𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 1

1.4K 54 2
                                    

"Awak, awak ok ke?" Soal Tengku Qayeed pada Ika yang sedang menyusun kotak-kotak lipstick di rak yang sudah tersedia.

Wanita itu tidak menyedari kehadiran jejaka itu dibelakangnya. Tangannya sibuk melakukan kerja tetapi fikirannya melayang ke tempat lain.

Beginilah keadaan wanita itu empat bulan selepas bercerai dengan suaminya. Jujur, dia masih tidak dapat melupakan bekas suaminya itu. Walaupun dia yang meminta untuk dilepaskan, tetapi masih ada sedikit harapan supaya lelaki itu tidak melepaskannya.

"Ika, saya tanya awak ni. Awak betul-betul ok ke tak ni?" Tanya Tengku Qayeed dengan suara sedikit tinggi menyentak kan Ika daripada lamunannya.

"Eh, Tengku. Tengku buat apa dekat sini?" Soal Ika lalu pantas dia menoleh ke belakang menghadap majikannya.

"Saya saja nak tengok pekerja baru dekat sini. Tu yang ternampak awak sorang-sorang dekat sini. Awak ok?" Ika mengangguk. Tak akanlah dia mahu menceritakan masalahnya pada jejaka itu pulak kan?

Tengku Qayeed Edrian. Jejaka itu sudah lama memendam perasaan pada wanita itu. Sebelum wanita itu bercerai dengan bekas suaminya lagi Tengku Qayeed sudah memendam perasaan pada wanita itu.

Tapi dia tahu, wanita itu belum bersedia untuk membuka pintu hatinya lagi.

"Kalau awak ada nak ceritakan apa-apa pada saya, ceritakan sahaja tau. Saya tak nak awak pendam sakit awak tu sorang-sorang. Faham?" Tengku Qayeed mengangkat sebelah keningnya pada wanita itu.

Ika tersenyum kecil sebelum mengangguk.

"Baik, Tengku." Wanita itu menunduk lalu bergerak ke bilik stor untuk mengambil stok-stok alat solek untuk disusun ke tempat asalnya.

" Wanita itu menunduk lalu bergerak ke bilik stor untuk mengambil stok-stok alat solek untuk disusun ke tempat asalnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nur Darrenna Demya binti Mohd Daris. Tak sangka awak nak kerja dekat sini." Kata Tengku Qayeed kepada wanita muda dihadapannya itu. Demya mengangguk.

Dia dapat bekerja di The Q's Hotel tanpa memerlukan resume. Sebab kemasukan dia bekerja disitu telah diuruskan oleh abang iparnya. Tengku Qays Eirl.

"Kakak yang suruh saya kerja dekat sini" Kata Demya dengan nada perlahan.

Dia dengan Tengku Qayeed ini memang sudah lama kenal. Sebelum ni kalau tanya, budak ni mesti akan cakap yang dia tak nak kerja. Nak duduk rumah dengan Ibu dan Abah je.

Biasalah anak bongsu, manja je lebih. Dia ni dah lah tak ada cita-cita. Kalau cikgu tanya apa cita-cita awak mesti dia akan jawab yang dia nak jadi suri rumah. Entah apa-apa je si Demya ni.

Dia terlalu manja sebab tu lah Daryssa suruh dia bekerja supaya dia dapat berdikari. Cuba bayangkan kalau dia kena tinggal dekat suatu tempat sorang-sorang. Memang tak boleh survive lah dia.

"Oklah, awak memang dah boleh kerja dekat sini. Untung abang sulung saya dah uruskan semuanya untuk awak. Lagi satu, kalau dekat tempat kerja panggil saya Tengku. Kalau kat luar baru boleh panggil abang, Tau." Kata Tengku Qayeed lalu memandang tepat ke anak mata Demya.

NUR DARRENNA DEMYA: HIS LOST WIFE (HIATUS)Where stories live. Discover now