Bab 15

15 1 0
                                    


Selepas makan malam bersama opah dan atok tadi, aku keluar dan duduk di pangkin yang berada di bawah pokok yang ada di depan rumah. Saja nak amik angin malam.

Rasa tenang sahaja kalau duduk dekat kampung. Tak ada pencemaran bunyi. Hanya bunyi ii cengkerek yang bersiul sahaja.

Tadi lepas balik dari kedai aku terus kemas baju dan mintak Ben untuk hantar aku ke rumah opah dan atok  balik. Hehehe nak spend time dengan opah dan atok. Ben tadi, beria dia nak ikut. Aku tak kasi nanti sibuk je nk berkepit. Semak pulak aku. Biar lah dia dekat rumah sana.

Aku duduk bersila sambil kedua tangan aku tongkat ke belakang. Mata di pejam kan, udara malam aku hirup panjang.
Alhamdulillah atas setiap nikmat yang aku rasa. Terima kasih ya Allah.

"Humairahh..." Terdengar suara memanggil aku. "Humairahh" makin keras bunyi nya. "Yaa sayaa. Siapa tu?" Soal aku bingung.

"Kenapa kamu mengabaikan mata batin muu. Sehingga kan kamu tidak sadar bahawa orang terdekat mu sedang sakit. Sudah dipesan banyak kali jangan diabaikan mata batin itu, tapi kamu degill. Kenapa?? Kenapa kamu tidak menggunakan anugerah yang kamu ada untuk membantu orang disekeliling mu? Haruskah saya datang setiap masa untuk mengingatkan kamu?." Kata suara garau ituu.

Siapa tu? Aku tak cam lah suara siapa.
"Maaf, saya tidak sedar tentang semua itu. siapa kamu. Siapa yang sakit?" Soal aku. Aku terpinga pinga. Ye lah weyhh dengar suara je, mana orang nye.

"Kamu harus menguatkan amal ibadah mu. Maka kamu akan tahu siapa kah orang itu. Humairahh, gunakanlah anugerah yang ada untuk membantu orang disekeliling kamu."

"Ehh kejap.."

"Rinaa... Rinaa bangunn." Terasa ada tangan yang menyentuh bahu aku. Ditolak perlahan.

" Eh atokk". Aku tersedar dari lena. Aku bangkit dari pembaringan.

"Kenapa tidur dekat luar ni, sejuk lahh. Nanti masuk angin badan tu"

"Rina tertidur ke?" Soal aku pula. Berkerut dahi atok. "Ish kamu ni. Dah tu dari atas rumah atok panggil, kamu tak nyahut. Tengok ii kamu dah terbaring dekat sini" atok mengambil tempat disebelah aku.

"Ouhh". Aku dah tak tahu nak kata apa dah

"Kamu okey tak Rina?" Tanya atok. Dia memandang ke arah aku. "Ehh Rina okey jelah atok. Kenapa atok tanya macam tu"
Aku menoleh kearah atok

"Atok nampak kamu macam ada masalah. Ada benda yang mengganggu fikiran kamu ke?" Ha sudahh. Atokk ni macam tahu ii pulak

Aku menguntum kan senyuman hambar. Pandangan aku halakan ke hadapan. "Boleh atok tahu apa masalah kamu?" Tanya atok lagi.

"Atok tahu kan yang hijab Rin terbukak?" Soal aku. "Tahuu".

"Sejak kebelakangan ni, Rina cuba untuk tutup hijab ni, tapi tak boleh. Ada yang cakap hijab Rina memang tak akan boleh ditutup, sebab anugerah dari lahir lagi. Jadi Rina cuba untuk abaikan benda ii macam tu. Mula ii Rina buat tak tahu je dengan 'benda' tu. Cuba untuk tukar mindset yang benda ii yang Rina tengok tu semua halusinasi sahaja. Tapi makin lama Rina rasa ada yang tak kena". Aku memandang kearah atok.

"Kamu ada bantu ubatkan orang tak?" Tanya atok. Aku menggelengkan kepala dan terus tunduk kan kepala.

"Kenapa kamu tak ubatkan orang?".

"Rina takutt" kata ku perlahan. "kamu takut dekat makhluk ii itu ke?" Soal atok lagi. Aku terus angkat kepala dan pantas aku gelengkan kepala. "Takk Rina tak takut pada 'mereka'."

"Habistu?". "Rina tak nak 'mereka' ganggu keluarga Rina. Atok tahu kan risiko ubatkan orang. Dukun ii itu semua kuat ilmu sihir nya. Kalau dia tahu ada yang patah kan sihir dia mesti dia balas balik. Rina tak kisah langsung kalau Rina yang kena. Tapi Rina tak nak dia orang ganggu keluarga Rina." Ni yang buat aku sebak nii, aduhh

"Rina tak nak jadi manusia yang bawa malang dalam keluarga ni. Semua benda yang jadi dulu semua sebab Rina. Mujahid meninggal pun sebab Rina tak dapat tolong ubatkan dia atokk. Rina tak nak ulang benda yang sama, Rina taknak bawak sial dalam keluarga ni atok." Aku tak dapat tahan lagi air mata ni. Laju jer air mata turun. kepala aku tundukkan. tak sanggup nak tatap wajah tua itu. 

"Rina kamu bukan pembawa malang dalam keluarga ni. kamu istimewa." atok memengang bahu kanan aku, diusap lembut sambil menenangkan aku. "mereka kata sejak kecil lagi Rina ni bawa malang dalam keluarga ini. Macam ii benda buruk yang jadi semua nya berpunca dari Rina"

"Mereka yang kata begitu ialah orang yang lemah imannya. Mereka tak percaya pada perkara ii ghaib yang wujud. Mereka menolak takdir yang dah ditetapkan. Rina, atok yakin kamu  ialah orang yang kuat. Atok faham apa yang kamu rasa. walau apa pun yang jadi kamu kena teruskan juga kehidupan kamu. Jangan tunjukkan yang kamu lemah pada mereka. Tunjukkan yang kamu ni kuat, cucu atok hebat." 

"Bagaimana dengan khabar tok Mudin?" tanya atok. Aku pandang atok lagi. "atok kenal dengan tok Mudin?" soal aku pelik. tok mudin itu adalah atok susuan aku. setahu aku yang kenal dengan tok Mudin hanyalah paklong dan maklong je. 

"kenapa tak kenal nya, tok Mudin tu kawan atok. Hebat orang nya." 

"Macam mana atok kenal dengan tok Mudin ni?" soal aku lagi. kedudukan aku yang tadi nya menghadap ke hadapan pokok ii kelapa sawit itu terus aku ubah menghadap atokk. 

"HAHAHA kamu nii, atok dah kenal tok Mudin tu lama sudah. sejak kamu belum lahir lagi atok dah kenal dengan dia tauu. Kami ni kawan baik dulu." 

Aku buntang kan mata. Selama 21 tahun aku hidup atok dan tok Mudin tak pernah cakap yang dia orang kenal antara satu sama lain. Aku ingatkan hubungan antara aku dan keluarga susuan aku itu hanya pak long dan maklong sahaja yang tahu. "Selama ini Rina ingatkan hanya paklong dan maklong sahaja yang tahu hubungan antara Rina dan keluarga susuan Rina." kata aku

"Atok dan opah juga tahu lah hubungan antara kamu dan 2 buah keluarga susuan kamu. Kami berdua sentiasa ambil tahu tentang kamu dari dulu lagi." kata atok sambil mengelus perlahan kepala aku. "yang lain tahu juga ke tentang ini?" 

"sudah tentu mereka tahu yang Rina ada keluarga susuan. Tapi atok rasa mereka tak tahu siapa kah orang itu. Biarlah, mereka tak patut tahu pun" atok hanya tersenyum sahaja. Yaaa, aku berharap agar mereka tidak tahu siapakah keluarga susuan aku. 

Secara dasar nya aku ada 2 keluarga susuan. kalau nak diceritakan memang panjang cerita nya. nanti aku cerita ehhh

Lama aku dan atok mendiamkan diri. Melayan angin malam. "sudah mari masuk, dah lewat ni, kamu tu anak dara tak elok kena embun malam. marii" atok bangkit dari duduk sama juga dengan aku. kami berdua berjalan beriringan masuk kedalam rumah. 


****************************************

Doneeeee✅. Sebenarnya banyak plot twist dlm otak sekarang ni. Disebabkan bnyak sngt tak tahu macam mana nak karang.

Maaf yee kalau cerita ni banyak kekurangan nya. Jujur saya cakap cerita ni dibuat hanya lah untuk suka ii sahaja. Saya tak kisah bnyk ke tak orang yang vote. Tpi saya gembira bila ada yang sudi untuk baca.

Eheem tapi kalau ada yang rajin nak tekan bintang kat bawah tu pun okey jerr😽🤪. Tukan tanda support korang dekat author kann😝 heheheh.

Alright gengg enjoy your reading❤️✨

Asfarina Airish (new)Where stories live. Discover now