Bab 3

15 1 0
                                    

Wardah pandang rumah banglo dua kali ganda rumahnya. Luasnya laman boleh memuatkan 5 biji khemah.

Dia masuk menyelusuri penjalan kaki buatan sendiri simple tapi sangat menarik. Orang ramai dibawah khemah sedang enak menjamu selera.

Dato Rashdan ni buat majlis kesyukuran dah macam buat kenduri kahwin gayanya. Beg kertas berisi kek coklat ditangan dia pegang kemas. Tadi pagi entah mood apa yang datang, dia teringin nak buat kek kesukaaannya itu.

Almaklumlah, famili sendiri masing-masing ada hal jadi dia bosan itu yang terhasil kek coklat. Alang-alang dia buat lebih untuk dijadikan buah tangan buat Datin Fauziah.

Wardah plan untuk beri kek ini pada Datin Fauziah, makan dan balik. Dia tidak betah berlama-lama di rumah orang. Kekok.

Tambah pula, walid ada beritahu perkara yang tidak dia jangka langsung bahawa dirinya dirisik oleh keluarga ini. Lagilah dia tidak tahu nak beriaksi bagaimana kerana dia tidak membuat sebarang keputusan lagi.

"Wardah, apa yang termenung di situ. Marilah masuk." Jemput Datin Fauziah. Dia yang kebetulan hendak berlalu keluar rumah untuk check lauk pauk dibawah khemah.

Bukan dia tidak mengharapkan pihak catering untuk uruskan tentang makanan, cuma sebagai tuan rumah dia perlu pastikan semua tetamu mendapat makanan.

Wardah memberi salam langsung menyalami tangan Datin Fauziah. Tapi wanita yang kelihatan anggun berbusana serba pink belacan menarik dia dalam pelukan.

"Ummi rindu lah kat Wardah. Macam sudah lama tidak berjumpa." Datin Fauziah hanya tersenyum suka pada gadis yang segak bergaya dengan abaya bercardigan warna lilac. Manis.

"Maaf ya ummi, selepas kita berjumpa di kafe tempoh hari, Wardah sibuk urusan di pejabat sampai tidak sempat nak bertanya khabar ummi dan ayah." Wardah yang begitu sibuk dengan kerja tidak sempat hendak bersosial.

Keluar awal pagi pulang lewat petang. Menyebabkan dia kehabisan tenaga lalu dia tidur awal.

"Takpa Wardah, ummi faham kerja engineer macam Wardah ni macam mana. Marilah masuk, ummi kenalkan dengan famili yang lain." Ajak Datin Fauziah.

Belum sempat dia menolak, Datin Fauziah sudah menarik dia masuk ke dalam rumah. Rasa segan tidak sudah apabila banyak mata memandang ke arahnya.

Wardah sangat lega apabila Datin Fauziah memperkenalan dia sebagai anak kenalan rapat bukannya bakal menantu ke apa. Kalau tidak, susahlah sebab dia tidak membuat keputusan tentang risikan itu.

"Wardah duduk dulu ya, ummi nak pergi layan tetamu kejap." Datin Fauziah meminta diri.

"Ummi, Wardah nak tumpang solat boleh?" Pinta Wardah pada Datin Fauziah.

Dia masih kenyang untuk makan, sementara menunggu sekejap dia nak tunaikan solat zohor dulu.

"Boleh. Jom ummi tunjukkan tempat. Semua bilik sekarang tengah occupied. Tinggal bilik Amir saja yang kosong. Wardah solat disini ya." Datin Fauziah bawak Wardah ke bilik Amir yang terletak ditingkat satu.

"Ummi tak apa ke? Wardah solat di ruang tamu ini pun takpa." Wardah yang serba salah hendak masuk bilik anak teruna walaupun mendapat greenlight dari ibunya.

Dia nampak ada ruang tamu yang berada tidak jauh dari situ. Jadi dia bercadang untuk solat di situ saja.

"Takpa apa. Jangan risau. Amir tak ada kat sini. Dia ada kurus di Canada." Datin Fauziah membentangkan sejadah mengikut arah kiblat. Mudah Wardah nak solat.

"Wardah ada bawa tekelung?" Datin Fauziah bertanya.

"Tak apa ummi. Wardah solat macam ini pun dah okay." Dia menunjukkan pakaian yang dia pakai. Cukup sempurna untuk dibawa solat. Dia keluarkan stoking yang baru untuk ganti semasa solat nanti.

Sudah TertulisWhere stories live. Discover now