TABAH 31

5.7K 173 26
                                    

(BAB 11)

Marissa duduk di atas jeti yang terletak di sungai itu sambil memegang sebatang joran di tangannya. Sebenarnya dia ingin memancing ikan di situ. Dia teringin sangat hendak memakan ikan sebab itulah dia pergi memancing ikan pada petang itu. Ketika dia sedang memancing ikan di situ dia teringatkan firas. Entah apa yang si buat oleh lelaki tersebut pada petang itu dia sendiri pun tidak tahu. Mungkinkah dia sedang sibuk bekerja di pejabat atau pun dia sudah balik ke rumahnya. "ahh!... buat apa kau fikirkan tentang si firas tu? Dia bukannya pernah fikirkan tentang diri kau pun...", bisik marissa sendirian. Dia mengeluh sendirian. Sejak dua menjak ni dia selalu teringatkan lelaki itu. Biar pun dia berusaha untuk melupakannya namun bayang wajah firas tetap ada di ruang matanya.

Memang dia jatuh cinta pada firas setelah berbulan bulan lamanya dia tinggal sebumbung dengan lelaki tersebut tapi malang sekali rasa cintanya itu tidak di balas oleh lelaki tersebut. Firas terlalu dingin bagaikan ais batu di kutub utara. Terlalu sukar untuknya mencuri hati yang keras dan dingin seperti itu. Marissa kembali mengeluh lagi. Ketika dia sedang mengelamun seorang diri di situ, tiba tiba... "ehemmm...", kedengaran seseorang berdehem di belakangnya. Lamunannya terhenti di situ juga. Dia segera mengalihkan perhatiannya. Kelihatan badrul sedang berdiri di tepi sungai tidak jauh dari situ. "Selamat petang, rissa...", sapa badrul dengan lembut. "Selamat petang... awak nak pergi ke mana petang ni?", soal marissa ingin tahu. "Saya ingin berjogging tadi tapi bila saya tengok awak kat sini saya pun berhenti kat sini...", jawap badrul sambil tersenyum. "Rajinnya awak berjogging...", balas marissa. "Dah jadi kebiasaan saya, rissa... bila tiba waktu petang saya akan pergi berjogging... awak buat apa tu? Awak memancing ikan ke?", soal badrul. "Ya...", balas marissa sepatah. "Boleh saya join sekali tak?", soal badrul tersengih macam kerang busuk.

"Eh... tadi awak kata nak berjogging...", marissa bersuara lagi. "Ya... tapi saya nak berbual dengan awak sekejap...", kata badrul perlahan lahan. Dia berjalan menuju ke arah jeti di mana marissa sedang duduk saat itu. Dia duduk di sebelah marissa. Perlahan lahan marissa menjarakkan kedudukannya dari lelaki tersebut. "Rissa, kenapa awak jarakkan kedudukan awak dari saya pula?", soal badrul kehairanan. "Saya tak nak orang salah sangka dengan kita, bad... manalah tahu ada mata orang kampung terlihat kita kat sini. tentu mereka fikir yang kita ni berdating pula... lebih teruk lagi jika kita di tangkap basah kerana kita berbual berduaan kat sini...", kata marissa dengan berhati hati.

"Oh begitu... saya ingatkan apa tadi... anyway, apa yang awak fikirkan tu memang betul... kira macam pre-caution lah tu...", badrul bersuara sambil tersengih. Marissa terpaksa tersenyum kambing. "Dah bertahun kita berpisah setelah tamat tingkatan lima... awak bawa haluan awak... saya bawa haluan saya... tak sangka pula kita akan berjumpa lagi di kampung ini setelah sekian lama terpisah jauh...", kata badrul sambil tersenyum. "Ya... saya pun tak sangka yang kita akan berjumpa lagi di kampung ini... ingatkan awak dah berhijrah ke kota beberapa tahun lalu...", kata marissa. "Saya memang berhijrah ke kota tapi untuk bekerja saja. Sekarang saya tengah bercuti jadi saya balik kampunglah... tak sangka pula masa cuti ni saya berjumpa dengan awak kat kampung ni...", kata badrul perlahan lahan. Mereka saling berbalas senyuman.

"Sebenarnya apa yang ingin awak bualkan dengan saya, bad?", soal marissa. "Saya dengar banyak cerita yang tidak baik tentang awak, marissa... saya nak tanya betul ke apa yang orang kampung ceritakan tentang awak tu?", soal badrul ingin tahu. "Cerita apa yang awak dengar, bad?", soal marissa ingin tahu. Badrul pun terpaksa menceritakan segala buah mulut orang kampung yang telah di dengarinya pada gadis tersebut. Marissa mendengarnya dengan hati yang sedih. Dari apa yang dia dengar semua orang kampung memandang hina dan jijik pada keluarganya dan juga dirinya. Betapa sedih hatinya di saat dia mendengar itu semua.

"Cukup bad... cukup...", marissa bersuara sambil menahan sebak di lubuk hatinya. "Rissa, saya tak bermaksud hendak melukakan hati awak... saya cuma nak sampaikan buah mulut orang kampung pada awak... maaflah jika awak merasa tertekan dengan perkataan saya ni... saya cuma nak tanya betul ke apa yang mereka cakapkan tu?", soal badrul perlahan lahan. "Ya... memang betul apa yang mereka cakapkan tu... so what??...", balas marissa. "Marissa bawa bertenang... saya tak bermaksud apa apa. Sebenarnya saya...", badrul berhenti bersuara. Dia menarik nafas berat lalu menghembuskan nafasnya perlahan lahan. "Sebenarnya apa, bad?...", soal marissa ingin tahu. Dia merenung wajah lelaki itu.

"Saya tak tahu macamana nak cakap dengan awak... sebenarnya... sebenarnya saya sudah lama cintakan awak, rissa...", badrul bersuara perlahan lahan. "Apa?... awak cintakan saya?", soal marissa sungguh terkejut. "Ya... sejak dari sekolah menengah lagi saya memendam perasaan cinta terhadap awak... kali ni saya tak mampu menahan perasaan ni lagi... saya tak kisah dengan sejarah hitam awak... awak lahirkan anak luar nikah ke apa ke?... itu saya tak peduli... sekarang saya berkira kira hendak menikah dengan awak... itu pun jika awak sudi menerima saya sebagai suami awak...", kata badrul berterus terang. Marissa terlopong di saat dia mendengar ucapan cinta dari mulut lelaki itu. Dia tidak menyangka badrul bekas rakan sepermainannya dan juga rakan sekelasnya di sekolah menengah dulu menyimpan perasaan cinta terhadapnya selama ini.

"Rissa, awak dengar tak apa yang saya cakapkan ni?", soal badrul. "Ya... saya dengar... awak bergurau ke, bad?... you know what? You sound very funny lorh... hahahaha...", marissa cuba menolak kenyataan itu dengan menganggapnya sebagai suatu gurauan tapi badrul tidak ketawa dengannya. Malah wajahnya semakin serius. "Tidak rissa, saya tidak bergurau... saya akan menyuruh mak dan ayah saya berjumpa dengan orang tua awak untuk uruskan pernikahan kita... itu pun jika awak setuju...", kata badrul. "Saya tak tahu nak cakap apa... ini terlalu...", belum pun sempat marissa menghabiskan perkataannya, badrul segera mendekatkan dirinya lalu mencium bibirnya. Marissa terkejut dengan tindakan lelaki tersebut. Namun dia tidak dapat berbuat apa apa lagi sebab badrul sudah pun mencium bibirnya. "Sudah lama saya teringin hendak mencium bibir awak tu, rissa... terima kasih sebab awak membiarkan saya mencium bibir awak... kalau boleh lepas kita nikah nanti saya nak kita menghabiskan masa bersama seperti ini lagi... suka atau tidak saya akan tetap menyuruh mak dan ayah saya melamar awak dalam masa terdekat ini... saya nak kita jadi suami isteri yang sah sebelum cuti saya berakhir... ingat tu...", kata badrul separuh berbisik di telinga kirinya. Selepas itu dia bangun lalu beredar dari situ. Marissa hanya terpinga pinga seorang diri di situ.

TABAH (U)Where stories live. Discover now