BAB 13

22 1 0
                                    


Ben berjalan menuju ke dapur. Dia tahu bahawa Rina mengelat untuk makan bersama.

"Ben, kamu ke yang beli kuih ni? Ada kuih kesukaan abah ni" umi memandang Ben sambil tangan nya mengacau air untuk diminum nanti

Ben terdiam seketika. 'kalau aku cakap tu Rina yang beli dah sah ii dia orang tak makan nanti'

"Haah Ben yang beli tadi, mari lah makan sama" ajak Ben dan terus duduk dikerusi

Encik Ibrahim kemudiannya masuk kedapur, melihat anak lelaki dan isteri nya ada bersama untuk sarapan pagi.

Puan Azizah membawa teko kopi panas yang sudah dibancuh itu ke meja makan.. mata nya melirik kearah pintu bilik Rina yang berada dekat dengan dapur itu. Dia menjeling dengan perasaan benci

Semasa makan hanya terdengar sahaja perbualan dari Puan Azizah dan En Ibrahim sahaja. Sekali sekala Ben bercakap menjawab pertanyaan umi dan abah nya.

****************************************

Selesai mandi Rina menuju ke cermin yang terletak barang ii keperluan nya. Dia memakai pelembap muka dan sunscreen. Suncreen WAJIB pakai tauu!!

Selesai semua nya dia kembali duduk dikatil.

"Keluar ke takk?? Hurmmm. Aku nak tolong umi masak," Rina bermonolog sendirian

"Keluar jelahhh" Dia bingkas bangun membuka pintu dan ingin kedapur
Terdengar gelak tawa diantara dua wanita di dapur.

"Siapa pulak yang ada ni" soalnya sendiri.

Rina menjegah sedikit ingin melihat siapakah gerangan yang bersama uminya.

"Umii" panggil Rina. Mereka berdua berpaling melihat Rina. Puan Azizah terus melempar kan jelingan tajam, tidak membalas sapaan Rina.

"Kau ke Rinaa. Kenapa kau balik kesini?" Soal perempuan itu atau lebih dikenali lagi sebagai Salehah iaitu sepupu Rina

"Tak ada angin, tak ada ribut tiba ii kau balik sini ehh" kata Salehah sambil tersenyum mengejek.
Minah ni memang lah kan, kau dari dulu lagi tak puas hati dengan aku kann..

Rina hanya mengabaikan kata kata dari Salehah

"Umi..." belum sempat Rina habis kan ayat Puan Azizah sudah mencelah

"Entah lahh tiba tiba balik buat semak sahaja kat rumah ni. Dah lah pemalas, matahari dah terpacak atas kepala baru nak bangun"

Rina hanya diam membisu. "Kau ni kalau balik nak buat semak depan mata aku baik tak payah balikk. Kesian dekat mak ngah ni, serabut tengok muka hodoh kau tuu".. eh eh minah nii ada yang nak kena cili kejap lagi ni kangg

"Amboi Lehahh, kemain lagi mulut kau mengata kembar aku yeee." Ben datang dari arah belakangg

"Ishh apa abang Ben nii. Kan orang dah cakap panggil orang Sally lahh." Salehah membalas dengan wajah yang cemberut

"Gedik lah kauu dah nama Salehah tu Salehah je lahh. Gedik nak nama hipster ii pulakk.."

"Benn tak baik lah cakap macam tuu" Puan Azizah mencelah, menegur anak lelaki nya itu

"Entah lah mak ngah, abang Ben nii. Sampai hati cakap kat orang macam tuu"
Salehah mendekati puan Azizah lantas memaut tangannya, mengadu dengan wajah yang sedih

Ben menjeling tajam wajah Salehah. "Jom Rin aku bawak kau keluar" Ben mengajak Rina. Rina yang sedari tadi mendiam kan diri memaling kan wajahnya memandang Ben

"Kamu nakk kemana Ben. Umi dah masak lauk kegemaran kamu nii." Tanya umi.

"Umi makan lah dengan abah. Balik nanti Ben makan".
Lantas Ben menarik tangan Rina. Menuju ke pintu keluar

"Ehh kejap ii nak kemana nii." Rina menyoal Ben. " Jom gi rumah opah ngan atok." Bersinar terus mata aku mendengar kan panggilan ituu.

"Jommmm. Kejap aku ambik beg dalam bilik" dengan senyuman yang girang Rina kembali ke bilik untuk mengambil beg duit, telefon dan barang ii yang lain.

Melihat Ben yang sudah sedia menunggu di atas motor. Terus Rina lompat naik keatas motor.

"Eh kau nii rilek lahh. Terbalik motor ni karangg". Rina hanya menayang kan senyuman macam kerang busukk

"Hehehe dahhh jommmm"

RINA'S POV.

Perjalanan untuk kerumah opah dan atuk tidak lah lama, hanya kira ii 6 ke 7 minit sahaja dari rumahh jalan kaki pun boleh. adik beradik umi kebanyakan nya memang buat rumah dekat ii

Sejak kali terakhir aku jejakkan kaki ke kampung ini. Aku melihat sudah banyak perubahan yang ada... Yaa memang jarang benar aku pulang ke kampung. Tapi aku masih ingat lagi selok belok kampung inii.

Anak ii muda yang mengenali aku, mereka melambai kan tangan sambil tersenyumm. Aku balas lah balikk..

Sampai sahaja dirumah atok dan opahh. Aku turun dari motor. " Wehhh ada orang lain tak kat rumah nii?" Soal aku pada Benn

"Rasanya yang lain tak adaa. Nampak sunyi je ni." Mata aku melilau melihat sekeliling. Rumah atok dan opah masih sama..

"Assalamualaikum. Atokk oooo opahhh". Ben memberi salam

"Waalaikumussalam. Ada di dapur niii." Sahut opahh. Kami berjalas ke tepi rumah untuk menuju ke pintu dapurr.

"Opahhh, tengok ni Ben bawak balik siapa."

Opah yang dari tadi sedang mengupas bawang memandang kearah akuu.

"Ya Allahh cucu akuu." Di lempar nya bawang ii tuuu terus opah datang kearah aku dan memeluk akuu.

"Rinaaa, kenapa lama kamu tak balikk. Opah dan atok rindu kan kamuu. Sampai hati kamu yaa. Raya tahun lepas pun kamu tak balikk." Opahh memegang kedua belah bahu akuu. Melihat titisan air mata yang jatuh, pantas aku lapp

"Maaf opahh, sebab lama Rina tak balikk. Rina pun rindu kan opah dan atokkk. Maaf sangat ii" tangan tua itu aku cium lama. Rasa sebak lah pulakkk

Opah peluk aku lagiii. Ben menghampiri kami dan menggosok bahu opah,"sudah ii jangan sedih ii nanti Ben pun nangis sama" kata Ben sambil mengelap air mata nya yang jatuhh.

"Ish kamu ni kacau jelah jejak kasih kami  nii". Opah menampar perlahan lengan Benn

Aku tersenyum melihat gelagat mereka. Walaupun umi dan abah tidak menganggap aku sebagai keluargaa. Aku masih ada opah, atok, pak long, mak long dan Benn. Alhamdulillah ucap syukur kut didalam hatii

"Opahh, mana atokk. Tanya aku

"Atok kamu ke kebun lahh kejap lagi dia balik makan tengah harii. Kamu makan sini lah yeee. Opah nak masak pucuk paku masak lemak dengan sambal mangga. Rezeki kamu lah nii opah tiba tiba terdetik nak buat sambal mangga nii."

Uiii peberet akuu tuhhh. "Sedap nyaaaa. Jom kami tolong"

"Errrr kau jelah tolongg. Err aku nak buat kerja jap" kata Ben dan melangkah  perlahan menuju kearah pintu masuk di dapur.

Aku memandang Ben tajamm " arrhhh takde ii kau pun tolong sama. Aku lepuk karangg"

"Benn kamu tolong ambik dua tiga biji lagi mangga dekat atas pokok tu. Kita buat banyak sikitt" kata opah sambil tangan nya pantas mengupas bawang.

"Macam mana nak ambik ni opahh" laung Ben yang sedang dibawah pokok. Mata nya ralit melihat buat ii mangga

"Kau ni, tu pun nak tanya. Panjat lahhh". Kata aku tangan aku juga ralit menyiapkan bahan ii yang hendak digunakan

"Panjattt???" Soal Ben dengan riak yang terkejutt. Biar betul nk suruh aku panjatt. Tinggi kottt

"Ishh kamu nii, dekat belakang pokok tu ada galah. Kait guna galah tu lahh. Lain kali cari guna mataa" kata opahh

"Uuuuui padan muka kena marahh. Hahahahaahha" galak aku mentertawa kan Ben. Banyak songeh sangat kan dah kena marahh...

****************************************

Donee chapter 13. Panjang sikit je nii. Alright selamat membaca❤️✨

Asfarina Airish (new)Where stories live. Discover now