Bab 4

17 3 0
                                    

Wardah hanya memandang luar tingkap kereta range rover milik Amir  Asyraf. Sejak dari tadi dia diam kerana tidak tahu hendak mulakan cerita dari mana.

Dia melihat dengan ekor mata ke sebelah pemandu. Aduhh.. Kenapalah nampak dia hari lebih kacak dari sebelum ini.

Kali terakhir dia berjumpa dengan lelaki ini pada hari kenduri hari itu. Sejak dari itu, dia langsung tidak berjumpa Amir Asyraf.

"Bila Doktor balik dari misi kemanusian di Africa?" Wardah memulakan mukadimah.

Datin Fauziah ada maklumkan pada dia selepas kurus di Canada selama sebulan Amir Asyraf akan turut serta dalam misi kemanusian di Afrika selama dua bulan.

"Yesterday." Amir Asyraf menjawab pendek. Dia ingin buat Wardah sendiri yang memulakan perbincangan mereka.

"Oooo. Tak cakap pun nak balik. Sebab seingat saya ummi ada cakap, doktor ada di sana sampai hujung bulan ini." Wardah bermain main dengan zip handbag. Dia sebenarnya segan berdua-duaan dengan lelaki itu.

"Kalau beritahu tak dapatlah tengok free show tadi." Amir Asyraf senyum sinis pada Wardah. Dia masih lagi hangat hati tengok kemesraan Daniel dan wanita disebalah dia sekarang ni.

"Ish, ke situ pula dia. Orang dengan Daniel tu hanya setakat majikan dan pekerja saja." Lirih suara Wardah untuk meraih kepercayaan Amir Asyraf.

Dia rasa sudah mula jatuh cinta pada Amir Asyraf dalam diam. Cinta alam maya yang dilupakan kembali berputik di dalam hati.

Lama dia hendak membuat keputusan untuk menerima lelaki itu. Bukan saja hendak mendera perasaan Amir Asyraf tapi dia perlu utamakan perasaan sendiri dulu.

Mana mungkin, dia hendak berkhawin dengan orang yang dikenali nama dan pekerjaan saja tanpa mengetahui personaliti, perangai dan seangkatan dengannya.

"Dah tu siap terima bunga yang si adudu tu bagi apa maknanya tu?" Tanpa sedar Amir Asyraf menunjuk perasaan cemburu.

Wardah yang mendengar Amir Asyraf menggelar Daniel sebagai adudu tergelak suka.

"Eh gelak pulak dia. Orang tengah serius ni. Betul kan awak terima bunga dari Daniel tu?"

Amir Asyraf belakon marah dan serius untuk menutup rasa terbuai dengan ketawa Wardah yang dia rasa sangat merdu. Kali pertama Wardah berkelakuan begitu ketika bersama dengan dia.

Sebab itulah, perlu dielak jika berdua-duan kerana takut ada yang ketiga. Syaitan yang sering menghasut  untuk buat maksiat.

"Betul. Doktor tak nampak ke ofis saya penuh bunga ros semua itu dari Daniel." Wardah tahu Amir Asyraf bukan marahkan dia tapi nak cover rasa cemburu.

"Lepas ni stop terima bunga dari dia dan kalau boleh buang terus bunga yang dalam ofis tu."

"Eh mana boleh buang. Sayanglah." Wardah tidak setuju dengan cadangan Amir Asyraf.

Ahh penat dia jaga bunga itu semua, senang-senang nak suruh kita buang. Itu bunga ros hidup tau, bukan mudah nak jaga bagi segar.

"Sayang bunga ke sayang si pemberi bunga?" Serkap Amir Asyraf.

Dia memberi signal untuk masuk ke simpang hospital kemudian dia masuk ke tempat pakir khas kakitangan hospital tersebut.

"Mestilah sayang..."

"Abang."

Wardah yang niat nak kenakan Amir Asyraf tapi dia dipermainkan oleh lelaki itu.

"Eh sapa sayang doktor? Perasan." Wardah menjeling pada lelaki disebelah dia.

Dia terpandang pada signage parkir yang terukir nama penuh dan jawatan Amir Asyraf.

"Why we here?" Soal Wardah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 03, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sudah TertulisWhere stories live. Discover now