TABAH 34

5.3K 166 10
                                    

(BAB 12)

Hari demi hari berlalu dengan pantas sekali. Hari pernikahan marissa dan badrul semakin dekat. Haji zabidin dan hajah lijah telah mempersiapkan apa yang perlu bagi meraikkan majlis akad nikah tersebut. Sanak saudara mereka yang lain pun turut membantu dalam mempersiapkan segala keperluan bagi meraikkan majlis akad nikah itu. Mereka sibuk buat itu dan ini. Hanya marissa seorang saja yang tak ambil peduli tentang majlis akad nikah tersebut. Dia lebih suka duduk terperap dalam bilik tidurnya sambil berdoa di dalam hati semoga pernikahannya dengan badrul di batalkan dengan segera. Ini kerana dia tak cintakan badrul. Dia hanya cintakan firas seorang saja...

*** *** ***

Firas memandu keretanya dengan laju sekali. Entah kenapa tiba tiba saja keretanya mati di tengah jalan. Sekali dia tengok meter kereta tersebut ianya sudah mencapai ke tahap empty. "Celaka betul... minyak kereta dah habis pula...", gerutunya dengan marah sekali. Dia melangkah keluar dari dalam kereta itu. Dia berkira kira hendak menunggu dan menahan kereta yang lalu lalang di situ tapi malangnya tak ada satu kereta pun yang melintasi jalanraya tersebut. Firas merasa hairan kerana tidak ada satu kereta pun yang lalu lalang di situ. Ketika dia sedang berdiri di situ seorang diri, tiba tiba dia nampak ada sebuah kereta meluncur laju tidak jauh dari situ. Dia pun terus menahan kereta itu tapi kereta tersebut langsung tidak mahu berhenti. Malah ianya meluncur di atas jalanraya dengan begitu laju sekali. Apabila firas melihat orang di dalam kereta tersebut dia merasa sungguh terkejut. Kalau tidak salah marissa sedang duduk di sebelah kerusi si pemandu kereta berwarna hitam itu.

Firas segera melambaikan kedua belah tangannya untuk menahan kereta tersebut sambil cuba menarik perhatian gadis itu. Namun marissa langsung tidak peduli padanya walaupun dia berusaha menahan kereta tersebut. "Marissa!... marissa!... marissa!...", firas menjerit memanggil nama gadis itu tapi panggilannya langsung tidak di hiraukan. Malah dia di tinggalkan di tepi jalanraya seorang diri. Namun Firas tidak berputus asa. Dia segera mengejar kereta itu dari belakang sambil menjerit memanggil nama marissa. "Marissa!... marissa!... marissa!...", jeritnya. Tiba tiba, "firas!!!... firas!!!... bangunlah!...", kedengaran suatu suara bergema di cuping telinganya. Firas pun terjaga dari tidurnya. Dia lihat emaknya sedang berdiri memerhatikannya. "Kenapa awak terjerit jerit memanggil nama marissa ni?... awak bermimpi buruk ke?", soal mak cik halimah kehairanan.

"Ya mak... saya mimpi marissa berada di dalam sebuah kereta dengan seorang lelaki yang tidak di kenali... dia langsung tidak peduli pada saya walau pun saya berulang kali memanggil namanya...", kata firas dengan wajah yang bercelaru. "Hm... nampak gayanya awak semakin merindui marissa. Buktinya awak terjerit jerit memanggil namanya...", kata mak cik halimah. "Rindu tu memanglah rindu tapi saya betul betul tak fahamlah kenapa marissa tidak kenal saya dalam mimpi tu? Saya terasa yang diri saya tak ubah seperti seorang lelaki asing di matanya...", firas bersuara separuh terkilan. "Ahhh!... itu cuma mimpi, firas... tak payahlah awak fikirkannya sangat...", kata mak cik halimah perlahan lahan. Ketika firas hendak bersuara tiba tiba, "kakak cantik... kakak cantik...", kedengaran suatu suara bergema di dalam wad pesakit tersebut. Firas pun segera mengalihkan perhatiannya. Kelihatan bella bersuara sambil memanggil kakak cantiknya. Perlahan lahan firas bangun dari atas kerusinya lalu melangkah menuju ke arah anak perempuannya itu.

"Papa datang sayang...", kata firas sambil berdiri di sebelah katil pesakit tersebut. "Kakak cantik... kakak cantik... bella rindukan kakak cantik...", gumam bella separuh sedar. Dia bersuara dalam kepayahan. "Bella, kakak cantik tak ada kat sini...", sekali lagi firas bersuara pada anak perempuannya itu. Namun bella langsung tidak menghiraukannya. Malah dia masih tetap memanggil kakak cantiknya. "Firas, mak rasa lebih baik awak pergi cari marissa di kampungnya. Anak awak terlalu rindukan gadis tu...", kata mak cik halimah perlahan lahan. "Mak, saya memang nak pergi ke sana tapi macamana dengan bella? Dia masih sakit... saya tak sampai hati nak tinggalkan dia dalam keadaannya yang sakit macam ni...", kata firas serbasalah. "Awak jangan bimbang tentang bella... mak akan jaga dia kat hospital ni... awak hanya perlu berjumpa dengan marissa. Kalau boleh ajak dia datang ke sini. Katakan saja pada marissa yang bella sakit dan dia hendak berjumpa dengannya...", kata mak cik halimah. "Tapi mak...", kata kata firas terus di potong pantas oleh emaknya. "Firas... jangan bertapi tapi lagi dengan mak... awak perlu berjumpa dengan marissa secepat mungkin... kalau tidak sakit bella akan bertambah teruk...", kata mak cik halimah dengan nada suara yang tegas sekali. "Oh... baiklah mak... saya akan pergi mencari marissa di kampungnya...", kata firas. Perlahan lahan dia beredar dari situ. Dia meninggalkan kawasan hospital tersebut dengan menaiki kereta axia miliknya. Dalam diam dia berharap semoga dia akan berjumpa dengan marissa di kampungnya.

TABAH (U)Where stories live. Discover now