FITYMI 21

646 44 7
                                    

You're an asshole but I love you
And you make me so mad, I ask myself
Why I'm still here, or where could I go
You're the only love I've ever known
But I hate you, I really hate you.

Lagu True Love oleh P!nk bergema dalam ruangan kereta. Aisy bersandar pada passenger seat kereta Dyla. Matanya mengerling pada skrin carplay di dashboard kereta tu. 8:20 p.m. Hampir 2 jam mereka di jalan dan takde satu perkataan pun bertukar antara mereka.

Fokusnya beralih ke arah gadis di sebelahnya. Dyla yang tengah bersandar sambil memandu, mata birunya fokus pada jalan di depannya. Beberapa kali, jari jemarinya akan mengetuk-ngetuk stereng dan dia akan mendengung perlahan seiringan dengan lagu.

Aisy menarik nafas dalam, dia tak tahan lagi dah dengan keheningan tu jadi dia ambil keputusan untuk bersuara. "Berapa lama lagi kita nak sampai sana?"

Dyla mengerling ke arah si atlet tu sekilas lalu ke arah waze dia pula. "Kat sini dia cakap 40 minit lagi" Jawab Dyla dengan ton suara mendatar. Aisy mengangguk lalu meletakkan kepalanya pada cermin pintu. Mata hitamnya meliar sekeliling dalam kereta tu. Ada patung sotong dan beberapa patung bobbing head versi Doraemon dan Hello Kitty turut menghiasi dashboard tu. Ada beberapa keychain disangkut pada rear mirror. Bau dalam kereta ni wangi, macam vanilla.

Aisy tersenyum lembut, Dyla memang suka deco benda. Tak kiralah apa pun mesti dia akan tinggalkan kesan yang menandakan sesuatu tu dia punya ataupun dia pernah berada di situ. Berbeza dengan kereta Aisy, dari awal beli sampai sekarang pakai, takde satu pun decoration. Simple dan boring.

"Ugh, this song's sucks. Tukarkan boleh?" Pinta Dyla, tangannya tengah ligat pusingkan stereng untuk membelok.

Si atlet tu hanya menurut perintah. Butang next ditekan dan salah satu lagu Doja Cat bermain di speaker. Dahi Dyla dikerutkan. "Next. Aku tak suka dia ni"

"Too wild for you, princess?"

Aisy hanya dapat jawapan berbentuk jelingan tajam. Si atlet tu mengangguk tanda dia menyerah kalah. Lagu seterusnya dimainkan dan seperti tadi Dyla tak suka. Beberapa kali mereka ulang benda yang sama sampailah si Aisy naik muak.

"Okey, how bout this. Aku buka lagu dari playlist aku? Since kau ni picky sangat"

Dyla tak beri apa-apa jawapan jadi Aisy ambil keputusan untuk teruskan plannya. Dia connect henfon dia dengan bluetooth pada carplay tersebut. Lagu pertama di playlist dia dimainkan. Sepanjang tiga lagu yang dimainkan Dyla tak beri apa-apa reaksi. Dia diam dan dengar saja, takde bantahan atau rungutan seperti tadi. Sampailah lagu yang dinyanyikan oleh Katy Perry.

In another life
I would be your girl
We keep all our promises
Be us against the world.

Aisy terkejut bila Dyla tukar lorong dan masuk ke susur R&R. Bila gadis tu dah parking, Dyla cepat-cepat matikan enjin. Aisy mati kutu dengan apa yang terjadi depan mata dia ni. "Dyla? Kau nak gi tandas ke?"

Tanpa diberi apa-apa jawapan, Dyla melangkah keluar daripada kereta tu meninggalkan Aisy berseorangan. Si atlet tu menarik nafas panjang, mata hitamnya meliar. Tak boleh nak fokus tatkala mindanya laju memikirkan seribu satu sebab kenapa Dyla bersikap macam tu. Tak dapat jawapan, gadis tu hentak kepalanya pada dashboard. Patung-patung atas dashboard tu bergegar sebabkan hentakan tadi. Mata hitamnya tertancap pada skrin fonnya. Tajuk lagu tadi dia baca.

The one that got away.

Fuck. Bodoh kau ni Aisy.

-

Mukanya rasa lebih segar selepas dibasuh dengan air paip sinki dalam tandas tu. Dyla mengangkat kepalanya untuk tengok refleksi mukanya di cermin. She's a mess. Rambut serabai, mata merah dan muka pucat. Dah macam orang sakit. Tapi.., mungkin dia memang sakit pun? Sakit yang tiada luka.

Fake It Till You Make It (gxg)[✓]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora