BAB 71

642 40 1
                                    

"Habis tu nak buat apa?" Tanya sham.

"Aku tak tahu lah weh. Aku jadi jem kalau benda ni berlaku." Ucap hidayat

"Tak apa macam ni. Siang nanti kita panggil ketua kampung dan berbincang dengan diaorang macam mana" ucap aku pulak.

"Hidayat." Panggil pakcik hakim.

Hidayat berpaling.

"Macam mana benda tu boleh masuk kalau dah pagar rumah?" Tanya pakcik hakim.

Hidayat berpaling memandang ke arah aku dan juga yang lain. Aku cepat-cepat melangkah dan berdiri di depan pakcik hakim. Pakcik hakim terkejut memandang mata aku yang merah.

"Kamu sakit mata ke?"

"Tak, okay macam ni. Kalau ikutkan masa sebelum pagar tadi saya ada tanya hidayat, ada siapa-siapa balik tak. Tapi hidayat cakap tak. Lepas tu pulak, anuar cakap ali ada balik then pagar tu terbuka. Kalau ikutkan tadi memang pagar keseluruhan tapi itu lah"

"Kiranya benda tu masuk selepas ali masuk?" Tanya pakcik hakim.

Aku hanya mengangguk kepala.

"Orang pun tak tahu yang abang ali akan balik. Yelah dah malam kan? Selalunya dia akan tidur kat rumah kawan dia sampai pagi" sampuk hidayat.

"Tak apa lah. Benda dah jadi dah pun nak buat apa lagi. Mak iti lah tu tak berdaya" ucap pakcik hakim.

"Okay macam ni abah." Ucap hidayat lantas melangkah dan berdiri di sebelah pakcik hakim. "Abah kena tolong dayat dan kawan-kawan dayat"

"Tolong apa?"

"Abah kena kumpulkan orang-orang kampung dalam 2,3 orang sebab nanti dayat dengan kawan-kawan dayat nak pergi dekat rumah..." dayat berpaling memandang ke arah aku.

Aku terdiam. Tiba-tiba aku teringat yang maria ada sebut seseorang

"Itam" ucap aku sepatah

"Itam?" Tanya pakcik hakim.

Aku mengangguk kepala.

"Siapa itam?" Tanya hidayat.

Aku mengangkat bahu menandakan tak tahu. Tapi naluri aku kuat mengatakan orang yang bernama itam tu adalah orang yang buat semua ini.

"Tak apa lah. Siang nanti abah cuba bercakap dengan orang kampung. Tapi abah nak bagitahu siap-siap. Tak ada siapa yang berani nak keluar malam-malam."

"Abah, kalau macam orang kampung tak berani nak keluar malam, kalau macam kawan-kawan hidayat ni tetap keluar malam ni, abah okay tak?"

"Boleh, Tapi abah ikut. Nanti abah akan ajak kawan-kawan abah." Ucap pakcik hakim.

"Tapi pakcik, ustaz jangan lupa" selit aku.

Pakcik hakim hanya mengangguk kepala.

"Baiklah." Ucap pakcik hakim lantas melangkah pergi.

Aku dengan yang lain duduk di ruang tamu. Tak lama selepas itu, azan subuh mula berkumandang. Aku terus bangun dan bersihkan diri. Tak lama tu aku ambil wuduk dan solat subuh. Selesai solat subuh, aku terus baring seketika sebab kepala aku mula berdenyut balik. Aku terlelap dan akhirnya aku tersedar pukul 9.30 pagi. Perut mula lapar dan aku bangun melangkah ke dapur.

KISAH SERAM "POCONG"Où les histoires vivent. Découvrez maintenant