Hari Pertama

4.3K 24 1
                                    

Aku bangun dari tidur dengan ketiadaan isteriku di sebelah.Aku termenung seketika mengenang pertelingkahan semalam.Aku agak menyesal kerana tidak pulang awal.Aku memyalahkan diri sendiri dan pada masa yang sama aku turut merasa bahawa dia juga terlalu cemburu.Tapi dia yang pergi merajuk dan aku duduk kat rumah ni sorang sorang kesunyian.Apa patut aku buat? Lepak dengan kawan? kawan aku kerja.Kalau ada anak boleh main dengan anak tapi aku ada Awatif je.Jadi aku pun pergi rumah mak aku.

"Eh Hadi? kenapa datang rumah mak ni? Awatif mana?" soalan yang dituju kepada aku

"Awatif kerja mak,Hadi bosan duduk rumah jadi datanglah sini" aku menipu sebab tak nak mak aku tahu pasal ni

"Eh jangan tipu mak,kalau kau bosan pun selalu kau duduk rumah chat dengan Awatif" sesungguhnya mak aku ni seperti tahu menahu

"erm.....Awatif merajuk pastu tinggalkan Hadi" aku menjawab dengan serba salah

"Ha?!? Ya Allah apa kau buat Hadi? Habistu dia kat mana sekarang? Kau ni Hadi baru dua tahun kahwin dah gaduh gaduh apa nak jadi dengan aku ni Hadi.." mak aku membebel seperti ibu ibu yang lain.

Aku tak mampu nak jawab apa apa.Aku cuma mendengar bebelan mak aku tu je.

"Mak...Hadi tahu apa Hadi buat mak.Mak tak perlulah marah Hadi sebab bukan salah Hadi sepenuhnya.Sekarang ni apa Hadi patut buat Mak?" aku cuba meminta pendapat mak aku

"Erm....kau pilih orang yang betul untuk situasi.Dulu ayah kau tu kalau mak tengah merajuk dia kasi mak coklat sebab mak suka coklat.Jadi cuba kau bagi dia apa yang dia suka" mak aku memberikan pendapatnya

"Tapi mak..Hadi tak tahu dia kat mana sekarang ni" aku masih mengharapkan pendapat mak aku

"Ouh kalau gitu cuba kau cari kat rumah mak mertua kau,selalu kalau isteri merajuk dia balik rumah asal dia" mak aku jawab dengan ringkas

"Ouh terima kasih mak sebab tolong Hadi sayang mak" aku mencium tangan mak aku dan berlalu pergi

Aku pergi rumah mak mertua aku tapi Awatif tiada pun di situ.Aku tertanya ke mana dia pergi.Aku mencari di semua rumah kawan kawannya tapi masih tiada Awatif.Hari sudah pun malam jadi aku pun pulang dan berehat untuk mencari Awatif lagi esok hari.

Seminggu Tanpa IsteriOnde as histórias ganham vida. Descobre agora