BAB 87

145 2 0
                                    

Haura duduk di birai katil sambil memandang ke luar jendela dari bilik wadnya. Langit yang biru tersergam indah di depannya ditatap kosong. Mutiara jernih tidak berhenti mengalir keluar dari tubir matanya. Puan Hafizah yang baru masuk ke dalam bilik tersebut sekadar memerhati kelakuan anaknya itu.

          "Haura, ibu ada bawakan makanan kegemaran kamu ni. Jom kita makan sama-sama." Ujar Puan Hafizah cuba memancing perhatian anaknya itu. Namun Haura diam tidak berkutik. Dia langsung tidak menghiraukan panggilan ibunya itu.

Setelah tiada sebarang respon dari anaknya itu Puan Hafizah melepaskan keluh pendek. Perlahan-lahan dia menghampiri anaknya itu. Bahu Haura disentuh lembut. Tersentak dengan kehadiran ibunya itu Haura segera menyeka air mata yang membasahi pipinya itu.

          "Kamu okay ke tak ni?" Tanya Puan Hafizah pendek. Haura menganggukkan kepalanya.

          "Ibu ada bawa makanan kegemaran kamu, jom kita makan sama-sama." Sekali lagi Puan Hafizah mempelawa anaknya itu untuk makan namun ditolak mentah-mentah oleh Haura. Wanita itu menggelengkan kepalanya.

          "Janganlah macam ni, dah dua hari kamu tak nak makan. Ibu risaulah. Jamahlah sikit makanan tu." Tambah Puan Hafizah lagi.

          "Haura tak ada seleralah ibu." Balas Haura pendek. Puan Hafizah mengeluh perlahan.

Kemalangan yang menimpa diri Haura dan Mikael telah membuatkan mereka berdua tidak sedarkan diri. Sehari selepas kemalangan tersebut barulah Haura sedar tetapi Mikael masih lagi dalam keadaan koma.

Sejurus sahaja Haura sedarkan diri dia terus mencari Mikael. Tidak henti-henti dia bertanyakan keadaan tunangnya itu. Encik Zamzuri dan Puan Hafizah cuba merahsiakan perkara itu dari pengetahuan Haura. Puas ibu dan ayahnya memujuk namun dia tetap juga berkeras untuk bertemu dengan lelaki itu. Nama Mikael tidak lekang dari bibirnya.

Namun apabila dia melihat keadaan tunangnya itu terbaring kaku di atas katil, Haura tidak dapat mengawal emosinya. Dia tidak henti-henti menyalahkan dirinya atas apa yang sudah terjadi pada lelaki itu. Sejak dari itu Haura sering termenung sendirian. Dia memencilkan dirinya di dalam bilik wad tersebut. Makan minum juga tidak mahu dijamahnya.

          "Ibu faham Haura risaukan Mikael tapi kamu tak boleh nak siksa diri kamu macam ni. Ibu pasti dia pun tak suka tengok keadaan kamu macam ni." Puan Hafizah membuka bicara setelah diam untuk beberapa ketika.

Mendengar sahaja kata-kata yang keluar dari mulut ibunya itu Haura sekali lagi mengalirkan airmata. Tangisnya mula kedengaran. Sudah tidak dapat dibendung lagi kesedihannya itu. Puan Hafizah memeluk erat tubuh anaknya itu sambil menepuk lembut belakang Haura bagi menenangkannya.

          "Haura takut ibu. Haura takut sangat kalau Haura dah tak dapat jumpa Mikael lagi. Semua ni salah Haura. Kalaulah malam tu Haura dengar cakap dia perkara ni tak akan jadi. Semuanya berpunca daripada Haura ibu. Haura yang buat Mikael terlantar dekat katil tu." Luah Haura sambil menangis teresak-esak.

Puan Hafizah turut berasa sebak melihat keadaan anaknya itu. Matanya juga mulai berkaca. Dia kemudian meleraikan pelukannya itu. Airmata yang mengalir laju di pipi anaknya itu diseka dengan lembut. Wajah Haura direnungnya lama.

          "Ibu faham sangat perasaan kamu tu tapi kamu janganlah berterusan salahkan diri kamu macam ni. Segala apa yang berlaku semuanya sudah ketentuan takdir. Siapa kita nak melawan qada dan qadar Allah. Sekarang ni kita banyakkan berdoa semoga Mikael lekas sedar." Balas Puan Hafizah. Sedaya upaya dia cuba untuk menenangkan anaknya itu.

*****

Tut! Tut! Tut!

Bunyi mesin perkakas di dalam bilik wad itu membingitkan telinga Mikael. Dia lalu membuka matanya perlahan-lahan tapi dia berasa sedikit bingung apabila melihat satu persekitaran yang sangat asing bagi dirinya.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now