𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 4

1K 55 0
                                    

"Wifey, saya nak ke toilet sekejap. Awak tunggu dekat sini ye. Jangan kemana-mana tau." Demya mengangguk. Tepi kepalanya itu dicium sekilas sebelum jejaka itu bergerak pergi ke tandas.

Demya pun duduk di kerusi yang ada di situ. Mereka sekarang ini berada di lapangan terbang untuk pergi ke Paris. Memang tempat idaman dia daripada dulu lagi untuk pergi ke sana dengan suaminya. Akhirnya, impian dia itu tercapai. 

Rambut tebal dan perangnya itu di selitkan ke belakang telinga sebelum dia mengeluarkan telefon pintarnya. Dia baru perasan yang kakaknya ada menghantar pesanan kepadanya dua minit yang lalu.

Kakak cengeng😜
- Demya
- Passport bawak tak?
- Duit lebih jangan lupa bawak
- Changer pon kalau boleh bawak tiga. Kalau emergency ke apa tak adalah kalut.
- Nanti kalau dah sampai call
- Jangan buat perangai ye.
- Jangan pergi mana-mana sendiri
- Ikut je suami tu

me
Ye kakak -
nanti kalau dah sampai Demya call ye -
Demya janji tak pergi mana-mana tanpa Qayeed -
Kakak ni janganlah risau sangat -

Kakak cengeng 😜
- Mana tak risau nyee
- Awak tu mana pernah pergi mana-mana sendiri tanpa keluarga
- Ibu ni daripada dok risau tanya pasal awk
- Tolonglah jangan pergi mana-mana sendiri.
- Hang ni bukan boleh cayaa

Daryssa tahu yang Demya ni pasti tak boleh servive sendiri. Puas satu hari wanita itu bagi ceramah pada Tengku Qayeed supaya jaga adiknya betul-betul. Sebab budak tu buas sikit.

Lagipun, ini kali pertama dia pergi ke luar negara tanpa ahli keluarga. Selalunya, ada lah juga kakak atau abangnya yang teman.

Tapi, Tengku Qayeed adalah seorang yang boleh dipercayai. Jadi kuranglah risau dihati Tengku Ariana dan Tuan Daris.

Demya terlalu rancak berbual dengan kakaknya, tiba-tiba dia rasa perutnya seperti berbunyi ingin diisi. Mujur sahaja banyak kedai jual makanan tidak jauh daripada sini.

Dia pun menggerakkan luggage miliknya sambil tangannya melihat ke arah telefon pintarnya.

Tanpa sengaja, dia terlanggar bahu seseorang. Terlepas beg bagasi itu dari pegangannya.

"Maaf ya." Kata Demya kepada jejaka yang memakai topi dan pelitup muka itu. Serba hitam. Jejaka itu tidak menjawab Malah hanya menjeling dan mengambil beg bagasi miliknya.

Demya pun mengangkat bahu dan terus bergerak ke arah kedai makan yang ingin dituju.

Tanpa mereka sedar, mereka tertukar beg bagasi milik mereka tanpa tahu.

"Ishh, mana bini aku ni?" Tanya Tengku Qayeed pada dirinya sendiri. Dia cuba menelefon wanita itu tetapi wanita itu tidak menerima panggilan tersebut.

Tengku Qayeed memandang ke belakang apabila dia mendengar namanya dipanggil.

"Hubby!" Jerit Demya. Tengku Qayeed memandang wajah isterinya dengan marah. Merah telinga jejaka itu. Demya mengemam bibirnya sambil berjalan mendekati suaminya.

"Hubby, tengok ni. Burger." Demya mengangkat beg kertas MC DONALD itu dan ditunjukkan kepada Tengku Qayeed.

Riak wajah jejaka itu tidak berubah. Demya sudah rasa gementar dan takut. Tolonglah jangan marah kan dia. Dia tak salah.

"Bukan ke saya suruh awak tunggu dekat sini?" Tanya Tengku Qayeed dengan nada keras. Berdegup laju jantung Demya. Sempat dia menelan air liurnya kesat sebelum dia memandang mata helang jejaka itu.

"S-Saya lapar." Matanya dikelip beberapa kali meminta simpati. Tengku Qayeed pon cair. Tak sanggup dia nak marah budak comel ni.

"Wifey, sepatutnya awak tunggu hubby dulu. Kalau apa-apa jadi tadi macam mana? Awak tu dah lah tak pernah pergi mana-mana sorang sorang. Kalau sesat tadi macam mana?"  Tanya Tengku Qayeed dengan nada lembut.

NUR DARRENNA DEMYA: HIS LOST WIFE (HIATUS)Where stories live. Discover now