BAB 67

646 40 0
                                    

"Janna!! Bangun!"

Aku terus buka mata dan bangun duduk. Suasana malam tu sunyi yang teramat sangat. Aku terus berdiri dan keluar dari bilik. Sampai saja dekat ruang tamu, aku nampak anuar sham hidayat tengah tidur dan sebelah hidayat ada satu tubuh yang berbungkus dengan selimut. Mungkin itu ali. Aku terus berpusing nak ke dapur. Belum sempat aku nak melangkah, tiba-tiba..

"J"

Aku tersentak lantas berpaling.

"Kau nak kemana?" Tanya anuar.

"Aku nak ke tandas"

"Jap aku teman." Ucap anuar seraya bangun berdiri.

Aku hanya mengangguk kepala dan bergerak meninggalkan ruang tamu tersebut. Selesai semuanya aku terus melangkah ke arah peti ais.

"Nuar." Panggil aku perlahan.

"Hmm."

"Siapa yang tidur kat ruang tamu?" Tanya aku seraya menuang air ke dalam cawan.

Anuar berpaling memandang aku.

"Makin merah mata kau tu j" ucap anuar. "Tadi kau tanya siapa yang tidur dekat ruang tamu?"

Aku hanya mengangguk.

"Aku, sham dan hidayat lah. Kenapa?"

Aku melangkah ke arah anuar.

"Kau pasti korang hanya bertiga?" Tanya aku.

"Aku pasti lah cuma tadi masa aku nak tidur, aku perasan abang hidayat si ali tu balik. Lepas tu aku tak sedar apa-apa dah. Kenapa ni j?"

Aku mendekatkan muka aku dengan muka anuar.

"Bermakna sebelah hidayat tu bukan manusia" ucap aku perlahan.

Lepas je aku cakap macam itu, lampu dekat dapur terus berkelip berkali-kali. Anuar yang tengah duduk tadi terus bangun berdiri. Aku mendongakkan kepala memandang sekeliling. Tengah aku dengan anuar dalam keadaan macam itu, tiba-tiba aku terdengar bunyi jeritan dari bilik mak ayah hidayat. Aku dengan anuar berpandangan dan melangkah ke ruang tamu. Sampai saja aku dengan anuar dekat ruang tamu, hidayat tengah berdiri dengan kepala menunduk. Aku tergamam seketika.

"Dayat." Panggil anuar.

Masa ni bunyi dalam rumah hidayat macam kena bom.

"Allahuakbar!" Ucap sham terkejut seraya bangun melangkah ke arah kitaorang.

Aku memandang sham. Nasib member tak ada sakit jantung. Kalau tak confirm padam kat situ. Mana tak nya, hidayat berdiri kat sebelah dia je.

"Hidayat! Kau okay tak ni?" Tanya aku seraya melangkah ke depan setapak.

Tak lama selepas itu tiba-tiba hidayat menunjukkan sesuatu ke arah bilik yang menempatkan maria. Aku berpaling. Aku terus teringat maria kat dalam bilik. Tanpa buang masa, aku terus berlari menuju ke arah bilik. tombol pintu aku pulaskan dan serta merta suis lampu aku tekan.

"Allahuakbar!" Ucap aku seraya bersandar dekat pintu.

"Kenapa j?" Tanya anuar

KISAH SERAM "POCONG"Where stories live. Discover now