PROLOG

14 1 3
                                    

DIA ditundukkan dengan kasar oleh lima orang lelaki yang berbadan sasa. Kepalanya tersembam dan terperosok ke dalam tanah. Muka berkerut menahan sakit tetapi hanya seketika. Dia tersenyum sinis.

"Kamu berlima tak akan mampu menghentikan aku. Hahaha." Dia ketawa sebelum batuk darah membantutkan perbuatannya itu.

Lelaki yang memijak kepalanya tidak memberi reaksi apa-apa. Dia serius dan kejap memegang keris yang terselit di pinggang. Dia menguatkan lagi pijakkannya hingga tanah merekah.

"Akan aku pastikan niatmu itu tidak akan kesampaian, Anarik." Balasnya tegas sebelum dia melihat ke sebelah kanan. Berdiri dua orang lelaki yang berbusana yang sama sepertinya.

Mereka berdua mengangguk kepala sebelum salah seorang daripada mereka bersuara.

"Masanya sudah tiba Kirmizi. Anarik harus dibunuh dengan segera. Portal gelap akan tertutup sebentar lagi." Beritahunya. Keris berhiaskan permata hijau dibetulkan. Sesekali ia bernyala apabila bersentuhan kulit tangannya.

Kirmizi menarik nafas dalam-dalam. Keris yang masih digenggam dipegang dengan lebih kuat. Dia melihat pula ke kiri. Dua orang lelaki yang tersisa daripada mereka berlima dipandang.

"Bagai mana pendapat mu Gading? Lazuardi?" Tanyanya inginkan kepastian dalam keraguan. Walau tidak terpapar di wajah tapi jauh di sudut hati dia ragu dengan keputusan yang akan dibuat.

Keputusan yang berat.

Gading yang lengkap dengan busana pahlawan dan keris permata kuning itu mengangguk laju.

"Kita sudah tidak ada pilihan Kirmizi! Anarik harus dibuang. Ini saja cara kita untuk bebaskan dimensi kita daripada musnah."

Kirmizi hanya mendengar tanpa memberi respon. Kemudian, pandangan diarahkan ke portal gelap yang terbuka mega jauh di hadapan dipandang.

Melihat keraguan yang ditunjukkan oleh Kirmizi, Anarik ketawa kecil.

"Selagi ada keraguan dalam hati, membunuhku hanyalah sekadar mimpi siang hari."

"Diam!"

Pijakkan ditekan dengan lebih kuat lagi. Kepala Anarik lebih terbenam hingga separuh tenggelam ke dalam tanah.

Kirmizi menarik nafas dalam-dalam. Hulu keris yang sedari tadi digenggam perlahan mula dicabut dari sarung. Sebaik sahaja hulu ditarik, bentuk keris berlekuk tujuh pun terbentuk. Ianya hasil daripada tenaga yang dikeluarkan oleh permata yang terletak pada hulu keris.

Sebaik sahaja keris itu bebas dari sarungnya, aura tekanan yang kuat serta-merta terhasil. Hingga kawasan sekitar Kirmizi dan Anarik melekuk dan merekah hebat.

Tidak hanya itu, aura tekanan itu juga hampir turut menolak keempat-empat rakan Kirmizi yang berdekatan. Hanya saja mereka dapat kekal berdiri kerana bergantung dengan kekuatan daripada keris masing-masing. Itulah kekuatan tenaga keris permata yang mereka miliki. Manakala yang dikeluarkan oleh Kirmizi pula adalah aura keris merah!

Anarik yang hanya dapat melirik keris itu, tersenyum sinis di balik wajahnya basah dengan darah yang mengalir dari lukanya.

Keris itu dibawa ke hadapan muka. Bilahnya dikucup hormat.

Menanti KiranakuWhere stories live. Discover now