Bab 2

15 1 0
                                    

Hujung minggu sudah menjadi kebiasaan buat Amir Asyraf untuk melepak mengambil angin di mana-mana kedai kopi yang baru buka jika dia tiada kes di hospital. Kali ini dia membawa sekali Dato Rashdan dan Datin Fauziah bersamanya.

Sementara menunggu pesanan minuman dan makanan sampai Datin Fauziah menggunakan masa yang ada untuk merancang kenduri yang akan diadakan nanti.

"Ummi plan kenduri kali ini macam nak buat kenduri kahwin." Omel Amir Asyraf yang melihat kesungguhan ibunya membuat perancangan majlis nanti.

"Praktis make perfect." Jawab Datin Fauziah pada anaknya.

"Praktis apanya? Kenduri pun kali ini saja kan." Amir Asyraf masih lagi tidak puas hati menjawab kepada umminya sambil menyedut ice americano.

"Ummi kamu ni, tengah praktis untuk next majlis kenduri kahwin kamu nanti." Balas Dato Rashdan yang turut serta mengusik anak lelaki dia itu.

Hampir tersedak Amir Asyraf dengan usikan ayahnya.

"Eh kenapa Amir pulak?" Amir Asyraf masih lagi tidak mahu mengaku sememangnya dia sudah layak untuk berkahwin tapi jodoh belum sampai.

"Amir jangan taknak kahwin ya, jangan nak bagi alasan itu ini. Jodoh tak sampai lah, tak ada yang berkenan dekat hatilah. Memanglah tak berkenan kalau baru nak berkenalan Amir yang cabut lari dulu." Datin Fauziah sudah beri amaran siap mengungkit kisah lalu Amir dengan jodoh tak jadi.

"Ummi, apa yang diungkit kisah lalu. Itu masa Amir tak ready lagi. Lagipun Amir tengah struggle dengan study. Mana sempat nak fikir nikah kahwin ni. Orang nak fokus." Bidas Amir Asyraf dengan alasan yang kukuh.

Kukuh sebab memang dia tengah dalam fasa untuk habiskan master dalam bidang kardiologi. Ummi pulak aturkan blind date dengan anak sedara kawan kepada kawan.

Amir hanya pergi semata-mata untuk tunaikan janji ummi memang tiada niat nak berkenalan lebih. Sejak dari itu, ummi sudah tidak soal lagi pasal jodohnya sehinggalah baru-baru ini.

Apa yang meng-trigger umminya pun dia tidak tahu puncanya lagi. Perlu disiasat ni.

"Betul tu, yang. Kisah lalu usah dikenang. Waktu itu Amir ni budak hingussan lagi. Tapi sekarang ni, sudah kacak bergaya, dan paling penting sudah ready nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga." Dato Rashdan sempat lagi mengata Amir sebelum memujinya.

Bukan budak hingusan tapi tak sempat lagi nak bergaya, kacak tu memang sejak azali lagi sudah dia milik. Omel Amir Asyraf dalam hatinya.

"Apa yang sempat tak sempat ni Dato?" Tiba-tiba muncul Haji Kamal menyapa mereka sekeluarga.

"Eh Haji Kamal, mari mana?" Tanya Dato Rashdan pada lelaki sambil menjemput duduk.

"Saya dari masjid taman sebelah ini ada kelas Al-Quran kebetulan habis kelas awal, anak perempuan saya ajak minum. katanya ada kedai kopi baru buka itu yang nak mencuban situasinya.

Datin Fauziah berasa teruja apabila Haji Kamal menyebut tentang anak perempuan. Amir Asyraf disebelah dia jeling sekilas sambil menyembunyikan senyuman. Amir Asyraf yang perasan dengan keadaan ibunya yang tiba-tiba gembira semacam terus memberi isyarat mata. Ummi jangan nak macam-macam ya.

"Mana anaknya, haji?" panjang leher Datin Fauziah mencari kelibat figura seorang perempuan disebalik Haji Kamal.

"Ada tengah cari parking, dia minta saya masuk dulu." Haji Kamal senyum sedikit tanda hirmat pada Datin Fauziah sebelum mengalihkan pandangan pada lelaki muda yang sedari tadi tidak berkata apa-apa.

"Ini ke Amir Asyraf yang gantikan Dato masa meeting adhock tentang projek hospital yang ke dua baru-baru ini?" Tanya Haji Kamal pada Amir Asyraf.

Hakim ada menceritakan tentang Amir Asyraf yang menggantikan Dato Rashdan dalam meeting dan cuba mengkaburi Wardah tentang identitinya.

Sudah TertulisWhere stories live. Discover now