berdiri di depan bilik Yuhaira. Dia membuka pintu bilik itu. Kosong. Sebuah lagi bilik dibuka, juga kosong. Dan... ada sebuah lagi bilik yang belum dibuka. Bilik itu adalah bilik Nek Mah. Lelaki itu mengetuk pintu bilik Nek Mah.

Nek Mah katup mulutnya dengan rapat. Dia membaca doa pelindungan. Lelaki itu adalah pembunuh! Nyawa Nek Mah sekarang ini dalam bahaya! Nek Mah mencari telefonnya. Tiada pula! Nek Mah lupa, telefonnya berada di luar. Sudahnya, dia tidak dapat menghubungi pihak polis.

"Nek Mah, bukalah pintu ni. Saya nak masuk." Ujar lelaki itu bila cubaan membuka pintu bilik tidak berjaya kerana dikunci dari dalam. Tiada suara menyahut dari dalam.

Lelaki itu menendang pintu bilik Nek Mah dengan kuat. Nek Mah semakin ketakutan. Beberapa kali ditendang, tercabut kunci. Terbuka luas pintu bilik. Lelaki itu mencari suis lampu di sebelahnya. Lalu lampu menerangi bilik Nek Mah. Nek Mah yang berada di atas katil bangun dalam keadaan mengigil. Lelaki itu diamati Nek Mah.

"Kau... kau siapa?" tanya Nek Mah ketakutan. Lelaki itu tidak menjawab.

Lelaki itu meletakkan peralatannya di bawah. Dia mengeluarkan pisau yang bersarung dari belakang. Pisau dikeluarkan dari sarung. Sengaja dia halakan pisau itu ke arah Nek Mah. Terbeliak mata Nek Mah melihat ketajaman pisau itu.

Dengan langkah yang laju dan Nek Mah tidak sempat mengelak dari ditikam oleh lelaki itu. Darah mula mengalir dengan aliran yang banyak membasahi pisau yang menikam perut Nek Mah. Lantai sudah basah dengan darah. Lelaki itu menarik dan kemudian menikam lagi Nek Mah. Nek Mah tiada daya untuk menahan rasa sakit ditikam. Wanita tua itu hanya mampu mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Lelaki itu menarik pisaunya lalu memasukkan semula ke dalam sarung. Pisau yang masih bersisa darah tidak dibersihkan sebaliknya membiarkan saja darah itu bersisa dalam sarung. Lelaki itu mengambil peralatannya lalu keluar dari bilik Nek Mah. Matanya menangkap bingkai gambar di dinding sebelah kanannya. Dia pandang gambar itu. Matanya terbeliak besar.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now