BAB 16 Masa Silam (part1)

14 0 0
                                    


90-an

Sepasang suami isteri sedang duduk elok dibangku kayu diluar rumah. Sang suami mengelus lembut rambut si isteri. si isteri pula menyandarkan kepala di bahu suami. Rindu kerana suaminya baru pulang setelah hampir 2 minggu berkerja di luar kota.

Tiba tiba Si isteri bangun berlari kecil menuju ke telaga yang berada disamping rumah.

"Werkk. Werkkk" si isteri memuntahkan segala isi makanan yang ada diperut.
"Azizah, kamu kenapa ni" soal encik Ibrahim cemas.

"Saya loya tekak lah bangg. Kepala saya tiba tiba pening". Kata puan Azizah.
"Kamu nak muntah lagi ke?" Tanya encik Ibrahim. Puan Azizah hanya menggelengkan kepala, tak mampu untuk bersuara. Encik Ibrahim memapah isterinya dek kerana kelihatan puan Azizah lemah.

Naik sahaja keatas rumah, Encik Ibrahim membawa isterinya menuju ke bilik tidur mereka lalu membaring kan isterinya. Dia keluar menuju ke dapur untuk mengambil segelas air kosong dan diberikan kepada isterinya.

"Kamu kenapa Azizah. Ada salah makan ke?".

"Tak tahu lah bang. Dari minggu lepas lagi saya duk muntah ii macam ni." Kata Puan Azizah. "Sudah lah kamu tidur dahulu. Nanti abang panggilkan nek ijah untuk tengok ii kan kamu." Kata Encik Ibrahim sambil mengelus lembut tangan Puan Azizah.

*****************************************

Nek ijah mengurut lembut di bahagian perut. terlihat senyuman kecil di wajah nya. "Lepas ni kamu dah tak boleh nak buat kerja berat ii dah lah" kata nek ijah.

Encik Ibrahim dan Puan Azizah memandang wajah nek ijah dengan pelik. "Kenapa nek ijah" soal puan Azizah, runsing takut ii ada yang pelik dengan dirinya. "Nek ijah rasa, kembar ni".

"Kembar?" Soal Encik Ibrahim. "Iyaa kembar, nek ijah rasa ada dua bonjol . Isteri kamu ini mengandung lagi." Kata nek ijah dengan perasan gembira.

Encik Ibrahim dan Puan Azizah memandang antara satu sama lain. Terlakar senyuman yang lebar di wajah Encik Ibrahim. "Alhamdulillah"

***

Setelah selesai semuanya Encik Ibrahim hendak menghantar nek ijah pulang kerumahnya. "Abang jangan lupa nanti ambil anak ii dekat rumah mak" pesan puan Azizah. Tidak sabar untuk memberitahu anak ii nya tentang kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

"Baikkk" kata Encik Ibrahim berlalu untuk menghidupkan enjin kereta proton saga milik mereka.

"Kamu ingat zizah, jangan buat kerja berat ii. Ada dua nyawa dalam badan kamu sekarang. Mengandung kan kembar ni agak berbeza dari mengandung kan sorang. Selebihnya nanti misi di klinik desa akan bagitahu kamu. Nek ijah balik dulu ye" pesan nek ijah panjang lebar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 16, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Asfarina Airish (new)Where stories live. Discover now