BAB 80

167 1 0
                                    

Mikael memandu menuju ke kondo miliknya. Haura yang berada disebelahnya ralit melihat telefon. Satu persatu gambarnya di pentas peragaan ditatap. Sekuntum senyuman menghiasi wajahnya yang masih bersolek tebal. Mikael berdehem untuk menarik perhatiannya namun hanya sia-sia.

          "Amboi bukan main lebar lagi senyum tu. Tatap la gambar tu puas-puas." ujar Mikael separa merajuk. Haura terperangah dengan kata-kata lelaki itu. Telefon bimbit segera dimasukkan ke dalam beg tangan.

          "Alah, saya tengok gambar je pun. Takkan itu pun nak merajuk." balas Haura selamba. Dia kemudian membetulkan kedudukannya.

Mikel mencerlung ke arah Haura yang sering ada idea untuk membidas setiap kata-katanya. Melihat jelingan Mikael yang separa maut itu Haura segera melemparkan sebuah senyuman sambil membuat mimik muka ala-ala 'puppy face'. Ternyata itulah senjata Haura yang paling berbisa. Dah itulah jua titik kelemahan lelaki itu. Hati Mikael cair setiap kali wanita itu memberikan reaksi yang sedemikian.

          "Pandai kau kan. Setiap kali aku acah-acah merajuk je kau terus buat muka comel kau tu. Nasib baik belum halal kalau tak dah lama aku terkam kau." ujar Mikael sambil membuat riak geram. Pipi Haura dicubit manja. Wanita itu tersenyum lebar seraya memukul bahu Mikael.

          "Tapi aku peliklah, macam mana kau boleh catwalk dekat atas pentas tu tadi?" soal Mikael tiba-tiba. Sebenarnya dari tadi lagi dia ingin bertanyakan soalan teraebut kepada Haura tetapi tidak berkesempatan dek sibuk menguruskan majlis.

          "Semua tu berlaku sepantas kilat sampai otak saya ni nak proses pun tak susah." balas Haura nakal. Dia tahu lelaki yang sedang duduk di sebelahnya itu mesti akan berasa geram dengan jawapannya itu. Matanya cuba dilirik ke arah Mikael. Tawa Haura pecah apabila terima jelingan tajam dari tunangnya itu.

          "Soraya bagitahu ada model yang tiba-tiba je lenyap tak dapat dikesan. Dah call berpuluh-puluh kali tapi dia still tak angkat. Lepas tu Soraya decide untuk cari model ganti. Tapi sebab dah last minit memang susahlah nak dapat, kan."

          "Jadi sebab tulah kau yang jadi model gantian tu?" sampuk Mikael.

          "Bukan. Saya belum habis cerita lagi tak payahlah nak menyampuk." balas Haura geram. Lengan Mikael dipukul perlahan. Lelaki itu cukup gemar menyampuk setiap kali Haura bersemangat untuk bercerita.

         "Okay, lepas tu apa jadi?"

         "Lepas tu saya teringat yang saya ni ada kawan yang buat modelling juga. Saya pun cubalah call dia. Tapi saya ni mungkin dah nyanyuk kot sebab saya lupa yang kawan saya tu tak ada dekat sini sekarang."

          "Kau ada kawan model? Siapa?" tanya Mikael hairan. Tidak pernah pula Haura bercerita tentang rakannya itu.

          "Mona." jawab Haura pendek.

Sahabatnya Mona Annesa pernah berkerja sebagai model sambilan. Tapi kini dia sudah jarang beraksi kerana sibuk menguruskan perihal syarikat keluarganya serta pengajiannya.

          "Aku tak sangka pula Mona tu pernah bust job modelling. Tapi tak hairan la kalau dia tu model sebab dia memang ada ciri-ciri tu. Kalau kau cakap kau tu model mungkin aku akan terkejut beruk." balas Mikael nakal. Giliran dia pula menyakat wanita itu. Haura mencebik. Mikael tertawa puas.

         "Malaslah nak cerita kalau macam ni. Asyik kena kecam je." rajuk Haura.

          "Alaaa, merajuk pula. Cepatlah cerita macam mana kau boleh sesat dekat atas pentas tu." gurau Mikael lagi.

           "Gina sendiri yang minta saya ganti sebab dia dah kesuntukkan masa. Dia cakap kalau tak ada ganti rosak la show dia nanti.  Hati saya ni lembut tau. Saya tak sanggup untuk hampakan perasaan client, jadi saya setuju ajelah." beria Haura bercerita. Mikael mendengarnya dengan penuh minat.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now