Hari Kelima & Keenam

2.7K 18 1
                                    

Aku mencelikkan mata dan bangun dari tidur.Di katil terdapat sepucuk surat daripada Awatif.Aku membaca surat itu.

"Aku nak keluar jap" isi surat yang ringkas itu membuatkan aku sedih dengan Awatif.Adakah aku takkan dapat Awatif yang dulu?Aku tidak berganjak pun dari katilku lalu menyambung tidur.Aku bangun untuk solat sahaja.Awatif masih belum pulang tapi jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.Aku mula risau terhadap Awatif tapi aku berfikiran mungkin dia lari sekali lagi dan aku pun terus tidur.Keesokan paginya aku menelefon semua kawan Awatif dan kawan aku serta kawan sekerjanya di sekolah untuk mendapat kepastian.Sungguh mengejutkan apabila Awatif sudah betul betul hilang.Aku menjadi tidak tentu hala dan memikirkan jalan untuk mencari Awatif.Tiba tiba telefon rumahku berdering.Aku pun menjawab panggilan itu dan suara seorang lelaki berbunyi.

"Kamu ni suami Awatif ke?" tanya lelaki itu

"Ya saya,jap kau ni sapa?" aku menengking lelaki itu kerana syak sesuatu

"Aku ni lelaki yang baru culik Awatif dan dia berada di sini sekarang hahaha" kata lelaki itu

Aku terkedu dan tidak tahu hendak berkata apa apa.

"Jangan apa apakan dia" aku memberi amaran

"Aku takkan apa apakan dia kalau kau bagi duit tebusan" kata lelaki itu

"Berapa kau nak?" aku terus menanyakan jumlah wang yang dikehendakinya kerana terlalu risau

"Aku nak Rm500,000 cukuplah" kata lelaki itu lagi

"Aku nak dengar suara Awatif dulu" kata aku

"Okay ni dia (arghhh awak tolong saya!!)" jeritan dari telefon itu

"Aku bagi amaran jangan sentuh dia" aku mula marah

"Okay okay,kita jumpa esok.Tempatnya nanti aku maklumkan hahaha" panggilan terus terputus

Aku kena bertindak.Patut ke aku minta bantuan untuk menyelamatkan duitku atau hanya memberikan duit itu?Aku tidak sanggup kehilangan Awatif.Jadi aku mengeluarkan duit itu dari bank dan menyimpannya di dalam bagasi.Aku tidak dapat tidur malam itu kerana memikirkan Awatif.Aku harap Awatif baik baik sahaja.

Seminggu Tanpa IsteriWhere stories live. Discover now