EXTRA - Road Trip #1

312 34 10
                                    

Panas.

Tu apa yang dia rasa daripada pagi sampai ke.. well, actually masih pagi lagi ni. Baru pukul 11 pagi. Dia dah duduk kat luar ni daripada pukul 8 lebih. Aisy lepaskan dengusan kuat sambil menjeling langit. Tak tau dia nak marah kat sape. Takkan nak marah kat Sang Pencipta, mau kena sambar petir on the spot.

Splash!

"Mak kau pink!" Dia melatah apabila air sejuk menyapa kakinya. Dia pandang span dalam baldi yang penuh dengan air kemudian menjeling manusia yang campak span tadi. Muka bangga AJ menjadi tatapannya.

"Termenung apa? Kereta tak habis basuh lagi"

Aisy melepas keluhan berat dengar ayat tu. Kenapa mesti dia? Mata hitamnya memandang 3 kereta di depan mereka. Idea sape buat part time cuci kereta ni? Oh ya, AJ. Sebab adik-adik dia nak beli barang sekolah jadi dia suruh adik-adik dia buat part time basuh kereta. Pastu kenapa dia kat situ? Sebab dia ni mulut tak reti nak tapis, pergi offer nak tolong budak-budak tu.

Sendiri offer, sendiri menyesal. Classic Aisy.

"Termenung lagi. Nak aku spray ngan air ke baru nak gerak?"

Aisy mengeluh berat lalu singsing lengan bajunya sehingga ke bahu, menampakkan biceps dia lalu dia capai kain yang tersidai di bangku kemudian menapak ke sebuah kereta Alza di depannya. Aisy mulakan kerjanya semula. 

Selepas 20 minit mengelap pintu kereta tu, Aisy akhirnya siap. Dia mengangguk kepada adik-adik AJ dan biarkan mereka sambung bersihkan bahagian dalaman kereta tu. Ni kereta last untuk pagi ni. Dia mengorak langkah ke AJ dan perasan kawannnya tengah ligat menaip di fonnya.

"Chat awek la tu"

AJ mendengus. "Mana ada awek, Farra je"

Aisy ketawa sinis. "Awekla tu" Dia duduk di sebelah kawannya lalu mendongak kepalanya untuk biarkan angin menyapa lehernya. Bila dia sedar yang kawannya terlampau khusyuk chatting dan tersenyum-senyum macam kerang busuk, Aisy menggulingkan bebola matanya. Sebahagian daripada dirinya rasa jealous.

Tak, bukan jealous sebab AJ minat kat Farra. Aisy dah moved on dari kawannya. Mata hitamnya mengerling ke arah beg simpangnya, dimana henfonnya disimpan. 2 minggu tanpa mesej, Aisy rasa macam jantung dicarik-carik.

"Mana awek kau?"

 Dengar soalan tu buatkan dia terasa ditikam. Aisy tahan dirinya daripada marah kawannya. AJ tak tau, tu hanya soalan general. Aisy menongkat dagunya, sikunya diletakkan atas pahanya. Mata hitamnya tenung ke arah adik-adik AJ yang tengah susah payah bersihkan kereta. Lagipun ni projek dorang, bukan projek AJ ngan Aisy so memang dorang kena buat keje banyak sikit. 

Eh, jap dah melalut. Apa soalan AJ tadi? Oh ye, mana Dyla. Fuck, sakit tadi kembali lagi.

"I dunno.."

AJ berhenti menaip dan tengok muka kawannya. Sayu dan sedih. Macam anak anjing kena sepak. Jadi AJ letak fonnya ke tepi dan beri 100% fokus dia kepada Aisy. "You don't know? Asal korang gaduh ke?" AJ gelak, cuba nak ceriakan kawannya tapi Aisy nampaknya tak suka dengan gurauan tu jadi AJ berdehem lemah.

"Sorry... So? Apa problemnya?"

Aisy mengerang kuat lalu menekup mukanya dengan kedua-dua tangannya. "Ughhh, aku pun tak tauuu. One time kitorang okey, then at one point kitorang tak. And aku... Haih, aku tak tau nak buat apa, AJ" Aisy mengadu, matanya berkaca dan mukanya jelas dia upset. 

AJ cepat-cepat usap belakang badan Aisy. "Whoa, whoa. Sabar. Cuba citer kat aku satu-satu" AJ cuba nak tenangkan kawan baiknya. Aisy tarik nafas panjang lalu mendongak ke langit, matanya menjeling matahari yang terik di langit. Silap besar, berpinar dah matanya.

Fake It Till You Make It (gxg)[✓]Where stories live. Discover now