BMT 52

9.9K 506 13
                                    

"Sayang.." panggil Darren perlahan. Ubun-ubun isterinya diusap lembut. Elvina tertidur kepenatan di atas dadanya.

"Kesian isteri abang ni, mesti penat kan." Darren meraba kepalanya yang berbalut. Punca dirinya berada di sini masih samar-samar di ingatannya.

"Abang dah bangun?" Tanya El separuh sedar.

"Eh sayang tidur jela, sorry kalau abang buat sayang terjaga."

"Sayang? Abang dah ingat El ke?" Segar terus matanya mendengar panggilan itu.

"Kenapa pulak abang nak lupa kan sayang?"

"Alhamdulillah Ya Allah.." Tubuh Darren di peluk erat.

"El rindu abang sangat-sangat.." adunya dengan tangisan yang baru bermula.

"Ye sayang..abang pun rindu sayang sangat-sangat, satu minit berpisah pun abang tak sanggup." Andai saja Darren tahu mereka sudah terpisah lama pasti Darren akan terkejut.

"Macam mana abang boleh ada dekat hospital ni?"

"Abang tak ingat apa-apa ke?" Darren geleng.

"Takpelah abang, yang penting sekarang ni El dah dapat balik suami El yang dulu, i miss the old you abang." Pelik dengan soalan isterinya. Ada apa-apa yang berubah ke dengan dirinya?

    "Tumpang tanya, ada tak pesakit nama Melissa Rahman dekat sini?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tumpang tanya, ada tak pesakit nama Melissa Rahman dekat sini?"

"Sekejap ye encik. Saya kena cek dulu." Farhan mengangguk dengan penuh debaran. Sudah tiba masanya dia meminta maaf atas kesilapan lalunya.

"Ada encik, tapi dalam rekod tiga tahun lepas lah," jelas nurse tersebut.

"Boleh tak saya nak alamat rumah dia, ada dalam maklumat pesakit kan?"

"Encik nak jumpa pesakit tu ke?" Farhan angguk. Memang itu tujuannya.

"Ke..dia ada dekat hospital ni?" Kalau ada mudah sikit kerjanya.

"Maaf encik, untuk makluman encik, pesakit tu dah lama meninggal." Hampir luruh jantung Farhan mendengarnya.

"Meninggal? Tak mungkin." Makin bertambah rasa serba salah di hatinya. Secepat itu dia pergi tanpa sempat aku meminta maaf. Allah. Apa yang aku dah buat ni?

 Apa yang aku dah buat ni?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 ©️BE MY TESORO Where stories live. Discover now