TABAH 35

5.7K 185 10
                                    

Suasana di rumah marissa begitu sibuk sekali. Sanak saudara kelihatan sibuk memasak dan menyiapkan segala keperluan bagi menjayakan majlis akad nikah yang akan di adakan tidak lama lagi. Marissa tak senang duduk. Sekejap dia duduk di atas kerusinya. Sekejap lagi dia bangun dari atas kerusinya lalu berjalan mundar mandir di dalam bilik tidurnya. Dia umpama seekor cacing yang kepanasan pula. "kenapa awak asyik berjalan ni?... awak duduklah sekejap... saya nak rias wajah awak tu...", kata mak andam seri dengan wajah yang berkerut. Mahu tidak mahu marissa pun terpaksa duduk diam di atas kerusinya. "Kenapa awak nampak murung saja ni?... awak tak rasa happy ke?... sepatutnya awak happy sebab tak lama lagi awak akan di nikahkan dengan badrul...", tegur mak andam seri. Tangannya lincah mencalitkan pembayang mata di atas mata bundar milik marissa. "Eh... Saya happylah ni...", nafi marissa sambil cuba tersenyum walaupun dia tahu senyumannya terlalu hambar sekali. "yelah tu...", balas mak andam seri sambil meneruskan pekerjaannya. Mereka diam selepas itu. Dalam diam marissa berdebar sakan. Dia berdebar sebab tak lama lagi dia akan di nikahkan dengan badrul. Bagaimana dia dapat bertahan hidup dengan lelaki yang tidak di cintainya itu?.... bagaimana dia dapat menerima lelaki tersebut dalam hidupnya jika dia langsung tak ada rasa sayang terhadap lelaki itu. Tidakkah dia akan menderita jika hidup dengan orang yang tidak di cintainya?... persoalan demi persoalan mula bermain di fikirannya. Rasa rasanya ingin saja dia membatalkan pernikahan tersebut kerana dia betul betul tidak cintakan badrul tapi dia tak berani berbuat demikian kerana dia ingin menjaga hati kedua orang tuanya...

Tidak lama kemudian, "rissa, awak dah siap ke tu?", kedengaran suatu suara memanggilnya dari sebalik pintu bilik tidurnya. Marissa tidak menjawap. Wajahnya di bayangi kekalutan dan kesedihan. "Ya... dia dah siap dah ni...", balas mak andam seri sambil berdiri memerhatikan marissa yang sudah siap berpakaian pengantin. Dia nampak sungguh ayu pagi itu. Cuma kelopak matanya nampak basah dengan airmata. "Kenapa awak nak menangis pula?... jangan menangislah, nanti rosak make up awak tu...", tegur mak andam seri. Marissa cuba menahan airmatanya dari jatuh membasahi pipinya. Dia tak mahu orang lain melihat dia menangis. Kelihatan emaknya hajah lijah melangkah menghampirinya. "Wah... awak nampak cantik, rissa... mari kita pergi ke ruang tamu sekarang juga... tak lama lagi majlis akad nikah akan di jalankan. Badrul dah sampai dah tu...", kedengaran emaknya hajah lijah bersuara dengan riangnya. Perlahan lahan Marissa bangun. Dia melangkah keluar dengan di iringi oleh mak andam seri dan emaknya. Dia duduk bersimpuh di atas lantai sambil tunduk memandang lantai. Dia tidak berani melihat wajah badrul yang sedang duduk di depan kadi tidak jauh dari situ. Marissa hanya menangis di dalam hatinya....

*** *** ***

Firas sampai di kampung jentayu tepat pada pukul 8.24 pagi. Semalaman dia tidak tidur kerana terpaksa memandu keretanya ke tempat yang di tuju dengan secepat mungkin. Dia tidak sabar lagi hendak berjumpa dengan marissa. Ketika dia sedang melalui sebuah jalan kecil menghala ke kampung itu dia lihat ada seorang pemuda belasan tahun sedang berjalan kaki di tepi jalan kecil tersebut. Dia memberhentikan keretanya di sebelah pemuda itu. "Er... adik, boleh abang tumpang tanya di mana rumah marissa binti haji zabidin?", soal firas ingin tahu. "Oh... encik nak cari marissa yang hendak menikah tu ya?... oh... rumahnya terletak kat sana tu...", kata pemuda tersebut sambil menunjuk ke arah rumah papan dua tingkat yang terletak tidak jauh dari situ. "Apa adik cakap tadi?... marissa hendak menikah?", soal firas separuh terkejut. "Ya... dia akan menikah dengan badrul anak pak rostam awal pagi ni... kalau encik nak pergi ke majlis akad nikahnya tu, encik pergilah rumahnya. Itulah rumahnya...", kata pemuda tersebut. Sekali lagi dia menunjuk ke arah rumah papan 2 tingkat yang di maksudkannya sebentar tadi. "Terima kasih dik... abang pergi dulu, ya...", cepat cepat firas memandu keretanya menuju ke arah rumah papan 2 tingkat itu.

Kelihatan beberapa kelompok manusia sedang melangkah masuk ke halaman rumah tersebut. Firas melangkah keluar dari dalam keretanya sebaik saja dia sampai di halaman rumah itu. Jantungnya berdebar sakan. Dia tidak menyangka yang marissa akan menikah pada pagi itu. Cepat cepat dia melangkah menuju ke arah rumah marissa. Beberapa orang di situ mula pandang semacam ke arahnya. Firas tidak peduli pada semua orang yang pandang semacam ke arahnya. Dia terus saja melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Langkahnya terhenti sebaik saja dia melihat marissa sedang duduk tertunduk di ruang tamu itu. manakala kelihatan seorang lelaki sedang duduk bersila sambil menggenggam erat tangan kadi yang menikahkan mereka. "Aku terima nikahnya marissa binti...", belum pun sempat badrul menghabiskan lafaz nikahnya tiba tiba... "Hentikan semuanya ni!!!!...", firas bersuara dengan nada suara yang lantang sekali. Terkejut betul semua orang yang sedang duduk di ruang tamu tersebut. Semua mata kini tertumpu ke arahnya. Marissa pun turut memandang ke arahnya. "Firas!...", marissa bersuara dalam nada suara yang terkejut. "Marissa...", firas bersuara dalam nada suara yang bergetar. Rasa rindu di hatinya membuatkan dia melangkah pantas menuju ke arah gadis itu. Marissa pun terus bangun lalu memeluk lelaki tersebut. Mereka berpelukan sambil di saksikan oleh orang ramai yang duduk di situ.

Tiba tiba, "hei!... awak ni siapa, hah?... jauhkan diri awak dari anak saya...", kedengaran suatu suara bergema di belakang mereka. Serentak dengan itu tubuh firas di tolak ke tepi. Manakala marissa pula di tarik ke sebelah bapanya. Kelihatan haji zabidin berdiri di situ dengan wajah yang tegang sekali. Tangan marissa di pegangnya erat erat. Badrul bangun lalu berdiri di sebelah bakal bapa mentuanya iaitu haji zabidin. Masing masing berwajah tegang menahan kemarahan di dalam dada. "Maaf, saya datang nak berjumpa dengan marissa... saya...", belum pun sempat firas menghabiskan perkataannya, haji zabidin terus memotong perkataannya. "Saya tahu awak ni lah lelaki yang telah merosakkan anak gadis saya. Sekarang awak datang nak berjumpa dengan anak gadis saya. Huh!... Jangan haraplah saya akan benarkan awak berjumpa dengannya... awak lelaki tak guna yang hanya tahu menikmati tubuh perempuan yang lemah tapi tidak mahu bertanggungjawab ke atasnya... lelaki sial!!!...", kata haji zabidin dengan marah sekali. serentak dengan itu wajah firas di tumbuknya dengan sekuat hatinya. Firas terjatuh di atas lantai.

"Firas!!!...", marissa menjerit sambil menangis. "Kenapa bapa tumbuk firas macam tu sekali, hah?... buat pengetahuan bapa bukan firas yang merosakkan hidup saya... firas, lelaki yang telah banyak berjasa menjaga saya selama saya hamil tempohari... kalau bukan kerana firas dan emaknya sudah tentu saya sudah lama mati kerana bunuh diri!...", marissa bersuara dengan marah. Dia menyentak tangan bapanya dengan sekuat hatinya sehingga tangannya terlepas dari genggaman tangan bapanya itu. Cepat cepat marissa berlari menuju ke arah firas. "Awak tak apa apa kan?", soal marissa sambil menyentuh wajah lelaki tersebut. "Saya tak apa apa rissa... saya rindukan awak dan cintakan awak...", kata firas perlahan lahan. Marissa merasa sungguh gembira sebaik saja dia mendengar perkataan cinta dari mulut lelaki itu. "Saya juga rindukan awak dan cintakan awak, firas...", kata marissa dengan lembut. Mereka berbalas renungan dan senyuman. Tiba tiba. "Er... Maaf rissa, macamana dengan majlis pernikahan kita ni?...", kata suatu suara. Kelihatan badrul memandang wajah marissa dengan wajah yang tegang sekali.

Perlahan lahan marissa bangun. dia memandang wajah badrul. "Maafkan saya bad... saya tak dapat menikah dengan awak sebab saya tak cintakan awak... saya cintakan firas...", kata marissa dengan wajah yang serius. "Jadi awak nak batalkan pernikahan kita macam tu saja?", soal badrul dengan nada suara yang tegang sekali. "Ya... saya nak batalkan pernikahan kita...", kata marissa dengan nada suara yang tegas sekali. "Awak sudah gila kah rissa!... saya dah banyak keluarkan belanja untuk pernikahan kita tapi awak tiba tiba saja hendak membatalkan pernikahan kita hanya kerana awak cintakan lelaki ni... oh... ini tidak adil!...", marah badrul. "Ya... Saya tahu ini tidak adil tapi saya dah ambil keputusan untuk membatalkan pernikahan kita kerana saya memang tak cintakan awak...", kata marissa.

Badrul diam membisu. "Bad... saya tahu awak marah pada saya kerana saya tak dapat membalas cinta awak tapi awak tak boleh memaksa saya untuk mencintai awak sedangkan dalam hati ini saya mencintai firas seorang saja... kalau kita menikah pun belum tentu kita akan bahagia... bad, awak pernah menjadi kawan baik saya sebelum ni... awak tahu kan saya tak pernah merayu pada awak sebelum ni tapi sekarang saya merayu pada awak tolong batalkan pernikahan kita dan tolong lepaskan saya, bad... tolonglah...", rayu marissa dengan airmata mengalir di pipinya. Dia sujud di kaki badrul sambil merayu. Cincin dan rantai yang di pakainya terus di buka lalu di serahkannya kepada lelaki itu. Perlahan lahan badrul meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya. Dia tidak menyangka perkara ini akan terjadi di hari pernikahannya. Wajah marissa di perhatikannya seketika. Dalam diam dia merasa sungguh terkilan kerana gadis itu tidak mencintainya...

TABAH (U)Where stories live. Discover now