cp 290

866 147 22
                                    

"Aku akan batalkan perjanjian kita, jadi lepas ni separuh jiwa kau dalam perjanjian itu akan kembali kepada kau. Tetapi ingat, itu masih tidak bermaksud apa yang kau rancangkan akan selamat sepenuhnya," Vivre menyentuh tangan aku lalu satu cahaya keluar.

Cahaya terang itu menerangi mata aku dan seketika itu aku mula merasakan sesuatu terjadi pada tubuh aku. Itu mungkin pertanda jiwa yang aku bagi pada Vivre dulu sudah dikembalikan.

Selepas dia selesai melakukan hal tadi, aku terus cuba merasakan keadaan sihir tubuh aku. Tidak ada yang berubah cuma jiwa aku yang sedikit membaik. Itu pun hanya separuh dan separuhnya lagi sudah rapuh.

Aku tidak tahu dengan jiwa yang serapuh ini berapa lama aku boleh bertahan. Mungkin tidak lama tetapi sekurangnya aku masih ada masa sebelum perang itu bermula.

"Kau pasti ke dengan apa yang kau ingin lakukan ini?" Sariel yang berada di sebelah Vivre tadi menyoal.

Aku terdiam sebentar mengenangkan pilihan aku ini. Aku tidak pernah terfikir untuk kecewa dengan keputusan ini kerana ini adalah pilihan hati aku sendiri.

Ibu berkata bahawa aku harus memilih keputusan mengikut kehendak hati. Jadi aku akan terus percaya dengan keputusan ini walaupun aku tahu kesannya terhadap diri ini.

"Aku pasti dan aku tidak akan pernah menarik lagi keputusan ini," balas aku.

Dewi itu mengeluh pasrah mendengar jawapan aku. Dia kemudiannya berjalan menghampiri aku lalu tangannya mengeluarkan satu cahaya putih.

"Apa yang kau lakukan ini sangat melanggar hukum alam dan aku pasti banyak para dewa tidak akan duduk diam. Jadi sementara itu, aku akan cuba tolong kau untuk diamkan dewa itu," ujar Sariel.

"Apa yang para dewa akan lakukan pada aku kalau mereka tahu?"

Sariel terdiam sejenak lalu menjeling ke arah Vivre.

"Mereka mungkin akan cuba bunuh kau," Vivre menjawab.

Dulu para dewa hanya memberikan aku sumpahan tetapi kini mereka sudah berani membunuh aku. Mesti kesabaran mereka berhadapan dengan manusia seperti aku sudah tahap yang tidak dapat dijangka lagi.

"Tapi kau tak perlu risau. Kau ada aku dan Sariel. Para dewa itu tidak akan berani mencari masalah dengan dewa kehidupan dan dewa kematian. Lagi pula, kau masih ada seorang lagi yang akan tolong kau kalau kau hampir di bunuh oleh para dewa lain."

"Siapa?" Mata aku memandang pelik ke arah Vivre. Siapa lagi dewa yang sanggup tolong aku sampai begitu?

"Ayah kau," Sariel menyahut. Mata aku menoleh ke arah dewi itu. Ayah aku?

"Raja iblis itu dewa kegelapan yang mengusai seluruh alam kegelapan. Semua dewa takut dengan dia dan aku pasti dia tidak akan duduk diam kalau tahu anak dia dalam masalah," terang Vivre.

Mendengar penjelasan Vivre itu membuat aku teringat bahawa ayah aku bukan setakat raja iblis tetapi juga dewa kegelapan. Dia dewa yang kuat dan aku juga setuju dia tidak akan duduk diam kalau tahu aku dalam masalah.

Dia mungkin akan hancurkan dunia ini kalau aku mati. Jadi disebabkan itu juga kenapa aku diberikan kekuatannya. Dia tidak mahu aku tercedera mahupun terlibat dalam keadaan yang berbahaya.

"Terima kasih, Sariel," ucap aku.

Walaupun dia melayan aku dengan sungguh dingin tetapi dia tetap mahu menolong aku.

"Sariel sahaja ke? Aku tak?" Vivre menyampuk. Aku mengeluh pasrah dengan lelaki itu.

"Terima kasih, wahai dewa kematian yang terhebat," ujar aku dengan nada memerlinya.

Irene: The Lost Witch 2 [✔️] Donde viven las historias. Descúbrelo ahora