Chapter 1

1.6K 43 2
                                    

" Weyh, Iriena ! Aku nak pergi tandas jap tau !"

" Alright . " Iriena sedang leka membelek-belek novel yang ada di rak kedai buku itu . Ia sedang mencari novel yang bertajuk, Cullen's Angel.

Dalam masa yang sama, Izdihar juga sedang mencari novel untuk hadiah adiknya.

" Ops ! I'm sorry, miss !" Izdihar terlanggar seorang wanita ketika sedang mengambil buku dari rak .

Iriena yang sedang menahan marah, segera memandang kearah Izdihar . Dia terpaku . Lelaki yang melanggarnya ini sangat sesuai dengan fictional Character dari novel yang ia baca .

" Eh, uhmm ... Takpe !" Kemarahan Iriena tadi hilang serta-merta apabila melihat Izdihar . Badan yang tegap, seperti seorang green flag, sangat mengikuti ciri-ciri fictional Character.

" Uhmm, miss ? Why are you looking at me like that ?" Izdihar sedar wanita yang ia langgar tadi asyik memandangnya sahaja . Izdihar juga , tidak menafikan bahawa wanita yang ia langgar ini sangat cantik kejelitaannya .

" Iriena !! " Panggil Sarah . Sarah ternampak apabila Izdihar terlanggar Iriena tatkala mengambil buku dari rak .

' so, her name is Iriena ... I see . Good name and beatiful face .' Bisik hati Izdihar . Izdihar sebenarnya, sudah lama tidak terpikat dari mana-mana wanita sejak ia bercerai . Dia sudah menulis dihatinya, bahawa dia tidak akan terpikat dengan mana-mana wanita .

Namun, Iriena bagaikan menakluk hatinya pada pandangan pertama .

" Ermm, can i got your phone number?" Izdihar menghulurkan telefon bimbitnya . Manakala Iriena masih lagi memandang wajah tampan milik Izdihar .

" Woi, Iriena ! Asal tetiba termenung!" Sarah menjerit ditelinga Iriena . Izdihar yang sedang menahan ketawa , sedang berusaha mengekalkan muka cool nya .

" Eh, i'm sorry ! You want my phone number? But, why ?"

" Ganti rugi."

" Ganti rugi ? Untuk apa?"

" For my blazer and suit ."

Baru Iriena perasan bahawa Air milo yang ia bawa telah tumpah ke blazer dan kemeja Izdihar . Aduh, malunyaa!

" Ouh, i'm sorry ! Saya tak perasan air Milo saya tumpah kat baju awak! Sekali lagi, sorry!" Iriena seperti ingin mengelap air Milo yang tumpah di blazer Izdihar . Namun, Sarah menahan tangan Iriena .

" Eh kau . Bukan mahram kan ? Mana boleh sentuh-sentuh ." Sarah terus menarik tangan Iriena .

" Lupa pulak! " Iriena seperti berlakon spontan .

" So ? May i got your phone number?" Izdihar masih lagi mencuba mendapatkan nombor telefon Iriena.

" Yes ! Sure ." Iriena terus menekan nombor yang ada di dalam telefon Izdihar . Izdihar hanya senyum didalam hati .

Ting Ting!

Satu nombor muncul pada telefon Iriena . Di save nombornya , ' Love 🦖'
Izdihar hanya memandang Iriena dengan wajah yang kecewa.

" By the way, thanks ya! Saya kena pergi office . Kalau nak jumpa , boleh pergi kat sini." Izdihar mengeluarkan satu kad bertulis alamat syarikatnya.
Iriena hanya mengambil sahaja kad itu. Dia terkejut . Ini kan syarikat yang terkenal kat luar negara dan dalam negara ! Banyak cawangannya di dalam Malaysia . Hampir lebih 50 cawangan !

" Nama saya Tengku Izdihar Ziyyad." Sempat lagi Izdihar mengenalkan dirinya . Lalu, ia lari kearah bodyguard nya .

" Hensemnya mamat tu ! Tapi aku rasa dia lagi muda dari aku lah..." Sarah sepertinya sudah jatuh hati pada Izdihar . Namun, Iriena masih leka membelek kad yang diberi oleh Izdihar.

Abe Duda Hot : Dia hak aku ✓ [Season 1]Where stories live. Discover now