Chapter 8 (End)

888 33 0
                                    

Setelah beberapa bulan berlalu, Iriena sudah bahagia. Namun, dia selalu termimpi tentang Izdihar dalam keadaan menyelamatkan dirinya. Rasa bersalah menghantui dirinya.

" Syifa. Teman aku pergi kedai novel boleh? Aku teringin nak beli satu novel ni."

Syifa memandang kearah Iriena. Betul ke? Tak silap baru minggu lepas beli novel.

" Aik? Bukan ke kau baru beli novel tajuk seseorang untuk aku minggu lepas?" Soal Syifa dengan nada kebingungan.

" Banyak tanyalah kau ni. Kan aku beli pakai duit aku. Kalau aku minta kau belanja pun belum tentu kau nak belanja. Haritu. Goreng pisang tu pun aku yang bayar." Iriena menyilangkan tangannya ke dada dengan wajah yang menyampah. Duit dia. Biarlah.

" Hehe. Okay. Mon maap." Syifa pergi kearah Iriena. Dia memeluk erat sahabatnya itu.

" Dahlah. Takyah nak buat drama TV3 sangat." Iriena menolak sedikit tangan Syifa yang memeluk dirinya.

" Dengan member-member. Bolehlah. Nanti goreng pisang tu aku bayar."

" Ceh. Kalau tak bayar, aku tuntut kat akhirat nanti. Ingat eh. Aku ada buku catatan segala hutang kau." Iriena berkata selepas pelukan direnggangkan.

••••

"Bak sini beg kau!" Seorang perompak menarik kuat beg tangan Iriena dari arah kanan.

" Berhenti!!" Seorang lelaki datang seperti seorang wira segera menarik lengan perompak itu. Iriena sepertinya mengenali suara itu. Suara Izdihar!

Ciri-ciri lelaki itu memakai mask yang berwarna hitam dan mengenakan hoodie dan topi berwarna hitam yang mempunyai logo,

' T.I.Z. '

Sama seperti topi yang diberikan oleh Iriena untuk Izdihar. Mereka berdua akan memakai topi yang sama jika keluar berkelah dan sebagainya.

" Cik. Ini beg cik." Lelaki itu menghulurkan beg tangan Iriena tepat pada wajah Iriena. Lelaki itu enggan menunjukkan mukanya. Tapi, Iriena sudah nampak warna mata lelaki itu.

Berwarna biru laut. Sama seperti warna mata Izdihar.

"Encik. Apa kata kita makan atau minum dulu? Saya belanja Encik." Iriena ingin mencuba mengambil kesempatan ini. Dia harus cari tahu siapa lelaki dihadapannya ini.

Iriena turut perasan sesuatu ditangan lelaki itu. Ada satu gelang yang bertulis,

' I.Z×T.I.Z '

Iriena Zalikha×Tengku Izdihar Ziyyad

Itu gelang yang ia beri pada Izdihar sewaktu hari jadi Izdihar yang ke 29.

"Maaf, tapi saya sibuk." Lelaki itu berjalan keluar. Namun, Iriena mengejarnya.

" Izdihar." Iriena memanggil lelaki itu. Langkah lelaki itu segera berhenti. Dia memandang kearah Iriena yang sedang tersenyum.

"Mungkin cik salah orang." Dia membuka langkah seribu. Dia berlari keluar dari tempat beli-belah ini.

" Iriena!" Syifa turut mengejar langkah Iriena kerana secara tiba-tiba Iriena berbual dengan seorang lelaki asing.

" Cukup! Izdihar dah meninggal, Iriena! Please, move on! Arwah takkan tenang kalau kau asyik fikir semua lelaki adalah Izdihar!"

Abe Duda Hot : Dia hak aku ✓ [Season 1]Where stories live. Discover now