FITYMI 4

901 33 5
                                    

"Buang masa aku je ni"

Omel Dyla sambil menjeling papan tanda di pintu ofis di depannya. Perkataan 'Pejabat Hal Ehwal Pelajar' yang ditulis dengan ink berwarna kuning tertera atas plaque hitam itu. Kedua-dua tangannya menggenggam tali beg galasnya. Dalam kepalanya dah terfikir samada nak pergi dari situ dan tipu kat kawan-kawan dia yang dia dah jumpa HEP pasal hal Zain.

Tapi dia tak boleh. Dia tak mampu nak tipu mereka. Satu keluhan berat terlepas daripada bibirnya. Dia hampir nak melangkah pergi daripada situ bila ada suara memanggil dia daripada belakang. Aisy tersengih lebar lalu berlari-lari anak ke arahnya.

"Aisy? Kau buat apa kat sini?" Soal Dyla, cuak. Dalam kepalanya dah fikir seribu satu alasan yang dia nak lontar kalau-kalau kawan dia ni tanya macam-macam. Gadis atlet tu tersengih janggal, kertas di tangan kirinya diangkat.

"Aku nak kena bayar denda sebab kad matrik hilang"

"Lagi? Ni dah masuk dua kali, kan?"

Satu tawa terlepas daripada bibirnya. Belakang lehernya digaru perlahan. Mukanya memerah. "Erm, empat kali actually"Jawabnya, intonasi suaranya dia cuba untuk jadi acuh tak acuh. Mata Dyla terbeliak.

"Kau biar betul?"

"Bukan salah aku! Kad matrik tu kecik, and aku ni pelupa" Aisy cuba nak beri alasan bodoh. Dyla menepuk dahinya perlahan. "Kan ada lanyard? Kalung jela kat leher kau"

"Naik ruam lah! Leher aku ni sensitif sikit. Kau rasa kenapa aku tak pakai accessories kat leher?" Jawab Aisy, kalini intonasinya kedengaran desperate. Dyla tak dapat nak tahan diri dia daripada tergelak. Aisy mencebik bila penyakitnya dijadikan bahan jenaka. Gelak-gelak, kang kena kat batang hidung dia baru tau.

Dyla menggeleng kepalanya, jari telunjuk kiri dia mengesat air mata yang keluar sebab ketawa tadi. "Macam-macam problem la kau ni" Atlet tu menggulingkan bebola matanya, tangan kanannya mencapai tombol pintu ofis di depannya.

"Shuddup. Anyways, better aku masuk sekarang. Nanti sir bising. Makin bertambah denda aku"

"Nak aku teman?"

Kening Aisy terangkat sebelah. Mukanya confused bila dengar pelawaan itu. Dyla cepat-cepat reka alasan. "Erm, lagipun aku ada nak jumpa lecturer kat dalam ni" Ayat tu keluar tanpa mindanya sempat menapis. Tapi nampaknya kawan dia termakan dengan alasan tu.

"Oh, then tercegat apa lagi? Jom"

Dyla membontoti si Aisy ke dalam ofis tu. Anak mata birunya perhatikan tubuh kawannya yang melangkah ke kaunter informasi untuk serahkan borangnya. Dyla menelan liur lalu pusingkan tubuhnya untuk berjalan ke pejabat lecturer yang ditugaskan untuk jaga disiplin pelajar.

Setibanya dia di situ, kakinya menjengket untuk menjenguk ke dalam pejabat tu. Dalam hatinya berdoa agar lecturer tu takde so dia boleh bagi alasan kat geng dia nanti. Tapi apakan day, nasib tak menyebelahi dia bulan ni. Lecturer tu ada dalam pejabatnya, tengah berbual-bual di telefonnya. Nafas panjang ditariknya, dia cuba nak sediakan mental dan emosinya lalu dia ketuk pintu ofis tu tiga kali.

Satu suara garau memanggilnya untuk masuk. Dia menurut perintah lalu melangkah masuk ke dalam ofis tu.

-

Selepas hampir 10 minit dia menahan malu dan air mata dalam pejabat tu, akhirnya dia dibenarkan keluar. Macam-macam emosi yang dia rasa ketika tu. Sedih, pasrah, dan marah. Mungkin marah yang melebihi semua emosi dalam badannya. Dia mengusap mukanya, cuba nak tenangkan diri dia.

"Lama kau borak kat dalam"

Dyla tersentak, kembali ke realiti. Dia lupa yang dia masuk ofis HEP ni dengan Aisy. Muka curiga milik atlet tu menyapa pandangan dia. "Kau kat sini lagi?" Soalnya dengan nada terkejut. Makin berkerut dahi Aisy bila dengar soalan si Dyla tu.

Fake It Till You Make It (gxg)[✓]Where stories live. Discover now