cp 252

927 155 11
                                    

Mata aku sikit demi sedikit mula terbuka. Lantai yang sejuk ini adalah perkara pertama yang aku lihat. Nampaknya aku telah sekali lagi pengsan ketika membuat kerja aku.

Ini bukan kali pertama aku pengsan ketika cuba melakukan ritual sihir tetapi sudah masih 3 kali. Dan sebab kenapa aku pengsan adalah sama semua. Takdir itu memang tidak mahu aku hidup lama.

Dengan seluruh kekuatan yang aku ada, aku cuba bangun dari baring ini. Tangan aku menyentuh kepala yang sedikit sakit akibat mendapat memori Cloe tadi.

Tidak sangka Cloe akan memberikan aku memorinya tentang kejadian terakhir dia bersama raja Ivan. Bagi aku memori itu memang sedih.

Raja Ivan sudah berjanji akan menjadikan Cloe puteri yang sah namun semua itu tidak kesampaian apabila Cloe pergi dahulu. Apa keputusan Cloe untuk pergi dahulu adalah satu keputusan yang betul?

Dia tidak sempat mengatakan kata terakhir pada lelaki itu sebelum dia pergi begitu sahaja. Dan yang lebih menyedihkan adalah Cloe pergi di hadapan orang yang dia sayang akibat sumpahan para dewa.

Aku tidak tahu siapa orang yang dia sayang itu tetapi yang pasti itu bukan Ivan. Itu juga bermakna masih ada seorang lagi orang dalam hidup Cloe yang aku tidak tahu siapa.

"Kenapa agaknya kau buat semua itu?" Soal aku sendiri. Aku masih tidak faham kenapa dia harus korbankan diri untuk orang lain.

"Mungkin sebab aku terlalu sayangkan mereka," tiba hadir satu suara.

Kepala aku menoleh ke belakang dan alangkah terkejutnya aku melihat Cloe berdiri tepat di belakang aku. Bagaimana dia boleh muncul sini?

Ini bukan alam mimpi jadi bagaimana kami boleh berjumpa mahupun bercakap dengan aku. Adakah ini hanya hayalan aku kerana terlalu inginkan jawapan?

"Ini bukan hayalan aku. Aku memang boleh jumpa kau begini tetapi hanya sekali sahaja," balasnya seakan tahu apa yang aku fikirkan.

"Kenapa kau sayang sangat pada mereka?" Soal aku mengenai balasannya tadi.

Cloe terdiam sejenak lalu dengan suara perlahan dia menjawab, "mereka telah beri aku makna hidup yang aku mahu. Aku kekal hidup lama di dunia itu kerana mereka dan sebab itu aku sanggup buat apa sahaja untuk selamatkan mereka. Walaupun perkara itu akan membunuh aku sendiri."

Aku merenung wajah sayu Cloe yang berkata begitu. Dalam diri itu terdapat satu perasaan yang aku masih tidak faham. Tetapi aku tahu bertapa baiknya hati Cloe.

Aku mungkin kelahiran dia tetapi kami memiliki sikap dan sifat yang berbeza. Dia sanggup berkorban demi orang lain sedangkan aku menggunakan orang lain demi kepentingan diri aku. Sifat kami sungguh berbeza.

Tetapi setiap sifat yang kami dapat adalah disebabkan peristiwa yang menimpa diri kami. Dia sanggup berkorban kerana dia telah merasai bagaimana dicintai sehingga tidak sanggup kehilangan mereka.

Sedangkan aku telah kehilangan orang yang aku sayang membuat aku susah untuk mempercayai orang lain lagi. Itulah penyebab kenapa aku lebih memilih untuk bersendiri daripada berada di kalangan para manusia yang aku sendiri tidak percaya.

"Sebelum kau pergi, aku mahu berikan kau buku ini," aku mengeluarkan satu buku lalu aku serahkan kepada Cloe.

Mata Cloe menatap buku itu untuk seketika sebelum dia tersenyum sendiri. Tangannya mengusap lembut kulit buku tersebut.

Itu adalah buku diari yang diberikan oleh raja Kayden kepada aku. Bagi aku Cloe lebih layak mendapat buku itu kerana memorinya bersama Ivan banyak tertulis di dalam buku tersebut. Kalau ada pada aku bukannya guna pun, jadi lebih baik bagi pada dia.

Irene: The Lost Witch 2 [✔️] Where stories live. Discover now