𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 2

946 52 3
                                    

"Abang Qayeed!" Jerit Demya memanggil Tengku Qayeed. Jejaka itu memusing dan memandang Demya yang berjalan masuk ke rumahnya.

Demya sekarang tinggal dekat rumah Daryssa yang lama. Memandangkan Ika dah beli rumah baru, Aisyah pula sudah ada rumahnya sendiri bersama suaminya dan sama juga dengan Daryssa.

Rumah tu kosong jadi, daryssa hadiahkan rumah itu kepada Demya. Rumah itu pula bersebelahan dengan rumah Tengku Qayeed. Memang banyak kali jugalah Demya datang hantar makanan.

Hantar makanan pada crush wak. Kau ada?

"Eh, Demya. Tak pergi lagi. Ingatkan dah pergi dah." Kata Tengku Qayeed yang sedang memakai kasut.

"Belum, tunggu Abang lah." Tengku Qayeed menjeling Demya kecil. Tahu sangat dah budak ni.

"Eii, tak baik jeling jeling tau. Don't you like my hot face?" Tanya Demya lalu memejam mata dan menadah mukanya ke hadapan.

Tengku Qayeed menggeleng.

"Dah lah. Malas nak layan." Kata Tengku Qayeed lalu berjalan ke arah pintu pemandu. Dia baru sahaja ingin masuk ke dalam kereta tetiba Demya memanggilnya dan memberhentikan langkahnya.

"Apa lagi budak?" Sempat Tengku Qayeed menghela nafasnya dahulu.

"Memandangkan kita nak ke destinasi yang sama, jadi-" Demya memanjangkan ayatnya. Tengku Qayeed mengangguk. Dia faham apa yang wanita itu ingin sampaikan.

"Masuk je lah." Arah Tengku Qayeed lalu masuk ke dalam kereta. Demya teruja lalu berlari masuk ke bahagian penumpang hadapan.

Dia memang teruja sangat harini. Semua ahli keluarga dia dan ahli keluarga Tengku Qayeed perlu memakai pakaian yang berwarna sama. Warna nude.

Jadi sudah tentulah Demya berpakaian sedondon dengan crush dia tu.

Selepas selesai sahaja sesi mengetahui jantina, mereka semua dihidangkan dengan makanan seperti makanan yang selalu dihidangkan semasa kenduri kahwin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas selesai sahaja sesi mengetahui jantina, mereka semua dihidangkan dengan makanan seperti makanan yang selalu dihidangkan semasa kenduri kahwin.

Tak sangka, kali ni Daryssa dan Tengku Qays dikurniakan anak perempuan. Tak sabar rasanya nak tunggu bayi itu lahir.

"Adik, boleh pegangkan Ezzeline sekejap? Abang nak pergi dekat Ellyna sekejap. Dia muntah- muntah daripada tadi. Tolong tau."

Demya mengangguk lalu mengambil kanak kanak perempuan itu daripada dokongan abang sulungnya. Mohd Darwisy Dayyan.

Pipi Ezzeline itu digomol. Budak tu bukannya menangis tapi gelak. Apa yang dia suka sangat pun tak tahu lah.

"Ezzeline, maksu rasa Ezzeline dah nak jadi kakak lah. Tengok gaya mommy awak macam preggy je." Hidung mancung Ezzeline dicubit.

"Mana Abang Darwisy?" Tanya Daryssa sambil berpegangan tangan dengan anak lelakinya. Tengku Qamreen Daim.

"Dia pergi toilet. Kak Ellyna muntah muntah katanya." Jawab Demya. Daryssa mengangguk.

NUR DARRENNA DEMYA: HIS LOST WIFE (HIATUS)Where stories live. Discover now