Chapter 3

766 24 1
                                    

Setelah kejadian ditangkap khalwat, Izdihar masih lagi merahsiakan perkara itu dari keluarganya. Namun, Ketahuilah. Izdihar bukan orang yang bodoh . Dia tahu apa yang patut dia lakukan.

" Umi , papa dan Adik . Ziyyad nak kahwin dengan seseorang. Ziyyad sayang dan cintakan dia." Terkejut adik Izdihar. Sama seperti Umi dan papanya.

" Tiba-tiba je? " Adik Izdihar bersuara . Dia merasa musykil dengan abangnya . Senang betul !

" Tengku Irana Zaskia. Jangan sibuk . Biar abang habiskan ayat dia." Umi nya menegur perbuatan adiknya.

" Okay . Orang dah rahsiakan perkara ni dari Umi, papa dan Adik selama seminggu . Orang kena tangkap-

" Khalwat. Papa tahu. "

" Again, Tengku Izdihar Ziyyad? Apa alasan kali ni, hah?" Abang Izdihar menyampuk apabila mendengar perbualan mereka.

" Izuan. Jangan biadab."

Tengku Izuan Zuhaifah. Seorang lelaki yang ada hak dalam syarikat Izdihar . Dia boleh menarik saham syarikat Izdihar dengan sekelip mata sahaja. Mempunyai pertalian darah dengan Izdihar . Mestilah . Kan dia yang sulung.

" Dah-dah. Jadi, Ziyyad dah nikah dengan dia?" Soal Umi.

" Dah. Ziyyad nak rahsiakan dari semua orang. Ziyyad nak pura-pura yang Ziyyad akan kahwin dengan dia. Persiapan tu Ziyyad boleh suruh budak Ziyyad." Jelas Izdihar.

" Bawak dia pergi sini . Umi nak tengok dia ."

" Okay . "

••••

Buat sementara waktu, Izdihar ada menyuruh Iriena untuk duduk dirumahnya yang memang sudah lama dia tidak pergi . Hampir 2 tahun. Namun, Rumah itu masih dijaga oleh anak buah Izdihar . Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Izdihar memandu kereta sehingga sampai ke perkarangan rumah. Dia parkir kereta ditempat yang disediakan.

Dia keluar dari kereta . Dia berjalan masuk ke dalam rumah . Hatinya masih terbayang apa yang terjadi.

" Iriena ." Izdihar memanggil Iriena yang masih menangis di balkoni.

Iriena tersenyum hambar. Dia masih tersenyum kerana ingin menjaga hati Izdihar atau patut dipanggil, suaminya.

Izdihar memeluk erat tubuh genit Iriena . Dia tahu. Iriena pasti masih sedih . Izdihar bagaikan pembawa sial didalam hidup Iriena.

' Qalbi, aku minta maaf sebab aku pembawa masalah dalam hidup kau. Tapi, walaupun hubungan kita terjalin kerana ditangkap khalwat, aku janji akan jaga kau. Sampai aku mati . Aku pegang janji tu hingga ke akhirat kelak.' Bisik hati Izdihar. Dia begitu menyayangi Iriena .

" Izdihar, saya minta maaf kalau saya ada-

" Qalbi, kau tak payah minta maaf. Aku yang patut minta maaf." Kata Izdihar sebaik pelukannya direnggangkan.

" Umi dengan papa nak jumpa . Kita pergi petang ni, ya?" Iriena mengangguk perlahan. Izdihar kembali memeluk sebelum satu ciuman didaratkan di dahi isterinya.

" Izdihar, awak ikhlas ke dengan saya?" Soal Iriena perlahan.

" Saya ikhlas . Tapi, saya tak tahu kalau awak ikhlas ke tidak . Saya patut ikhlas je kalau awak tak ikhlas sebab semua benda ni punca sebenar adalah saya." Hati Iriena sayu . Dia tahu sejak pertama kali mereka bertemu, Izdihar memandangnya dengan penuh rasa cinta. Dia menyedari perkara itu .

Abe Duda Hot : Dia hak aku ✓ [Season 1]Where stories live. Discover now