BAB 23

958 87 2
                                    

"Habis kita nak cari siapa?" Tanya anuar pulak.

"Tapi kan aku rasa, aku tahu siapa punya angkara."

Semua berpaling memandang ke arah ali yang baru muncul dari belakang.

"Siapa?" Tanya hidayat.

Ali berpaling memandang ke arah kitaorang semua. Tak lama tu dia tersenyum. Tanpa bercakap apa-apa, dia terus melangkah pergi meninggalkan kitaorang dekat ruang tamu. Pelik.

"Kenapa dengan abang kau tu dayat?" Tanya maria.

"Entah. Tak pasti lah pulak aku."

Hidayat berpaling ke arah kitaorang.

"Weh korang semua tak payah lah balik lagi. Lepak lah sini lama sikit."

Aku membetulkan duduk.

"Eh tak boleh. Kitaorang kena balik juga" ucap aku.

"Weh j, lepak lah dulu. Nanti kau call lah bos kau dan minta emergency leave."

"Tak boleh juga dayat. Okay macam ni. Bagi aku dengan yang lain settlekan dulu hal, nanti kitaorang akan datang sini balik. Boleh?"

"Betul cakap j tu dayat. Bagi kitaorang settlekan kerja kat kL dulu. Lepas settle kitaorang terus datang sini." Sampuk aman.

Hidayat hanya diam. Aku tahu dia sebenarnya risau kalau-kalau jadi apa-apa dekat family dia. Kalau ada kitaorang, in case jadi apa-apa senang. Lambat-lambat hidayat angguk kepala.

"Yelah. Tapi korang janji dengan aku, korang kena datang sini eh?"

"Ye, kitaorang janji selepas selesai kerja, kitaorang datang sini" ucap aman.

Hidayat hanya menganggukkan kepala.

"Bila korang nak balik kL?"

"Lusa kitaorang balik." Ucap aku

Malam itu seperti biasa selepas makan malam aku dengan yang lain lepak dekat ruang tamu. Rumah hidayat ni best tau bila malam sebab tenang. Tambah-tambah rumah hidayat ni memang menjadi rumah idaman aku. Kitaorang lepak dekat depan pintu sambil memandang dekat luar rumah. Sesekali moto dan kereta lalu lalang depan rumah hidayat.

"Diaorang tak takut ke keluar malam?" Tanya maria.

Aku yang masih tengah gulung rokok daun kepunyaan ayah hidayat langsung mengangkat kepala.

"Masih awal boleh lah. Kalau lewat tentu-tentu orang tak keluar dan kita pun tak menepek kat luar ni" sampuk aman.

"Itu ah tu." Ucap sham.

"Tapi kan macam mana kita nak tahu seseorang itu ada kaitan dengan benda ni semua? Takkan kita nak suruh orang-orang kampung berkumpul dan kita gigih nak kena cek satu persatu?" Tanya maria lagi.

"Tak juga. Kita semua kan syak pasangan ini. Jadi nanti kita pergi lah jumpa dengan pasangan itu. Tanya dia ke apa-apa ke" ucap anuar yang dari tadi diam.

"Kau ingat kalau kau tanya dia, dia nak mengaku ke? Tak boleh macam tu anuar. Kita kena siasat macam kita siasat pasal penanggal dulu tu. Tapi itu lah. Kena keluar lewat malam lah." Ucap sham.

"Hmm betul juga kata kau ni sham. Kalau kita tanya belum tentu diaorang nak mengaku."

"Habis tu bila kita nak pergi siasat? J?"

Aku berpaling lantas membetulkan duduk.

"Aku rasa lepas kita datang semula lah. Nak siasat sekarang pun dah tak sempat."

"Tu ah tu"

Jangan lupa vote gais!!! Aku akan update lagi.. terima kasih kerana support cerita aku.. ♥️ you all.. muah

KISAH SERAM "POCONG"Where stories live. Discover now