1. Tragedi Tahun Baru

7 2 2
                                    

SELURUH ruang istana bergegar kuat dengan tempikan yang baru sahaja berlaku. Serta-merta semua orang duduk memberi hormat tanpa terkecuali walau seorang.

"Seratus pahlawan ditewaskan begitu sahaja oleh penduduk sebalik portal?!! Kamu hendak memperolok-olokkan tentera beta?!" Tengking si raja dengan amarah yang tidak lagi dapat ditahan.

Sosok Jenderal yang duduk memberi hormat dipandang bengis. Dia terus bergerak turun dari singgahsananya.

"Penjelasan apa yang boleh kamu berikan kepada beta hah?!"

Jenderal mengangkat sembah. Menunduk tanpa berani bertentang mata dengan raja yang sudah berdiri beberapa langkah di hadapannya.

"Ampunkan patik tuanku Raja Cendera. Tidak berniat di hati hendak mencemar kemegahan tuanku tapi itulah hakikatnya. Seratus orang pahlawan tuanku ditewaskan oleh penduduk sebalik portal. Sungguh tidak disangka, mereka juga mampu memanipulasikan aura seperti kita." Jelasnya satu persatu dengan terperinci.

Raja Cendera memandang Jenderal itu lama sebelum berpaling dengan satu dengusan kasar. Dia kembali ke singgahsananya.

"Beta anggap perkara ini tidak berlaku sama sekali. Jenderal!" Panggilnya sebaik sahaja melabuhkan punggung.

"Ampun Tuanku!"

"Siapkan seratus pahlawan lagi untuk serangan tahun yang akan datang." Titahnya.

"Menjunjung titah Tuanku!"

Jenderal segera bangkit dan terus berangkat pergi. Semua orang yang masih tinggal dalam istana bangkit dari duduk memberi hormat.

Raja Cendera menongkat dagu di atas takhtanya. Gambar ilusi yang terbentuk dari cahaya di tengah istana dia pandang.

"Orang tua..." Sebutnya.

"Beta tak sangka kau hidup lagi rupanya."

🌻🍁

SUASANA aman damai di perkampungan itu membuatkan Alina senang bersiar-siar sambil mengendong Azran dengan tangannya. Sesekali topi bayi yang dipakaikan kepada Azran yang sedang tidur dia betulkan apabila cahaya matahari mengenai mukanya.

Alina tersenyum lucu apabila Azran mempamerkan riak tidak selesanya apabila diganggu.

"Dah genap setahun usia anak ibu." Katanya sambil mencubit hidung mungil Azran.

Alina terus menelusuri jalan kampung yang berdekatan dengan tepi sungai. Ini membuatkannya dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Sesekali dia menunjukkan sesuatu kepada Azran yang indah dipandangannya.

Asyik dengan keadaan itu, tanpa sedar, Alina sudah sampai di sebuah balai yang besar nan megah diperbuat daripada kayu. Itulah tujuan sebenar dia keluar dari teratak ayahnya selain bersiar-siar.

Kehadirannya serta-merta disambut oleh penduduk kampung wanita yang ramai berkumpul di balai itu.

"Alina...selamat datang." Ucap mereka seraya mengerumuni Alina dan terus mengiringinya masuk ke dalam balai.

Pada masa sama, mereka teruja melihat kecomelan Azran yang berada di gendongan Alina.

Alina melihat sekitar balai. Dia mencari seseorang.

"Mana suami Alina? Ayah?" Tanyanya kepada salah seorang wanita di situ.

"Suami Alina ada hal sebentar yang hendak dia lakukan. Ketua pula sedang berbincang di sana." Katanya sambil menunjuk sebuah bilik mesyuarat yang ada dalam balai yang besar itu.

Alina mengangguk faham sebelum bergerak ke tempat duduk dengan diiringi oleh beberapa orang wanita yang mengerumuninya tadi. Yang lain tinggal dan kembali ke tempat asal mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Menanti KiranakuWhere stories live. Discover now