BAB 25

13.7K 670 15
                                    

  SAMBUNG FLASHBACK,

      Aku mencapai kunci kereta ku. Bila di tekan punat kunci, kereta lain pula yang berbunyi. Baru aku tersedar yang aku tersilap ambil kunci.

   "Kenapa El?" Tegur umi yang sedang sibuk menyiram pokok di halaman rumah.

   "Silap amik kunci. El terambil kunci kereta papa. El dah lambat ni, El pinjam sekejap eh kereta papa. Nanti umi tolong bagitau papa tau.." Umi mengangguk dan menitip pesan agar aku berhati-hati.

    Hujan mula turun dengan lebat. Aku terpaksa mengurangkan kelajuan pemanduanku memandangkan keadaan jalan yang agak licin. Aku menekan brek sedikit tapi lain pula yang jadi. Tiada tanda-tanda keretaku semakin perlahan malah semakin laju. Brek aku gagal berfungsi.

  "Ya Allah apa kena dengan kereta papa ni? Kereta mahal-mahal tapi brek tak makan." Bibirku tidak putus-putus berdoa.

'Pinnnnnnnnnnnnnnnnnnn'

    Panjang bunyi hon keretaku menjengah gegendang telinga sebelum keretaku merempuh lori di hadapanku. Kepalaku terdorong ke depan lalu terhantuk pada steering. Darah pekat mula mengalir laju di beberapa bahagian tubuhku.

DAYYAN mengerling jam di tangan yang baru menunjukkan jam sembilan pagi. Tetapi keadaan jalan raya masih sesak tidak seperti hari biasa. Bunyi siren ambulance semakin lama semakin mendekat. Beberapa buah kereta mula berhenti di tepi jalan untuk melihat apa yang terjadi.

"Siapa pulak yang accident ni?" Dayyan memperlahankan moto Mv Agustanya berdekatan dengan kawasan yang dikerumuni manusia itu.

  "Patutlah jalan jammed." Dia mengeluh kecil. Kereta yang terbabas itu berjaya menarik perhatiannya.

"Tak silap aku itu kereta uncle Arman, uncle accident ke?" Dayyan cepat-cepat turun dari motonya. Dia melangkah laju mendekati kereta tersebut.

Ternyata bukan orang yang dia sangka berada di dalam kereta itu, tetapi orang yang dia tidak pernah sangka! Dayyan mengucap panjang.

   "Airis!!" Dayyan memecahkan cermin kereta itu dengan sebatang kayu apabila usahanya membuka pintu kereta itu gagal. Tubuh Elvina di dukung keluar. Pipi Elvina di tepuk beberapa kali.

"Please jangan tutup mata Airis..kau kena kuat okay." Dia masih tidak percaya Elvina yang berada di dalam dakapannya sekarang.

"Da..rrenn.." Panggil Elvina lemah. Bibir perempuan itu terkumat-kamit sebelum dia rebah tidak sedarkan diri di pangkuan Dayyan.

UMI mula tak senang duduk. Entah kenapa hatinya rasa tak sedap sejak dari tadi.

"You...hati i tak sedap la.El ada call you tak? Dia tak angkat bila i call tadi."

  "Takde pulak dia call. Sekejap biar i try call.." Baru saja papa mengeluarkan telefonnya panggilan lain pula yang masuk.

"Assalammualaikum uncle..Ini saya Dayyan." Terketar-ketar suara Dayyan di balik talian. Dia kini berada di dalam ambulance menuju ke hospital.

  "Dayyan? Ada apa call uncle ni?"

   "Uncle..uncle dengan auntie kena datang hospital sekarang. Elvina accident." Lemah lutut puan Sara mendengarnya. Dia mula menangis teresak-esak. Patutlah dari tadi dia rasa tak sedap hati. Papa menarik umi masuk ke dalam pelukan.

   "Sabar Sarah. Ini semua ketentuan Allah. Kita doa je yang baik-baik." Dato Arman cuba menenangkan isterinya.

  DAYYAN membelek tangannya yang penuh dengan darah. Tangannya terluka sedikit akibat terkena serpihan cermin yang dipecahkannya tadi. Baru sekarang terasa sakit dari luka tersebut. Mungkin tadi dia terlalu risaukan Elvina sampai tak sedar diri sendiri terluka.

  "Harap kau okay la Airis." Dalam hati tidak henti berdoa.

  END FLASHBACK.

DARREN melutut di depan papanya seperti hari di mana dia dihalau dari rumah itu. Hari ini dia kembali dengan niat yang baik juga iaitu ingin menjadikan Elvina isterinya yang sah. Tangan tua itu ditarik lalu dicium penuh hormat. Dato Darius hanya membiarkan tidak pula dia menolak.

"Qash datang nak mintak maaf. Sebab dulu, Qash gagal tunaikan permintaan papa." Dato Darius masih mendiamkan diri. Dia sudah lama sebenarnya memaafkan anaknya itu. Dia sedar, dia terlalu tamakkan harta dan pangkat sehingga mengabaikan kebahagiaan anak-anaknya.

   "Qash nak mintak restu papa untuk jadikan Elvina sebagai isteri Qash. Qash harap papa izinkan."

Elvina Airis anak kepada kawan baiknya Arman. Memang dia ada berniat untuk mengahwinkan anaknya dengan Elvina. Tetapi tak sangka pula Qash yang mahukannya bukannya Dayyan.

   "Papa izinkan." Terkejut Qash saat Dato Darius  mengeluarkan suara emasnya. Sejak kejadian itu, Dato Darius tidak pernah sekalipun membahasakan dirinya papa dengannya. Qash tersenyum lega sambil memanjat rasa syukur.

   "Terima kasih papa."

    "Jaga Elvina baik-baik.." Pesan Dato Darius kepada anaknya.

DENGAN lafaz bismillah dia menegur Elvina menggunakan number baru yang dibelinya tadi. Dia tahu perempuan itu sedang merajuk dengannya sejak seminggu lalu. Sampai number lamanya pun di block perempuan itu.

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

MISSION COMPLETE! ONE STEP CLOSER 💍

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

MISSION COMPLETE! ONE STEP CLOSER 💍



HAPPY READING 😘

 ©️BE MY TESORO Место, где живут истории. Откройте их для себя