BAB 37

10.7K 538 10
                                    

  TIBA-tiba rasa rindu pada isterinya menjengah. Satu tempat kerja pun tetap terasa jauh. Darren memusingkan pen di tangannya sambil menongkat dagu memikirkan sesuatu.

"Ariya, panggil kan Elvina boleh?"

"Boleh bos..sekejap ye." Beberapa minit selepas itu Elvina muncul di biliknya.

"Kenapa abang panggil saya?" Tubuh isterinya ditarik supaya duduk di atas ribanya.

"Abang rindu sayang la, sayang duduk dalam ni sekejap boleh?"

"Kalau orang nampak macam mana?"

"Biarlah, kita kan dah halal." jawab Darren selamba. Jari isterinya disulam dengan jemarinya. Bahagianya dapat berkepit dengan cinta hati.

"Memang la dah halal, tapi diorang tak tau kita ni dah kahwin. Diorang semua ingat awak bertunang dengan Farisya tau tak."

"Bertunang dengan Farisya? Bila masa saya bertunang dengan dia? Dengan sayang adalah.." Darren buat muka pelik.

"Dengan saya? Bila masa pulak kita bertunang?" Darren menunjuk jariku yang tersarung cincin itu.

"Sayang dah lama jadi tunang abang. Sayang je tak sedar." Dia mengangkat tanganku dan membelek cincin yang ditunjuknya tadi.

  "Jadi selama ni cincin yang saya pakai ni bukan daripada umi lah? Dan awak tak tunang dengan Farisya lah selama ni?"

"Iye sayang." jawab Darren ringkas.

  "Tapi kenapa awak layan saya macam saya tak wujud masa tu? Mati-mati saya ingat awak dengan Farisya."

"Sayang yang lari. Setiap hari abang nak dekat dengan sayang, tapi sayang yang mengelak. Abang biar jelah, mungkin sayang perlukan masa."

"Sebab awak tu kejam Darren! Subahat dengan umi bukan nak bagitau saya, padan lah muka awak!" Aku menampar lengannya melepaskan geram.

"Sekali sekala.." Darren tayang wajah selamba.

"Mana ada sekali-sekala. Pasal kahwin pun awak subahat, lupa ke encik Qash Darren?

"Kalau abang tak subahat, takdelah abang tahu yang isteri abang ni angau dekat abang selama ni. Nak sarung cincin ni pun belum tentu lepas." Memang benar kata-kata Darren. Hanya di saat genting sahaja aku akan meluah perasaan sebenar aku pada dia.

"Saya memang dah jadi milik awak Darren. Takde sesiapa pun akan rampas saya dari awak, sebab hati saya memang untuk awak sorang je." Menang besar dia hari ni.

"Sayang..sayang nampak lain la lately ni."

"Hah? Apa yang lainnya?"

"Sayang macam 'bam bam' sikit akhir-akhir ni tapi takpe, itu kan tanda sayang bahagia."

"Saya dah gemok ke?" Aku bangun berdiri di depan cermin besar di situ. Memang betul badan aku nampak lebih berisi berbanding dulu.

"Kalau saya gemok kan, awak sayang saya lagi tak?"

"Mestilah sayang. Sayang gemok ke kurus ke dua-dua comel," puji Darren jujur.

"Betul ni?" "Ye sayang." Sambil tangannya laju memeluk aku dari belakang. Tak habis-habis nak berkepit suami aku ni. Tak dekat rumah dekat pejabat.

"Sayang sekejap." Darren berlari ke bilik air dan mengeluarkan segala isi perutnya . Aku busuk sangat ke sampai dia muntah-muntah macam tu?

"Awak okay tak ni Darren? Kenapa tiba-tiba awak muntah? Ke sebab awak tak breakfast pagi tadi?" Pagi tadi aku terlajak tidur sampai tak sempat sediakan breakfast untuk Darren. Apa punya isteri la aku ni.

 ©️BE MY TESORO जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें